Catatan

BIODATA RINGKAS RASULULLAH

BIODATA RASULULLAH SAW · Nama: Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah) · Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah · Nama bapa: ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim · Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf · Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) · Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) · Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN · Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terleta...

FIQH AWLAWIYAT

Tertarik dengan bicara hikmah serta perbahasan yang di bawa oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi di dalam kitabnya fiqh aulawiyyat memberi satu ilham untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat di dalam ruangan ini. Beliau yang merupakan seorang ulama dan cendiakawan Islam masa kini, juga merupakan seorang doktor masyarakat. Pelbagai resepi dan ramuan yang dititipkan di dalam karangan beliau sebagai ubat dan penawar kepada setiap jenis penyakit yang dideritai oleh masyarakat kini. Namun bukanlah disini untuk membentangkan segala perkara atau perbahasan yang terkandung didalam kitab beliau. Tetapi hanya sekadar menitip sedikit daripada kalam dan pengalaman beliau yang bersangkutan dengan fiqh aulawiyyat. Justeru ikutilah siri-siri perbahasan beliau di dalam ruangan ini dan perhatikanlah kerana sebahagiannya pernah berlaku di lingkungan kita selaku Azhari/ah. Mudah-mudahan risalah ringkas ini dapat membantu kita dalam memahami fiqh keutamaaan serta membantu kita selaku pendakwah untuk menyebarkan ajara...

RINDUNYA PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Imej
Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu. Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan. Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sin...

sifat-sifat mazmumah

1. Syarrut ta‘am (banyak makan) Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan. Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-hakn...

KRISIS EKONOMI US : GAMBARAN, ULASAN & PANDANGAN ISLAM

Imej
Krisis Ekonomi US : Gambaran, Ulasan & Pandangan Islam Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam. Justeru, jika anda seorang cendiakawan ekonomi, kewangan dan perbankan, saya kira tulisan ini mungkin tidak menambahkan sebarang nilai dan pengetahuan baru buat anda. Saya juga menggunakan bahasa-bahasa bukan kewangan bagi memudahkan kefahaman orang awam dalam memahami isu ini secara mudah. Walaupun isu ini agak kompleks untuk diterangkan dengan mudah kepada pembaca yang tiada basic ilmu kewangan dan perbankan (kerana ia perbincangan berkenaannya banyak menggunakan istilah-istilah khusus kewangan dan perbankan), namu...

PUASA SUNAT (6 HARI SYAWAL)

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal? Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan RomadhAn adalah amalan sunnat yang dianjurkan dan bukannya wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa setahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Romadhan). Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, yang artinya: "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa penuh setahun ." (HR: Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) Rasulullah bersabda lagi: "Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Eidul Fitri bererti ia telah menyempurnakan puasa penuh setahun . Dan seti...

Mufti Perak: Hiburan dengan maksiat di Hari Raya Aidilfitri haram

Imej
Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini berkata Aidilfitri tidak boleh dikaitkan dengan hiburan yang berunsur maksiat seperti konsert atau joget. Beliau berkata memang tidak dibenarkan menggunakan nama Aidilfitri untuk digabungkan dengan hiburan yang melalaikan kerana ia mencemar hari yang merupakan puncak kepada ibadat berpuasa selama sebulan. Perbuatan menyambut Aidilfitri dengan pengisian hiburan yang keterlaluan sehingga menjadikan umat Islam lalai "boleh jatuh kepada haram", katanya kepada pemberita di sini. "Menyambut Aidilfitri dengan sogokan rancangan bercorak hiburan yang terlalu banyak sehingga melalaikan amatlah tidak sesuai seolah-olah menidakkan hari raya itu sebagai hari kemenangan umat Islam. "Islam tidak menghalang hiburan tetapi bukan yang keterlaluan sehingga umatnya lalai semata-mata kerana ingin memuaskan nafsu," katanya. Harussani berkata perayaan dalam Islam adalah ibadat tetapi Aidilfitri hilang hikmah dan tujuannya apabi...

Adab berjemaah perlu dipelihara - Presiden PAS

Imej
Abdul Aziz Mustafa Wed | Oct 01, 08 | 8:57:19 am MYT KUALA LUMPUR, 1 Okt (Hrkh) - Akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa dipelihara sama seperti memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang dalam perutusan Eidulfitrinya. "Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembnimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi. Walaupun Ramadan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS. "Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya. Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Sya...

AIDILFITRI HARI KEMENANGAN DAN KESYUKURAN

KEDATANGAN satu Syawal adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam setelah sebulan melalui ujian Allah s.w.t. Melalui segala rintangan agar dapat merasai keperitan hidup insan yang kurang bernasib baik. Dan satu Syawal adalah natijah untuk kita mela-hirkan kesyukuran di atas segala kesem-pumaan melalui ujian Allah itu. Elok diterangkan serba sedikit sejarah bermulanya hari raya dalam syariat Islam sebelum membicarakan tata susila amalan menghidupkan Aidilfitri ini. Mengikut catatan yang muktabar, hari raya yang kita raikan kini telah disyariat-kan oleh Islam secara sempurna sejak tahun kedua hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah Al-Munawarah. Di peringkat awal kedatangan Islam, masyarakat ketika itu sama ada sudah memeluk Islam atau tidak mempunyai hari perayaan dan kebesaran yang dinamakan "nairuuz" dan "mahrajan". Kedua-dua hari perayaan ini disambut dengan mengadakan majlis suka ria. Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin agung dan pembawa rahmat sekelian alam tid...

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Imej
Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 ) Sumber: http://akob73.blogspot.com (Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari) Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa me...

AMALAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DI HARI RAYA

Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah. Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu ba...