Catatan

ZAKAT CARIGALI MINYAK

Imej
KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral. "Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP ULASAN UZAR Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w. Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan ) Ringkasannya, h...

PUJIAN ATAU "MEMBODEK"

Imej
Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelint...

JANGAN BIADAP DENGAN ALLAH !!

Imej
Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat. Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri. Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :- لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang y...

LIWAT BOLEH PERCAYA ATAU TIDAK ?

Imej
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain. Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433) Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata : ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama sepert...

KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA'

Imej
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB Menegakkan Pemerintahan Islam Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud : “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”. Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap te...

FIQH AMAL ISLAMI

Imej
MUQADDIMAH Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak, mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa. Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk “kefahaman” agar setiap yang terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak Islam. MEMAHAMI ISLAM Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami: a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia, aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-Sunnah. b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qias itu merupakan rujukan bagi orang-orang Islam, pen...

FADHILAT BULAN REJAB

Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut: Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak s...

MENGUMPAT UMNO /BN SATU KEWAJIPAN SYARAK

Imej
Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi”.Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW.Ilmu ini adalah antara ilmu yang penting dipelajari. Ianya bertujuan untuk memastikan sesuatu hadis itu tidak dicemari oleh unsure-unsur yang merosakan disamping dapat memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.Ilmu ini diasaskan kepada firman Allah; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ Maksudnya;“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahila...

BERGERAK MEMATIKAN HANDSET KETIKA SEDANG SOLAT

Imej
SOALAN; Sebahagian daripada muslim kini, ketika mereka masuk untuk menunaikan solat, mereka lupa hendak mematikan handset, lalu ketika solat sedang di tunaikan, handset tersebut berbunyi.a. Apakah hukum membiarkan handset tersebut berbunyi?b. Jika wajib, bagaimanakah cara untuk melakukannya, sedangkan bergerak didalam solat adalah antara perbuatan yang boleh membatalkan solat?Sekian, Terima Kasih. JAWAPAN;Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam kepada junjungan besar yang dikasihi, Rasulullah SAW, Ahli Keluarga, Para sahabat, tabiin, tabii tabiin dan seluruh umat Islam yang berada dari timur hingga ke Barat.Adapun selepas daripada itu;Apabila handset berbunyi ketika solat sedang didirikan, maka mematikannya adalah wajib. Membiarkannya berbunyi yang sememangnya mengakibatkan gangguan ketika menunaikan solat, hukumnya menjadi haram. HUKUM MENGGANGGU ORANG SOLAT Berkata Abu Sa’id al-Khudri, Aku dengar Rasulullah SAW bersabda; إذَا صلى أحدكم إلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَ...