Catatan

OBLIGATIONS OF THE SHAHADAH

Obligations of the Syahadah The acceptance and testimony of the syahadah in the true sense sets the Muslim duty-bound. The syahadah carries responsibility-tag with it, which the Muslim has to oblige. The obligation of the syahadah are as follows: 1. To utter the syahadah. As a statement of being a Muslim, the person has to utter the syahadah, or say it verbally. This obligation is well exemplified by a hadith narrated by Bukhari and Muslim stating that when Abu Talib, the uncle of the prophet s.a.w. who took care of his well being since childhood, was dying, the Prophet urged him to utter the kalimah:لا إله إلا الله 2. To have iman. Once the the two verses of the syahadah had been testified, they must be followed by iman, which is the unshakeable belief in the precepts of iman as laid down in part (7). The perfect iman must have the complete acceptance and submission in the heart, utterance of submission by the tongue and obedience on the injuctions by the deeds. 3. Perform the pillars...

ISU TUDUHAN LIWAT ANWAR - LAKSANAKAN HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN Berita TV3 ( 4/7/2008 ) menyiarkan berita bahawa Mufti Perlis meminta Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari Azlan melakukan mubahalah. Apa yang saya faham mubahalah merupakan satu kaedah di dalam Islam ( yang ada disebut di dalam Al-Quran ) bagi menentukan kebenaran. Kedua-dua pihak yang bertikai dipertemukan dan masing-masing bersumpah sekiranya mereka tidak bercakap benar mereka akan dilaknat oleh Allah. Ketika mengulas saranan Mufti Perlis tersebut Pengerusi Putera UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan bahawa Anwar hendaklah bersumpah dengan AlQuran daripada menggunakan media bagi membuktikan beliau tidak bersalah ( lihat Malaysiakini : Swear on the Quran, Anwar told ) Saya kurang pasti sama ada Pengerusi Putra UMNO tersebut faham dengan istilah mubahalah. Mubahalah bukan satu sumpah dengan AlQuran seperti yang didakwa . Saya rasa tidak perlulah pengerusi Putera UMNO yang kecetekan ilmu syariah dan undang-undang untuk menjuarai isu tuduhan liwat ini. Ma...

NASIHAT SUFYAN ATSAURI

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah: 1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakanuntuk anak-anaknya dan kaum mukmin. 2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidakmembaca seratus ayat. 3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang duarakaat. 4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberisalam dan mendoakan ahli kubur. 5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudiantidak sembahyang jemaah. 6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. 7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masingtidak menanyakan nama kawannya itu. 8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang. 9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmudan kesopanan. 10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganyalapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan ole...

UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan

Imej
‘Perjanjian Pangkor II’? Maksud firman Allah SWT: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63) UMNO Gunakan Badan NGOSetelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini...

KREDIBILITI NAQIB SEBAGAI FAKTOR YANG MENJAYAKAN USRAH

Walau bagaimanapun kejayaan usrah banyak bergantung kepada kredibilti seorang naqib yang memenuhi kriteria sebagai seorang naqib. Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing. Kerana ia bukan sahaja orang yang berjumpa secara formal tetapi juga secara tidak formal. Naqib bukan sahaja orang berjumpa seminggu sekali atau dua kali seminggu dalam majlis usrah, malahan lebih daripada itu yang menjangkau masa dan sempadan. Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber 1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya. Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa. Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab ku...

PELAJARAN DARI BENCANA TSUNAMI BAGI KITA

Imej
Gempa bumi tanggal 26 Desember 2004 di Asia Tenggara, yang terbesar dalam kurun waktu 40 tahun terakhir dan terbesar kelima sejak tahun 1900, tercatat 9 pada skala Richter. Gempa tersebut beserta gelombang tsunami yang terjadi setelahnya menyebabkan bencana yang menewaskan lebih dari 220.000 orang. Patahan seluas 1.000 kilometer persegi yang muncul akibat pergerakan sejumlah lempengan di bawah permukaan bumi dan energi raksasa yang ditimbulkan oleh bongkahan tanah raksasa yang berpindah tempat, berpadu dengan energi raksasa yang terjadi di samudra untuk membentuk gelombang tsunami. Gelombang tsunami itu menghantam negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Sri Lanka, India, Malaysia, Thailand, Bangladesh, Myanmar, Maladewa dan Seychelles, dan bahkan pesisir pantai Afrika seperti Somalia, yang terletak sejauh kurang lebih 5.000 kilometer. Istilah "tsunami," yang dalam bahasa Jepang berarti gelombang pelabuhan, menjadi bagian dari bahasa dunia pasca tsunami raksasa Meiji pa...

PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN : SEJAUHMANA KEHARUSANNYA ?

Para ulama telah membahagikan metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran terpenting iaitu : A. Tafsir bi al-mathur ataupun al Tafsir al-Naqli Iaitu bersandarkepada 4 sumber rujukan yang asas iaitu: 1. Al-Quran - Ayat-ayatnya “saling tafsir mentafsir di antara satu sama lain”. -Asbab al Nuzul dan Nasikh wa al-Mansukh 2. Al-Sunnah(Hadis-hadis Nabi) -Ilmu Hadis - Asbab al Wurud 3. Tafsiran Para Sahabat Nabi SAW 4. Tafsiran para tabi’in A.Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’. B. Tafsir bi al-Ra’ Diertikan sebagai iktikad(kepercayaan),atau qias atau akal atau ijtihad atau perbuatan merenungi dan memerhatikan. Pendirian para ulama terhadap tafsir secara ijtihad dan penggunaan akal. Terdapat 2 golongan : Golongan 1: Mengharamkan pendekatan tafsir Al-Quran secara akal. Golongan 2: Mengharuskan pentafsiran Al- Qura...

ZAKAT CARIGALI MINYAK

Imej
KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan. Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral. "Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP ULASAN UZAR Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w. Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan ) Ringkasannya, h...

PUJIAN ATAU "MEMBODEK"

Imej
Sekali baca kelihatan kita ditegah sama sekali untuk memuji sesorang di hadapannya. Namun Imam Badr Al-Aini ketika menghuraikan hadis ini menyebut pujian yang "memotong belakang" itu adalah dalam konteks seseorang terlalu berlebihan dalam pujiannya sehingga memuji sesuatu yang tidak dimiliki oleh orang yang dipuji sehingga menyebabkan datangnya sifat ‘ujub dalam diri, merosakkan hati, menghancur keikhlasan dan merasa diri benar lagi hebat sentiasa. Padahal realitinya tidak sedemikian Perkara ini dalam kata lainnya adalah 'membodek'. Ia kerap berlaku kepada orang berjawatan atau mereka yang mempunyai sesuatu pengaruh atas sesuatu keputusan keduniaan. Justeru jika anda memegang jawatan penting, pemutus keputusan di syarikat atau organisasi, anda perlu berhati-hati kerana akan muncul ramai pemuji dan pemuja yang boleh bertujuan 'bodek'. Kali ini sangka buruk dalam hal ini perlu atas nama berhati-hati dan beringat. Namun bukan semua akan demikian, mungkin segelint...

JANGAN BIADAP DENGAN ALLAH !!

Imej
Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat. Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalma hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri. Tegahan melintas di hadapn orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w :- لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang y...

LIWAT BOLEH PERCAYA ATAU TIDAK ?

Imej
Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain. Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433) Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata : ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama sepert...

KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA'

Imej
OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB Menegakkan Pemerintahan Islam Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud : “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”. Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang mengurusnya”. Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w. Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap te...