Catatan

Majlis meraikan petugas Media oleh MB Perak hari ini .

Imej
(*) Bloggers@HOT - Banyak 'kejutan' di Majlis Meraikan Petugas Media oleh MB Nizar hari ini ! Unit Amal, bloggers dan media diraikan pagi tadi ! Tugas dan pengorbanan anda selama ini amat saya hargai, kata MB Nizar kepada semua ahli unit amal, bloggers dan pihak media di dalam satu majlis meraikan mereka yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pagi tadi. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Kamalullail dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Jabatan Amal Perak, Ustaz Kassuri. Ahli-ahli unit amal yang bertugas di kediaman rasmi semenjak krisis bermula dianggarkan melebihi 200 orang tidak termasuk yang datang daripada segenap pelusuk negara. Blogger al-Banjari pula diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak bloggersnetwork@perak dan bloggers-bloggers yang telah hadir. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MB Nizar kerana memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pengorbanan para bloggers dalam menyampaikan berita-berita yang terki...

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini. Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini. Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam. Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir. Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry sert...

" Kuasa Speaker tidak boleh di cabar" - Nizar

Azamin Amin Sun Feb 22, 09 4:03:51 am MYT FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan. Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam. Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini. Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tid...

MB Nizar kosongkan kediaman rasmi hari ini

Johari Jaafar Sun Feb 22, 09 11:31:30 am MYT IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini dan beliau akan berpindah ke satu tempat yang berdekatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementara' di kediaman rasminya semalam. Majlis perpisahan 'sementara' itu turut dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Perak dan KeADILan Negeri serta penyokong Pakatan Rakyat. Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu sekitar 10.00 ke 11.00 pagi ini. "Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini," Kata Nizar. Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan dengan cara yang tidak bermoral oleh BN pada 6 Febuari lalu, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyar telah membuat keputusan untuk tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi bagi menghormati permintaan Set...

MB lancar Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat P.059 Bukit Gantang

Imej
Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berucap menerangkan senario Negeri Perak. Dato' Seri Nizar sedang meneliti ucapan Setpol beliau. Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan. Dato Seri Nizar mempunyai dua program di Pulau Pangkor ,bersolat Jumaat,di Masjid Pulau Pangkor dan tiga program di Kawasan Bukit Gantang.Dialog dengan masyarakat Cina Dun Trong dan Majlis Tahlil Untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum di Masjid Sg Tinggi. Kemuncaknya ceramah pelancaran Jenterta pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang. Ribuan rakyat mendengar amanat MB Dato' Seri Nizar berkenaan krisis kerajaan Perak Bukit Cempedak- Dato' Seri Nizar,berharap jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi jentera BN.Beliau juga berharap pengundi Bukit Gantang mengajar BN dan menolak BN di Parlimen Bukit Gantang. Dianggarkan lima ribu rakyat turut hadir mendengar perkembangan negeri Perak.

SIDANG MEDIA SPEAKER DUN PERAK 11 PM 19 FEBRUARI

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut: Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam. Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “ sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan … ”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan...

"Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri , biar rakyat tentukan " - Haron Din

Imej
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri. Iklan Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia. "Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran u...

BN TIDAK CADANG ADAKAN PILIHANRAYA - mALAYSIA KINI

Imej
Feb 19, 09 4:12pm Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan. "Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri. Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama. Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Turut digantung daripada menghadi...

Perak : Tindakan Speaker Betul dan Munasabah

Imej
S peaker Dewan Undangan Negeri Perak bertindak di dalam lingkungan kuasa yang ada padanya apabila beliau menghalang Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dari menghadiri sidang dewan undangan negeri akan datang, demikian kata seorang pakar undang-undang hari ini berhubung dengan langkah terbaru ekoran krisis perlembagaan di Perak. Abdul Aziz Bari, seorang professor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa berkata kuasa Speaker adalah luas di dalam hal-hal yang melibatkan peraturan dewan. “Ia termasuklah memuktamadkan pentafsiran sebarang peruntukan di dalam Perintah Tetap -peraturan yang digunakan untuk mengawal perjalanan dewan,” tambahnya. Peguam veteran, Karpal Singh, menyetujuinya. Karpal, yang juga Pengerusi DAP, menyatakan meskipun V Sivakumar adalah seorang Speaker yang baru, beliau mempunyai kuasa untuk betindak sepertimana yang telah dilakukan hari ini. Sivakumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak...

