Catatan

Ir Nizar : Kami

Imej
IPOH, 12 Feb,:-Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi. "Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya.. Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain. Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan an...

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok Harakahdaily Thu | Feb 12, 09 | 5:10:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok. Iklan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut. Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry. Di samping itu, beliau juga menggesa ra...

Orang Changkat Jering tunjukkan perasaan mereka ..

Imej
CHANGKAT JERING, 12 Feb .:- Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner-banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering. Pagi tadi semasa saya meninjau kawasan berkenaan sempat saya rakam kan banner istemewa itu untuk tatapan pengunjung blog cina islam.

Kami bukan penderhaka - Harakahdaily

Imej
Kami bukan penderhaka! Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my Thu | Feb 12, 09 | 11:39:19 am MYT KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang. Iklan Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat. Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah. Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepa...

Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM

Imej
Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM Intan Abdullah Thu | Feb 12, 09 | 9:14:04 am MYT KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya. Iklan "Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi. Oleh itu, ...

HJ NIZAR AKAN PINDAH SIKIT MASA LAGI - MISBAH

pDato' Seri Hj Nizar ditohmah kononnya tidak mahu keluar dari kediaman rasmi MB walaupun sudah dikeluarkan notis berkali-kali, antara yang turut memberi tohmahan ialah Perdana Menteri sendiri. Sebenarnya, sehingga sekarang belum ada sebarang notis supaya Dato' Seri mengosongkan kediaman rasmi. Malahan Dato' SS ketika menelopon MB tempoh hari telah memohon maaf di atas kebiadapannya & keterlanjurannya terhadap Dato' Seri di Pejabat MB, beliau ada mengatakan bahawa Dato' Seri boleh tinggal lama pun tak apa, nanti kalau berpindah, beritahu sahaja Dato' SS. Kemudahan transport akan disediakan. Kita pun faham, walaupun dia tak suruh pindah, tetapi maksud sebaliknya ialah kosongkan kediaman, orang lain nak masuk. Tohmahan yang mengatakan sudah berkali-kali notis dikeluarkan tetapi tidak juga mahu berpindah adalah tidak betul. Dato' Seri belum menerima sebarang notis pindah. Beliau memang ingin berpindah, tetapi ambil masa sedikit. MB yang terdahulu pun berpind...

WAJAH SHUHADA ' GHAZZAH

Imej
WAJAH SYUHADA' GHAZZAH الموت في سبيل الله أسمى أمانينا Bangga mendapat syahid yang diidamkan Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid Pergi Mendapatkan Janji Allah swt Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga

Larangan ceramah politik di Perak - Malaysiakini

Imej
Jimadie Shah Othman | Feb 11, 09 3:46pm eksklusif Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda. "Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi. "Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa. Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut. Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan n...

TERBUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL PERAK BERMASAALAH SEBELUM INI - Malaysiakini

Imej
Sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak, kata Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga. Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah: Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli. YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng. Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya. Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditub...

Merompak adalah cara mereka

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tindakan Umno 'merompak' hak mutlak seseorang dengan cara paksaan sudah menjadi tradisi yang diulangi lagi bagi menafikan kerajaan yang dipilih rakyat. Tindakan Umno merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak seumpama kumpulan lanun dengan mengulangi peristiwa yang pernah berlaku pada 1961 di Terengganu dan 1968 di Kelantan. "Rakyat Perak dipaksa menerima tindakan lanun itu yang mengakibatkan berlakunya bantahan menyeluruh daripada rakyat Perak. "Sedangkan apa yang mereka laungkan selama ini bagi menegakkan demokrasi langsung tidak berlaku apabila Umno merampas negeri dengan menculik Adun," katanya kepada media di sini, hari ini. Beliau juga melahirkan rasa dukacita cara laporan dibuat media harian bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan istana. Menurut beliau, media menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat menderhaka kepada raja, sedangkan rakyat negara ini tanpa mengira kaum mentaati raja. "Janganlah ...

