Catatan

ulama dan politik

Imej
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB Kedudukan Ulama Dalam Islam Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman, maksudnya: “Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama’”. (al-Fathir : 28) Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman, maksudnya: “Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu denga golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah”. (az-Zumar : 9) Firman Allah, maksudnya: “Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (al-Mujadalah : 11) Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,...

HALANGAN DAN RINTANGAN DALAM PERJUANGAN

Imej
MUQADDIMAH Gerakan Islam kebelakangan ini menghadapi berbagai-bagai rintangan dan halangan yang perit di dalam perjuangannya. Kita lihat sahaja apa yang berlaku kepada umat Islam di Algeria, Tunisia,Mesir, Palestin dan di merata tempat di pelusuk dunia ini umat Islam ditekan hebat oleh mush-musuh Islam yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar dunia dankuncu-kuncunya. Ini merupakan suatu sunnah dan kita sebagai pejuang Isalm perlulah melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal melanda umat di rantau ini. SEPINTAS LALU TRIBULASI UMAT TERDAHULU Secara ringkas dipaparkan di sini tribulasi umat terdahulu dalam perjuangan mereka sebagai renungan kepada kita bersama. Di antara contoh-contoh tersebut ialah: a) Nabi Ibrahim a.s. Tribulasi yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s. tidak lain dan tidak bukan merupakan rentetan pertarungan antara kebenaran dan kepalsuan. Kita lihat bagaimana Nabi Ibrahim bangun menentang dan melawan cara hidup jahiliyah tanpa mengira sebarang kemungkinan...

KECINTAAN SESAMA SAUDARA ISLAM KERANA ALLAH

Imej
Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat… Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.” Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merup...

DALAM SEHARI ,10 WARGA JEPUN MASUK ISLAM, SEKOLAH PERTAMA BAKAL DIDIRIKAN

Imej
Dr Zakaria Ziyad, ketua Lembaga Kaum Muslimin (LKM), di Jepun menyatakankan, Islamic Center yang terletak di ibukota Jepun, Tokyo sedang merintis penubuhan sekolah Islam pertama di Jepun. Ia menambah, sebahagian data statistik menunjukkan, dalam sehari, sekitar 10 Warga Jepun masuk Islam. Dalam wawancaranya dengan surat khabar `Khaleej´ yang diterbitkan di Emirate, Ziyad, mengatakan, ketika ini telah dibeli sebidang tanah dekat Masjid Terbesar di Tokyo. Perancangannya akan didirikan sebuah sekolah di kawasan tersebut. Ziyad, yang mengajar sebagai pensyarah di Tokyo University dan juga ketua Ikatan Mahasiswa Muslim (IMM) di Jepun menyifatkan, kaum Muslimin di Jepun masih ragu untuk membangunkan masjid. Akibatnya, di seluruh Jepun baru ada sekitar 50 buah masjid saja yang harus melayani ribuan kaum Muslimin. Padahal, perlembagaan Jepun menyatakan tidak ikut campur dalam permasalahan keyakinan agama. Sayangnya, kaum Muslimin masih tidak mampu untuk mendirikan masjid, yang sebetulnya merup...

ISLAM DAN WAKTU

Imej
Written by Hasan al-Banna Tuesday, 11 December 2007 Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34) Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihi...

PENTINGNYA TARBIAH

Imej
Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia. Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian : *Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan) *Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal) *Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan) *Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental) *Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak) *Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir) *Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi) *Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain. Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum i...

MUKTAMAR DEWAN ULAMA PERAK LULUS LARANG ISLAM HADHARI

Imej
Taiping - Mesyuarat Dewan Ulama PAS Negeri Perak yang bersidang di Markaz Tarbiyah Air Kuning semalam telah menerima dengan sebulat suara usul perwakilan Taiping Us Ridzuan Zaidin agar Kerajaan Negeri Pimpinan Menteri Besar Perak Dato’ Sri ir.Nizar Jamaluddin melarang Islam Hadhari tajaan Pak Lah bertapak di Negeri Perak. Keputusan ini dibuat bagi mengikuti jejak langkah negeri Selangor dan Pulau Pinang yang sudah melaksanakan perkara itu terlebih dahulu.Kata Us Ridzuan “Islam Hadhari mengelirukan ummat islam dan boleh membawa kesesatan.Mesyuarat di Rasmikan Oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat dan ditangguhkan pada jam 1.25 pagi

MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI ??

Imej
Boleh dikatakan semua akhbar tempatan pada hari ini mendedahkan satu berita yang pada pandangan umum seakan-akan pelik, iaitu berkenaan dengan Muhammad Nor yang diizinkan oleh ketiga-tiga isterinya agar menikah seorang lagi Isteri [1]. Berita ini, melahirkan berbagai-bagai perbincangan di alam maya dan alam nyata, samada melalui ruangan blog , forum dan sembang borak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana.Ada yang menyokong, dan tidak kurang juga mereka yang memandangnya dengan pandangan sinis. Juga tidak kurang juga memerli dengan kadar kemampuan kewangan Mohammad Nor yang merupakan seorang pemandu lori yang bergaji RM 1500 sahaja.Padaku, kejadian ini perlu dilihat dengan pandangan positif. Keadaan ini melihat kepada zaman yang memerlukan poligami, disamping ianya diizinkan oleh Allah SWT.Firman Allah; فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً Maksudnya;“maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : ...