Catatan

RTM PERAK TERUS AMAL SIKAP ANTI KERAJAAN NEGERI

Ekmal Yusof Mon Nov 17, 08 2:11:26 pm MYT IPOH, 17 Nov (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal terhadap Radio FM (RTM) Perak yang bersikap anti Kerajaan Pakatan Rakyat Perak walaupun ia berpengkalan di negeri itu. Rasa terkilannya itu dilahirkanya dalam penggulungan Perbelanjaan Bajet 2009 di Persidangan Akhir Dewan Negeri Perak di sini, 13 November lalu. Katanya, walaupun ia berpengkalan di negeri Perak tetapi amalannya masih mengikut kehendak politik Kerajaan Pusat yang akhirnya segala kerja dan niat baik Kerajaan Pakatan Rakyat diselewengkan faktanya hingga memberikan fahaman negatif. Sementara itu, Harakahdaily mendapati radio itu dalam Warta Perak jam 5.00 petang semalam telah menyiarkan suasana kekecohan Adun BN yang menggangu Menteri Besar berucap membuat pengulungan Bajet 2009 Persidangan Akhir Dewan Negeri itu, yang bertujuan mengelirukan rakyat. "Bukan sekadar ia tidak memberi liputan pada majlis rasmi Kerajaan Neger...

NIZAR DIALOG, CERAMAH DAN KULIAH SUBUH DI KUANTAN

Imej
November 15, 2008 · Print This Article KUANTAN: Sekitar foto-foto aktiviti Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semasa lawatan ke Pahang bermula tengah hari Sabtu sehingga Ahad. Beliau diberikan kesempatan untuk berucap melalui ceramah di kampung Razali di sini, kuliah subuh dan berdialog dengan masyarakat setempat, Nizar sempat memberi penerangan mengenai beberapa perkara berhubung dengan perkembangan semasa yang berlaku di Perak. Dato Seri Nizar menekankan mengenai keadilan sejagat yang bukan hanya memberi penekanan pada sesatu kelompok bangsa semata-mata tetapi pada semua rakyat yang berhak menerimanya. Pagi tadi (Ahad) Nizar telah sampaikan kuliah subuh di Masjid Saidina Umar, Taman Chenderawasih, Kuantan. Antara kata Nizar, kekayaan dan hasil dalam negara ini bukanlah untuk dikecapi untuk segelintir manusia sahaja tetapi hendaklah dinikmati oleh segenap rakyatnya dan inilah yang diertikan sebagai keadilan. END/ANR

KETUA KAMPUNG, JKKK DIBERI KURSUS ICT

Mohd Syamil Azhar Sun Nov 16, 08 12:34:58 pm MYT GERIK, 16 Nov (Hrkh) - Sebahagian daripada 120 ketua kampung dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Hulu Perak mula menerima kursus singkat mengenali komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semalam. Kursus selama dua hari (Sabtu dan Ahad) itu diadakan di Kolej Komunikasi Gerik dekat sini yang dibimbing tiga tenaga pengajar kolej berkenaan. Untuk peringkat pertama, seramai 28 peserta dari 14 buah kampung dalam Mukim Lenggong dan Mukim Temelong, Lenggong berjaya mengikuti kursus. Semua peserta terbabit yang diambil dan dihantar dengan bas kolej itu sendiri kelihatan begitu bersemangat mengikutinya dan difahamkan mudah menerima pelajaran. Bagi hari pertama mereka diperkenalkan dengan komputer sebelum memahirkan diri dengan Microsoft Word, cara-cara membuka laman web dan bagaimana membuka akaun emel masing-masing. Apa yang menariknya, kesemua peserta telah meminta dibuka laman web Harakahdai...

MENGAPA UMAT ISLAM DIUJI DENGAN PELBAGAI UJIAN ?