Artikel : Nizar bakal dikenakan ISA, lucut gelaran Dato' Seri - Harakahdaily

Hermansamsudeen Tue | Feb 10, 09 | 2:30:11 pm MYT "Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan." "Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan. Perkara ini seolah-olah benar-benar akan berlaku dimana petang semalam Menteri Pelancongan, Azalina Othman menyarankan agar Nizar ditahan di bawah akta ISA atas alasan mengingkari titah Sultan dan enggan melepaskan Jawatan. Semasa membuat kenyataan itu, Menteri Besar Haram, Zambry Abdul Kadir berada disebelah beliau. Tidak cukup dengan itu, Ketua Umno Cheras pula mengusulkan agar gelaran Dato' Ser...

MAHKAMAH KELUAR WARAN TANGKAP UNTUK JAMALUDIN DAN OSMAN - SIASAH

IPOH, 10 Feb: Mahkamah Majistret Ipoh mengeluarkan waran tangkap terhadap Adun Behrang Jamaludin Md Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu setelah gagal menghadiri perbicaraan kesnya hari ini. Waran juga dikeluarkan terhadap tertuduh yang lain termasuk Usaili Alias, pemimpin PKR Perak yang menghadapi tuduhan yang sama. Untuk itu, mahkamah telah menangguhkan perbicaraan mereka ke 15 Februari ini. http://siasahdaily.blogspot.com/2009/02/mahkamah-keluar-waran-tangkap-untuk_09.html

MB Perak dilarang masuk pejabat - keadilan online

Imej
Selasa, 10 Februari 2009 • Kategori: Nasional , Perak KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI (SK)- MENTERI Besar Perak, Nizar Jamaludin pagi ini dihalang memasuki pejabat rasminya di Wisma Darul Ridhuan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Beliau yang tiba di depan pintu masuk bangunan SUK, menaiki kenderaan rasminya, pada jam 11.05 pagi dihalang oleh anggota polis serta sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU yang sedia mengawal bangunan SUK. Setelah dihalang, menurut laporan media, Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis. Ketika itu, pihak polis meminta agar Menteri Besar itu beredar dan dilaporkan berkata, “Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan.” Walaubagaimanapun, menurut Malaysiakini, Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab: “Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan.” Ketika ditemui media, Menteri ...

Osman Jailu dimasukkan ke ICU ?

Imej
IPOH (9 Feb) Begitulah berita yang baru diterima mengatakan bekas adun Changkat Jering, Kapitan Bersara Osman Jailu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif, salah sebuah hospital di Selayang. Yang bukan sakit gigi tetapi serius. Apakah mungkin Kapitan Bersara itu terkejut sakan kerana namanya tak disenaraikan dalam senarai exco baru kerajaan negeri yang haram bakal diumum Dr Zambry Abdool Kadeer, Selasa. Zambry mungkin terlupa jasa baik Osman yang membolehkan diua menjadi MB haram. Tapi Zambry tak tau bahawa Osman hanya pakar lari jarak dekat, bukan pakar lompat. Jamaludin Mohd Radzi juga nampaknya ketinggalan karier pos laju. Itulah nasib dua Adun bebas, pakar lompat jauh dan dekat ini. Tapi nasib OKU, Hee Yit Foong, atlet lompat setempat paralympik disenaraikan dalam barisan exco haram tersebut. Jamal dan Osman nampaknya tak laku jual maajun kuatnya berbanding Hee yang pandai guna kecacatannya untuk dapat post exco. Jamaludin dan Osman dijadualkan dihadapkan ke mahkamah atas t...