Osman dan Jamaluddin muncul di Mahkamah Ipoh

Imej
IPOH, 19 Feb. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu hadir di Mahkamah Seksyen Ipoh, jam 8.50 pagi tadi bagi membatalkan waran tangkapnya kerana gagal hadir di mahkamah, Selasa. Beliau ditemani Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi. Kelmarin, ADUN Titi Serong melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) supaya siasatan rapi dilakukan keatas mereka berdua termasuk ADUN Jelapang, Hee Yit Fong kerana disyaki terlibat dengan sogokan sejumlah wang sehingga mereka melompat parti.

MB DAN SEMUA EXCO PERAK DIGANTUNG HADIRI SIDANG DUN

Feb 18, 09 6:50pm Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini. Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini. Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu. Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang). S...

LAPORAN KEPADA SPRM JAM 3.00 PETANG INI

Imej
IPOH, 18 Feb.:- Satu laporan Rasuah terhadap ADUN Jelapang, Hee Yit Fong, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi akan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Ipoh pada jam 3.00 petang ini. laporan itu akan diketuai oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama ADUN pakatan Rakyat yang lain. dijangka hadir sama ialah para pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain.

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman Feb 18, 09 12:18pm Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof. Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti, termasuk seorang daripadanya, Datuk Nasaruddin Hashim (Adun Bota) kembali ke pangkuan Umno. Manakala dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang) dan Mohd Othman Jailu (PKR Changkat Jering) - keluar PKR dan Adun Jela...

KRISI PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK - MB PERAK..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Altantuya mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib altantuya masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaru...

RAKYAT PERAK ATAU PINDAAN PERLEMBAGAAN TAJAAN UMNO YANG MUDARATKAN RAJA ?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Tue | Feb 17, 09 | 10:05:25 am MYT KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini? Iklan Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu. "Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi. Dalam kenyataannya itu, Te...

Rakyat Muak, generasi muda alergik dengan UMNO - Dr Asri

Azamin Amin Tue Feb 17, 09 12:49:51 am MYT KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya." Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia. Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya? Dr Asri: Ya! Ratusan email...

NIZAR TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK PAS,RAKYAT DAN NEGERI PERAK

Pak Tam Mat, Jitra Mon | Feb 16, 09 | 11:15:57 pm MYT Dua malam saya menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar Perak, hati saya cukup tersentuh dengan perwatakan penuh kesederhanaan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Hati kecil saya berbisik, inilah pemimpin masa depan yang amat kita tunggu-tunggu. Iklan Sayang, dengan pengalaman hanya selama 11 bulan menerajui kerajaan negeri Perak, Nizar diuji Allah dengan bebanan yang cukup berat, yang mungkin tidak tertanggung oleh individu lain dalam PAS. Namun, apabila mendengar ucapannya, Nizar masih tetap bersemangat waja, bijak menyusun ayat, mencari istilah dan membangkitkan aura. Saya agak terkilan tidak sempat mengikuti dari dekat bagaimana Nizar mengemudi bahtera kerajaan Perak selama 11 bulan itu. Saya amat yakin, sejauh ini, beliau telah melakukan yang terbaik untuk PAS, rakyat dan negeri Perak. Bukan sedikit tohmahan yang dihadapkan kepadanya selama memerintah, tetapi beliau tetap gagah berdiri bukan untuk membalas balik...

AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA - US NASARUDIN

Imej
AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA Banyak perkara yang terpaksa saya telan biar pun terlalu pahit . Itulah ungkapan yang mampu saya lafazkan mengimbau pengalaman yang cukup berharga tetapi perit dan sukar . Sejak menyertai PAS tahun 1985 yang lalu , 2 kali saya telah diberi amanah yang cukup berat . Iaitu menjadi calon dalam pilihanraya . Kali pertama pada tahun 2004 di DUN Ibam dan kali kedua pada tahun 2008 di Parlimen Maran . Perkara yang paling saya tidak suka ialah menjadi calon pilihanraya . Tetapi setiap kali saya menolaknya setiap kali itu pula saya di desak oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan pelbagai hujjah yang akhir saya tidak mampu untuk menyangkalnya lagi . Akhirnya saya terpaksa patuh dan taat kepada arahan tersebut . Demi Allah , jika saya diberi pilihan nescaya saya memilih untuk tidak bertanding sebalik saya lebih suka menjadi perancang atau penggerak dalam pilihanraya dan calonnya tentulah orang lain yang saya percaya mereka lebih layak dan sesuai berba...