Ustaz Zainudin Hashim Thu Nov 13, 08 9:48:49 am MYT Peranan Umat Islam Sifat utama Umat Islam seperti yang didedahkan oleh al-Quran ialah mengajak manusia sejagat untuk melakukan perkara-perkara yang baik (makruf) dan meninggalkan perkara-perkara haram yang ditegah oleh agama Islam, ia bertujuan tidak lain agar mereka menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat, pendedahan ini pernah disebut menerusi surah Ali �Imran ayat 104 yang bermaksud : Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari perkara mungkar, mereka itulah orang-orang yang berjaya. Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan Allah ke muka bumi ini bagi mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dalam erti kata yang cukup luas maksud dan pengertiannya. Diuji dengan pelbagai ujian untuk jadi kuat dan matang Antara ujian yang disebut oleh al-Quran ke atas masusia ialah dengan menjadikan hidup dan mati itu sebaga...

Gambar Amrozi dan Mukhlas

Imej

ADUN BN TINGGALKAN DEWAN

Imej
IPOH : Sewaktu dewan sedang bersidang dengan rancak, dua kali semua ADUN BN meninggalkan dewan. Kerusi anggota Pembangkang kosong pada petang Rabu dan juga Petang Khamis. Inilah sikap ADUN Pembangkang yang tidak menghormati kemulian dewan dan tidak menghormati rakyat yang memilih mereka untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat di DUN masing-masing.Dalam masa yang sama ADUN Kubu Gajah menghentam hebat ADUN Pantai Remis dan ADUN Sitiawan yang kedua-duanya juga Ahli Parlimen, mereka tidak hadir Parlimen kerana mengikuti Sidang DUN di Perak. Kubu Gajah menyifatkan mereka tidak bertanggungjawab, menipu rakyat dan berbagai-bagai cemuhan dan celaan hanya kerana empat hari tidak menghadiri sidang Parlimen.Sebenarnya kebanyakan ADUN Pembangkang yang berada dalam dewan lebih tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang diwakili. Di Dewan, mereka lebih suka membuat kecoh, mengacau, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berlagak sombong, angkuh kononnya PR tidak pandai mengurus tadbir negeri Perak d...

SEDUTAN UCAPAN PENGGULUNGAN BAJET 2009 MB PERAK

Bajet 2009 PR lebih baik dari Bajet 2008 BN YAB MB Perak menegaskan bahawa Bajet 2009 yang dibentangkan adalah jauh lebih baik berbanding Bajet 2008 BN. Menurutnya walaupun peruntukan pembangunan berkurang sebanyak 5 juta yang disifatkan oleh wakil Pembangkang sebagai kepincangan, daif, naïf, cetek, dangkal dan tidak selaras dengan strategi bajet negeri berkebajikan. Namun pengurangan ini tidaklah seteruk pada tahun 2008 yang mana pengurangan peruntukan pembangunan pada masa itu adalah sebanyak 69 juta berbanding dengan tahun 2007. Menurut MB Perak sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2009, keseluruhan anggaran perbelanjaan iaitu pembangunan dan pengurusan bagi tahun 2009 adalah sebanyak 736.84 juta ringgit berbanding 658.26 juta pada tahun 2008 iaitu peninhgkatan sebanyak 12 peratus. Hasil Negeri akan meningkat apabila hutan simpan di tender oleh kerajaan. 2000 hektar hutan simpan ditender oleh kerajaan. Jumlah tersebut adalah 25 % daripada jumlah Catuan Tebangan Tahunan 2008. Pemberia...

APA YANG RAKYAT PERAK DAPAT DARI BAJET 2009 INI ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan. 2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit. 3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat. 5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah. 6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan 7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan r...

KERAJAAN LULUS TANAH 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) DAN 1000 HEKTAR KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SUWA)

IPOH : Dewan diberitahu bahawa SAR & sekolah SUWA masing-masing dianugerah tanah sebanyak 1000 hektar untuk diusaha hasil bagi menjana pendapatan sekolah tersebut. SAR sebelum ini telah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dalam pemberian bantuan perkapita sejak tahun 2002. Manakala sekolah-sekolah SUWA adalah sekolah yang hanya mendapat bantuan RM 30 ribu setahun. Jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi bagi membiayai perjalanan pendidikan dan aktiviti persekolahan. Sekolah SUWA dan SAR mendapat sumbangan dari orang awam dan juga bergantung kepada yuran murid. Demikian dijelaskan oleh YAB MB sewaktu menjawab soalan lisan dari ADUN Sungai Rapat. Dengan pemberian tersebut, sekolah SUWA dan SAR mampu menjana ekonomi dan pendapatan menerusi aktiviti perladangan dan pertanian yang djalankan.

