Catatan

Bagaimana nak Ke Pusat Penamaan Calon esok !!!

Imej
Semua jalan masuk ke bandar Taiping sekarang 1.00 tgh hari ini sedang dikawal polis sama ada menunggu kedatangan orang baru lepas bersidang atau lain nya tidak dapat dipastikan..Helikopter PDRM sedang berlegar diudara memantau situasi. Mungkin juga memantau penyokong parti yang mula bergerak masuk sekarang.. Kepada yang datang dari utara..keluar ikut Tol Kamunting terus ke Penjara Taiping..JANGAN belok kanan kerana ada roadblock..belok kiri dan parking dekat Sek. Men. Cina atau Sek. Ren. King Edward atau parking diluar Kolej Telekom..dari sana jalan kaki ke Pejabat Daerah Taiping lebih kurang satu km... Kalau dari Selatan keluar Tol Changkat Jering terus ikut Jalan Air Kuning (depan Markaz PAS Negeri) terus ke Pokok Assam dan masuk ke Lake Garden..parking lah disana dengan sedikit bayaran..datang sekarang dan tidor lah dalam kereta di Lake Garden Taiping... Helikopter PDRM masih memantau sekarang...AWAS.........

Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P. 059 Bukit Gantang

Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:38:43 MYT oleh TokPenghulu Oleh izali "Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 20091. Pendahuluan 1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”. Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak. 1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu...

90% sokong syor PAC bekukan Gaji MB dan Exco BN Perak

Imej
S ebanyak 90% dari responden Edisi 7 malam ini menyokong syor Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak yang mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama. "Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan," beliau dipetik berkata kepada media di bangunan setiausaha kerajaan negeri yang menempatkan DUN itu. Wong berkata PAC juga memutuskan bahawa pelantikan tiga penasihat Dr Zambry - yang bertaraf exco - dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri sebagai tidak sah. Menurut a...

PAC Syor bekukan gaji Zambry dan exco

Post info By Anwar Ibrahim Categories: Demokrasi , Isu Semasa , Kewangan , Pakatan Rakyat , Politik and Sidenotes Malaysiakini | 27 Mac 2009 Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) DUN Perak mencadangkan pembayaran gaji dan elaun menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya dibekukan serta-merta dengan alasan pelantikan mereka masih menjadi pertikaian. Pengerusi jawatankuasa itu Wong Kah Woh berkata, tindakan itu perlu kerana BN telah mengisytiharkan mereka sebagai kerajaan baru sewaktu gabungan DAP, PAS dan PKR mendakwa mereka masih kerajaan sah, lapor Bernama . “Keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua bahagian terbabit untuk pelaksanaan dan kami memberi amaran kepada kakitangan kerajaan berkenaan agar mematuhi arahan ini bagi mengelak mereka dikenakan tindakan,” beliau dipetik berkata kepada media ...

Siapapun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelenggu UMNO !

Siapa pun kepalai sayap, persoalan rasuah masih membelanggu Umno? Wan Nordin Wan Yaacob Thu Mar 26, 09 11:42:12 am MYT Pemilihan di peringkat sayap-sayap Umno sudah diketahui, malah ada yang menyifatkan satu keputusan yang agak mengejutkan dengan ramai muka baru membarisi ketiga-tiga sayap Umno. Khairy Jamaluddin calon yang penuh 'kontroversi' kerana diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah menang Ketua Pemuda menewaskan Dato' Mukriz Mahathir dan Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo. Sementara Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menang besar selaku Ketua Wanita menewaskan 'iron lady', Dato' Seri Rafidah Aziz dengan jurang undi yang besar. Di peringkat Puteri pula, ahli Parlimen Papar, Rosnah Abdul Rashid Sirlin menewaskan lima lagi calon lain termasuk saingan sengitnya, Dato' Shahaniza Shamsuddin. Menyingkap kemenangan Khairy menewaskan saingan sengitnya Mukriz, beberapa penganalisis politik membayangkan perihal Pemuda Umno yang akan dibaw...

UMNO / BN MULA BERTINDAK KOTOR DI BUKIT GANTANG

Ekmal Yusof Wed Mar 25, 09 12:33:58 pm MYT BUKIT GANTANG, 25 Mac (Hrkh) - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini. "Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam. Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan. "Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada se...

NUJ Utusan mohon permit berpiket di sidang UMNO..!

Ali Bukhari Amir Mar 25, 09 10:52am kemaskini 11.53pm Polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.Keputusan polis akan dimaklumkan kepada kesatuan petang ini, kata pengerusi kesatuan Amran Ahmad kepada Malaysiakini.Ditanya tindakan selanjutnya jika gagal mendapat permit berpiket, tambahnya, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.NUJ Utusan meneruskan hasratnya berpiket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno dan menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan untuk menyuarakan masalah kami."Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menter...

ANAK PERAK DI PERANTAUAN JANJI PULANG SOKONG CALON PAS

Imej
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:15:23 MYT oleh  TokPenghulu Oleh  addin_77 " Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti. Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar. Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti. Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun. Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno. Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin me...

CALON PAS BUKIT GANTANG P.059

Imej
CALON PAS     YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin  (Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)   Biodata:   - Date of Birth : 17 March 1957  - Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.  - Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail  - Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin  Education:   - Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.  - Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.  - Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.  University:   - Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.  - BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.  Professional Career:   - Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd  - Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)  - Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd  - Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant  Politics:   - Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)  -...

Sekat pengaruh besar Harakah, "pengakuan kalah" pusingan pertama BN

Azamin Amin Tue | Mar 24, 09 | 10:20:51 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mac (Hrkh) - Tidak mampu berhadapan dengan pengaruh besar akhbar Harakah yang berperanan mengubah minda rakyat terhadap perjuangan Pakatan Rakyat selama ini dilihat sebagai punca tindakan menggantung permit Harakah selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta semalam. Tindakan ini secara tidak langsung merupakan 'pengakuan kalah' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai media arus perdana seperti TV1, TV2, radio, akhbar dan stesen televisyen swasta tetapi tidak mampu untuk memulihkan imej BN dan Umno yang semakin buruk di mata rakyat yang senantiasa mendapat maklumat tepat dan benar daripada akhbar pembangkang. Demikian ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi berhubung tindakan penggantungan permit tersebut. "Ia adalah usaha untuk menyekat pendedahan maklumat berhubung situasi politik yang bercelaru dalam negara khususnya membabitkan parti yang 'ber...

Abdullah akan dilihat sebagai negarawan jika berjaya sekat Najib - Mahfuz

WAN NORDIN WAN YAACOB Wed Mar 18, 09 3:11:33 pm MYT KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. "Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan, "Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya. Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya. Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk ...

PPSMI bukan isu kecil - Teras

Bashir Ishak Tue Mar 17, 09 2:00:36 pm MYT ALOR SETAR, 17 Mac (Hrkh) - Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid mengingatkan kerajaan yang memerintah bahawa isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukannya satu perkara kecil. Berucap dalam program "Gema Rakyat - Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur" di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di sini malam tadi, beliau menyifatkan isu perjuangan memartabatkan kembali Bahasa Melayu adalah sama juga dengan memperjuangkan Islam. "Di dunia ini hanya ada dua bahasa yang diiktiraf penggunaannya dalam Islam iaitu bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu telah berkembang dengan banyak menggunakan perkataan-perkataan Arab," katanya. Menyentuh tentang himpunan rakyat membantah PPSMI 7 Mac lalu, beliau melahirkan rasa kesalnya dengan sikap pihak berkuasa yang bertindak ke atas peserta himpunan tersebut. "Kita berarak bukan untuk ...

"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS

Imej
'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS Ditulis oleh Buletin Online    Isnin, 16 Mac 2009 02:55 BUKIT GANTANG, 16 Mac -  “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.  (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS). Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka” Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak. “Saudara-sau...

Perang Poster di Bukit Gantang Hangat

Ekmal Yusof  Tue | Mar 17, 09 | 2:23:21 pm MYT TAIPING, 17 Mac (Hrkh)  - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini. Iklan         Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini. Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini. Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi. Dalam...

70% kata Gobind patutnya dirujuk ke Jawwatankuasa Hak & Keistimewaan Parlimen

Imej
70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN U ndian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau. Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini. Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak ...

Kes ke Mahkamah Persekutuan

Imej
March 16, 2009 ·  Print This Article .fullpost{display:inline;} IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan persoalan undang-undang membabitkan pentaksiran Perlembagaan Perak berhubung pihak mana bertanggungjawab memutuskan pengesahan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat, dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian untuk memastikan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar, atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk memutuskan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu

Malang ahli UMNO berketua Hishamuddin

Imej
Harakahdaily   Sun | Mar 15, 09 | 4:38:42 pm MYT ISU PPSMI masih belum berakhir biarpun memorandum bantahan berjaya diserahkan wakil Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) 7 Mac lalu sambil diiringi lebih 100,000 rakyat yang menolak dasar pelik tersebut. Namun begitu, Menteri Pelajaran Dato' Seri Hishammuddin Hussein tetap mempertahankan dasar tersebut biarpun ditolak rakyat. Malah Perdana Menteri juga mahu ia diselesaikan segera. Iklan         Bagi Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kedegilan Hishammuddin itu melambangkan beliau tidak layak untuk dijadikan pemimpin orang Melayu, termasuk oleh Umno. Dalam temu bual bersama Harakah, ahli Parlimen Bachok itu menjelaskan kenapa Hishmamuddin tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin orang Melayu. Selain itu, beliau menjelaskan tentang isu Kerajaan Perpaduan (Unity Goverment), pelawaan bekerjasama yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, peralihan kuasa antara Perdana Menteri dan timbalannya dan juga persiapan menghadapi piliha...

Ramai yakin peralihan kuasa Abdullah- Najib ditunda

Imej
Muhammad Yusri Amin   Tue | Mar 10, 09 | 4:27:56 pm MYT KOTA BHARU, 10 Mac (Hrkh) -  Banyak pihak percaya tarikh peralihan kuasa di antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berganjak daripada tarikh asal memandang banyak isu besar membabitkan pemimpin negara. Iklan         Pendedahan dibuat media luar negara mengenai hubungan Najib dengan model Mongolia, Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia mungkin menjadi penyebab utama peralihan kuasa diperlewatkan. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, tarikh asal pelan peralihan kuasa di negara ini mungkin berubah menjelang Perhimpunan Agung Umno 24 Mac ini. "Keadaan itu berlaku apabila pemimpin terbabit menerima tekanan berterusan dalam kes pembunuhan kejam Altantuya. "Laporan media asing telah menghangatkan kembali isu tersebut. Bagi saya ia menyebabkan kemungkinan besar berlaku pertukaran tarikh peralihan kuasa," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Muslima...