Arumugam letak jawatan exco dan Adun Bukit Selambau - Malaysiakini

Imej
Selepas beberapa jam melepas jawatan exco kerajaan negeri Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan malam ini bahawa V Arumugam turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau. Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta. Sehubungan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari. Petang tadi, Azizan mengumumkan bahawa Arumugam telah melepaskan jawatan exco kerajaan negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini malam ini, Isa berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan Arumugam pada jam 6 petang tadi yang dihantar oleh wakilnya. Menurutnya, menteri besar telah menyembahkan perkara itu kepada Sultan Kedah tadi. Menurut Isa beliau akan menghantar surat kepada SPR esok untuk m...

Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gantang selesai di semadikan

BATU GAJAH , 9 Feb :- Lebih 5000 orang menziarahi jenazah Almarhum Hj. Roslam Sharum di kediamannya di Changkat Larang di sini petang tadi. Jenazah yang sampai dari Hospital batu Gajah sekitar jam 3.00 petang telah ditunggu oleh saudara dan rakan taulan sejak lebih awal lagi. Setibanya jenazah di rumah pada masa tersebut, bertali arus saudara dan rakan dari kaum Melayu, Cina dan India berdatangan untuk memberi ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir. Antara yang hadir dan dapat dikesan ialah DS.Anwar Ibrahim,Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin,Dr. Hatta Ramli, Hj. Mahfodz Omar, Ust. Ahmad Awang,Ahli Parlimen yang lain serta ADUN-ADUN. Pemimpin tertinggi Parti pakatan Rakyat Perak dan Pegawai-pegawai kerajaan juga kelihatan hadir. Sembahyang jenazah dilakukan sebanyak 3 kali, sekali di rumahnya dan dua kali di Masjid jamik Changkat Larang. Jenazah disemadikan di tanah kubur yang berdekatan. bacaan talkin diketuai oleh YAB Menteri Besar perak dan Tahil di ketuai olehPengarah Jaipk ...

Nizar di halau dari Pejabatnya !.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya pagi dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya. Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup.Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka.Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya.Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah ambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.Bagaimanapun, katanya, bel...

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT BERKUMPUL DI RUMAH MB

Petang ini seluruh Pimpinan PAS Pusat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan tertinggi ketiag-tiga parti. Datuk Seri Tuan Guru Hadi Awang yang baru pulang dari Gaza tanpa berehat panjang terus bergegas ke Perak. Mereka akan berbincang bagi mementukan tindakan seterusnya bagi menyelamatkan demokrasi dan mempertahankan hak rakyat. Turut hadir YAB MB Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang. SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT PERDANA DI STADIUM NEGERI Solat Hajat dan Munajat Perdana yang bertukar dari Kuala Kangsar ke Kediaman MB bertukar ke Stadium Negeri atas nasihat pihak keselamatan. Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan provokasi, kekacuan dan bertindak diluar batasan undang-undang. Rakyat Perak diminta bertenang, berdoa dan solat hajat memohon kepada Allah swt supaya Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dipertahankan. Solat Hajat dan Munajat Perdana akan dipimpin oleh Dauk Tuan Guru Presiden. Semua pimpinan tertinggi dan MB akan memberi ucapan selepas ...

Nizar terpaksa menyampaikan sembah derhaka kepada tuanku sultan - alhusseyn

Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berbincang dengan Dato seri Nizar di kediamannya di sini.Lim Kit Siang dijangka akan hadir sedikit masa lagi sementara tuan guru dalam perjalanan di Simpang Pulai. Mengikut cerita Setiausaha akhbar MB, Anuar Hashim, Sultan tiodak mahu membubarkan Dun tetapi meminta agar MB Nizar meletakan jawatan Menteri Besar. Dato Seri Nizar terpaksa mendatangkan sembah derhaka menolak perrmintaan kebawah duli yang jelas berpihak kepada BN/ Umno. Orang ramai berpendapat adalah lebih molek jika Tuanku berpihak kepada rakyat - menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.

KITA TUNGGU ESOK !! BUBAR KE TIDAK ?

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok. Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan beliau membuat rujukan terhadap beberapa perkara. Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini. Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini. "Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran," katanya. Ayat itu yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."