KERAJAAN PR BERJAYA MENARIK PELABUR ASING BERJUMLAH HAMPIR 2 BILLION RINGGIT KE PERAK

Dalam tempoh 8 bulan memerintah Pelaburan Asing dalam sektor perkilangan telah diluluskan oleh Kerajaan PR dengan mencatatkan pelaburan bernilai RM 1,874,236,775, angka ini jauh lebih tinggi berbanding pelaburan asing untuk keseluruhan tahun 2007 yang berjumlah RM 1,382,9919,999. Sektor perkilangan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 2,383 rakyat Perak apabila 25 projek dibangunkan nanti. Demikian dijelaskan oleh EXCO Industri dan Pelaburan Kerajaan Negeri Perak dalam sidang DUN hari ini.

KERAJAAN BN TIDAK TINGGALKAN APA-APA UNTUK YAYASAN PERAK

YAB MB Perak menjelaskan dalam dewan hari ini bahawa Kerajaan BN tidak meninggalkan apa-apa wang kepada Yayasan Perak. Pendapatan Yayasan Perak diperolehi melalui aktiviti perladangan dan pertanian. Walau bagaimanapun, kerajaan Negeri PR telah menyalurkan sumbangan berjumlah 2.4 juta ringgit untuk tujuan derma siswa kepada anak-anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran Ke IPTA.

SIDANG DUN PERAK , 10-14 NOVEMBER INI

Johari Jaafar Sun | Nov 09, 08 | 8:47:23 am MYT IPOH, 9 Nov (Hrkh) - Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10 hingga 14 November ini dan seluruh rakyat negeri ini sedang tetunggu-tunggu bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat. Pada sidang pertama nanti, Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh Exco akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh Adun kerajaan dan pembangkang. Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan. Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas kerana Adun-adun Pakatan Rakyat kelihatan benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujah. "kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing," katanya. Beliau seterusnya memberitahu Adun-adun Pakatan Rakyat sudah belajar dengan pengal...

YDP TAIPING RAI GURU PASTI

TAIPING 8Nov. Seramai 17 orang guru PASTI Taiping di raikan oleh YDP Pas Taiping semalam dalam satu Majlis ringkas yang di adakan di Pusat Khidmat DUN Kamunting. Majlis ini diadakan bagi bagi merakamkan ucapan terima kasih diatas sumbangan tenaga yang guru-guru PASTI berikan selama ini. YDP juga merakamkan ribuan terima kasih kerana guru-guru PASTI Taiping telah berjaya menempatkan PASTI Taiping menjadi johan keseluruhan acara bagi Negeri Perak. Majlis turut meraikan pelajar PASTI yang menjadi wakil Negeri Perak di Peringkat Kebangsaan dan memenangi beberapa acara di peringkat tersebut. YDP mengharapkan agar guru pasti terus menyumbangkan sepenuh tenaga untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh. Bayaran atau imbuhan yang tidak seberapa bukanlah menjadi penghalang kepada usaha-usaha murni ini. PAS Kawasan akan cuba membantu sedaya yang boleh bagi menaikkan lagi tahap dan kuali PASTI di Taiping. Di majlis tersebut YDP juga telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang ringgit ...

SOGOKAN : SIA-SIA ADU KE LEMBAGA DISIPLIN

Muda Mohd Noor Nov 7, 08 12:36pm Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya. "Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno."Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut."Jika...

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Executive Talk Kerajaan Negeri Perak

Imej
IPOH, 3 NOVEMBER – Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru 7500 warga perkhidmatan awam negeri ini untuk melaksanakan tugas dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab bagi membela nasib rakyat. Sektor awam hendaklah sentiasa bersedia serta cekap melaksanakan tugas kerana prestasi mereka dinilai oleh rakyat. “Serlahkan perkhidmatan kerajaan untuk membela rakyat dan ingatlah bahawa segala tugas yang dikerjakan itu adalah merupakan amanah dari mereka,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan dan Executive Talk Warga Perkhidmatan Awam Negeri Perak. Kira-kira seribu warga perkhidmatan awam menghadiri majlis itu dari seluruh daerah di Negeri Perak. Tetamu kehormat YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh dijemput khas bagi menyampaikan ceramah motivasi di majlis tersebut. Dalam pidato yang disampaikan hampir satu jam itu, anwar banyak menyentuh isu-isu ekonomi dan pentadbiran awam, sedikit pun peluang itu tidak...

