Catatan

CALON PAS BUKIT GANTANG P.059

Imej
CALON PAS     YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin  (Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)   Biodata:   - Date of Birth : 17 March 1957  - Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.  - Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail  - Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin  Education:   - Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.  - Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.  - Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.  University:   - Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.  - BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.  Professional Career:   - Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd  - Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)  - Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd  - Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant  Politics:   - Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)  -...

Sekat pengaruh besar Harakah, "pengakuan kalah" pusingan pertama BN

Azamin Amin Tue | Mar 24, 09 | 10:20:51 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam. Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang. Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut. "Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'ber...

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB Wed Mar 18, 09 3:11:33 pm MYT KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. "Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan, "Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya. Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya. Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk ...

PPSMI bukan isu kecil - Teras

Bashir Ishak Tue Mar 17, 09 2:00:36 pm MYT ALOR SETAR, 17 Mac (Hrkh) - Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mengingatkan kerajaan yang memerintah bahawa isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukannya satu perkara kecil. Berucap dalam program "Gema Rakyat - Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur" di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di sini malam tadi, beliau menyifatkan isu perjuangan memartabatkan kembali Bahasa Melayu adalah sama juga dengan memperjuangkan Islam. "Di dunia ini hanya ada dua bahasa yang diiktiraf penggunaannya dalam Islam iaitu bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu telah berkembang dengan banyak menggunakan perkataan-perkataan Arab," katanya. Menyentuh tentang himpunan rakyat membantah PPSMI 7 Mac lalu, beliau melahirkan rasa kesalnya dengan sikap pihak berkuasa yang bertindak ke atas peserta himpunan tersebut. "Kita berarak bukan untuk ...

"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS

Imej
'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS Ditulis oleh Buletin Online    Isnin, 16 Mac 2009 02:55 BUKIT GANTANG, 16 Mac -  “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.  (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS). Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka” Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak. “Saudara-sau...

Perang Poster di Bukit Gantang Hangat

Ekmal Yusof  Tue | Mar 17, 09 | 2:23:21 pm MYT TAIPING, 17 Mac (Hrkh)  - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini. Iklan         Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini. Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini. Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi. Dalam...

70% kata Gobind patutnya dirujuk ke Jawwatankuasa Hak & Keistimewaan Parlimen

Imej
70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN U ndian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau. Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini. Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak ...

Kes ke Mahkamah Persekutuan

Imej
March 16, 2009 ·  Print This Article .fullpost{display:inline;} IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan persoalan undang-undang membabitkan pentaksiran Perlembagaan Perak berhubung pihak mana bertanggungjawab memutuskan pengesahan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat, dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian untuk memastikan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar, atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk memutuskan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu

Malang ahli UMNO berketua Hishamuddin

Imej
Harakahdaily   Sun | Mar 15, 09 | 4:38:42 pm MYT ISU PPSMI masih belum berakhir biarpun memorandum bantahan berjaya diserahkan wakil Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu sambil diiringi lebih 100,000 rakyat yang menolak dasar pelik tersebut. Namun begitu, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Hussein tetap mempertahankan dasar tersebut biarpun ditolak rakyat. Malah Perdana Menteri juga mahu ia diselesaikan segera. Iklan         Bagi Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kedegilan Hishammuddin itu melambangkan beliau tidak layak untuk dijadikan pemimpin orang Melayu, termasuk oleh Umno. Dalam temu bual bersama Harakah, ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan kenapa Hishmamuddin tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin orang Melayu. Selain itu, beliau menjelaskan tentang isu Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment), pelawaan bekerjasama yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dan juga persiapan menghadapi piliha...

Ramai yakin peralihan kuasa Abdullah- Najib ditunda

Imej
Muhammad Yusri Amin   Tue | Mar 10, 09 | 4:27:56 pm MYT KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) -  Banyak pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara. Iklan         Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini. "Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. "Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslima...

perutusan Maulidur Rasul : Laksana Ajaran Islam Dalam Pemerintahan

Imej
Perutusan Maulidur Rasul : Laksana Ajaran Islam Dalam Pemerintahan Dilulus terbit pada Monday, March 09 @ 23:19:45 MYT oleh  TokPenghulu Oleh  addin_77 " Mengingati Rasulullah s.a.w. adalah dituntut oleh syarak. Cara tuntutan itu adalah umum, apa sahaja yang boleh dilakukan dengan tujuan untuk mengingati Rasulullah, bukan semata-mata kerana jasmaninya tetapi kerana risalah atau mesej yang dibawa untuk memberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pada zaman mutakhir ini umat Islam umumnya, tidak lagi menghayati petunjuk-petunjuk Rasulullah s.a.w., malah mereka juga terasing daripada menghayati perjuangan baginda, menyebabkan Islam terpinggir dan perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.tidak lagi menjadi idola.  Oleh itu, amat perlu diadakan sambutan yang bersesuaian dengan keadaan zaman ataupun perayaan-perayaan yang dilakukan selama ini seperti perarakan atau ceramah-ceramah agama sudah menjadi sesuatu yang ritual. Kadang-kadang ia tidak memberi makna yang sepatutnya bagi ditimba oleh orang-o...

Undian SMS - 100% kata GMP tidak bersalah - Greenboc

Imej
S ekali ini 100% responden Edisi 7 menyatakan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) tidak diperalatkan oleh pihak tertentu sepertimana yang didakwa oleh Menteri Pelajaran dan lain-lain pemimpin UMNO. Semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jelas didalangi pembangkang berdasarkan penyertaan beberapa pemimpin mereka pada demontrasi jalanan. Pandangan yang serupa dikongsi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.  Kehadiran ahli dan pemimpin pembangkang adalah kebetulan kami rakyat Malaysia yang akan menyokong apa juga perjuangan untuk mendaulatkan bahasa tanpa mengira siapa membawanya.  Ini di nyatakan dengan tegas pula oleh Pengerusi GMP Datuk Dr H...

Tak Perlu mencari jalan berliku pertahan PPSMI

Dr Awang Sariyan   Mon | Mar 09, 09 | 10:24:34 pm MYT Saya bersyukur akhirnya pernyataan hati nurani rakyat yang prihatin kepada kedudukan dan peranan dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan dapat disembahkan kepada Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong. Iklan         Saya menyertai ucap sembah menjunjung kasih seluruh pejuang bahasa kepada baginda atas keprihatinan baginda terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang dan tunjang kenegaraan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada penggerak Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang berjaya merakyatkan dan memasyarakatkan perjuangan bahasa kebangsaan sehingga bangkit kesedaran massa tentang peranan bahasa Melayu sebagai salah asas pembinaan negara, sebagaimana yang diputuskan dan dilaksanakan sejak kemerdekaan. Saya tidak berminat mengulas soal teknis tentang apa-apa yang berlaku dalam cara penyampaian memoran...