KERAJAAN PERAK ANJUR SOLAT HAJAT PERDANA 9 NOV

Johari Jaffar Thu Nov 06, 08 8:01:32 am MYT IPOH, 6 Nov (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini. Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin. "Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah unuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam. "Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan denga...

SIAPAPUN PRESIDEN AMERIKA, DASAR PRO-YAHUDI TIDAK BERUBAH

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Nasir Sudin Mon Nov 03, 08 1:21:55 pm MYT KUALA LUMPUR, 3 Nov (Hrkh) - Pengerusi Centre For Internationals Muslim Minority Affairs (CIMMA), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan siapa pun bakal Presiden Amerika Syarikat dalam pemilihan esok, dasar pro-Yahudi tidak akan berubah. Malah katanya, sekali pun Barrack Obama menang besar ke atas John McCain, namun tekanan Yahudi ke atas pentadbiran Amerika tidak akan berubah. "Sememangnya Amerika adalah sekutu kepada negara Israel, segala polisi yang berkaitan menentang Yahudi tidak akan dibenarkan, kerana semua calon presidennya mengharapkan dengan adanya sokongan dari Yahudi untuk menang mudah dalam pemilihan," katanya. Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media di Masjid KLCC hari ini. Justeru, sebarang keputusan pilihan raya esok tidak akan mengubah apa-apa, namun CIMMA masih menaruh harapan jika Obama menang beliau akan mengubah sedikit polisi terhadap Islam, kata Azmi. "Kita sedia maklum, Ob...

RENUNG-RENUNGKAN SEBENTAR !

Imej
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman. Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. Siapakah orang yan...

KEPENTINGAN WALA' DALAM JEMAAH

liqa Fikri anjuran Lujnah Tarbiah PAS Perak yang berlangsung di Pusat Tarbiah Air Kuning semalam menekankan Kepentingan Al-Wala’ dan Al- Bara’. Naqib pada malam itu AF Ustaz Nasaruddin Tantawi. Beliau menekankan bahawa"Wala ‘ merupakan asas terpenting dalam sesebuah Jemaah Islam.Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan Wala’ kepada pimpinan kerana tanpa Wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja." Saya merasakan bahawa penerangan yang disampaikan oleh AF Us. Nasaruddin yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat amat baik dan berkesan kerana ada ahli sebelum ini masih tidak faham bagaimana sebenarnya Wala’ yang mesti diberikan kepada pimpinan. Mereka menganggap bahawa memberi Wala’ sekadar memberi penghormatan, member layanan sewaktu lawatan, menjamu durian ketika musim durian dan sebagainya. Tetapi Wala’ a...

JUAL MAHAL BERKALI GANDA : BOLEHKAH ?

Imej
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Ramai bertanya sama ada terdapat dalil khusus yang menghadkan keuntungan halal dalam transaksi jual beli. Jawapan ringkasnya ; tiada dalil khusus dalam hal ini sebagai contoh tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung tidak boleh melebihi 20 %, 30 % dari modal atau lain-lain peratusan. Ini kerana penetapan keuntungan ini akan melencongkan transaksi tersebut dari memberi keadilan buat pihak yang menjual dan membeli. Di dalam Islam, setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun demikian ia masih terikat dengan harga pasaran. Justeru, harga yang ditawarkan hendaklah :- a- diterima harga pasaran. b- Jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia MESTI mempunyai sesuatu add value atau tambahan nilai unik pada kualiti barangan itu, contohnya, harga pasaran bagi jualan sebuah rumah teres tiga bilik dengan keluasan 22 x 75 kaki adalah RM250,000. Namun penjual mahu menjualnya dengan harga RM 400,000 diseba...