Catatan

60% undi untuk PAS !!!!!

Imej
PAS ramal bolot 60% undi menewaskan calon BN di Bukit Gantang PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok, lapor Muda Mohd Noor dari Malaysiakini. PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang. Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar. Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi. "Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita... trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 ...

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO PERAK DAN SELANGOR !!!!

Imej
Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor Mohd Fadli Ghani Mon Apr 06, 09 2:23:15 pm MYT NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar! Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat. Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya. Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang...

Rasuah Basikal dan Tabur wang RM400 seorang

Imej
Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang Saidah Hairan Mon Apr 06, 09 8:50:39 am MYT BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka. Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. "Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen...

Pengundi "swing" kepada Nizar !!!!

Imej
PRK BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA PENGUNDI 'SWING' KEPADA NIZAR POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara. PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang seba...

TERDESAK !! TERDESAKK !! WOIII!!!

Imej
Awat tumpang nii...kayu dah abis ke ?? cari la idea lain..Nizar bukan calon BN ..!! Siaannn!!!!poster abis ke ?? Ni mamat mana lak ? penamaan calon org lain..dia ni sape plak ??? Ishh..!!Ishhh!! Tak ade ide lain ker..? TV hampa dah tipui..tak kan Banner pun nak tipu gak..

BUKIT GANTANG : HANYA MELAYU YANG LEMAH FIKIRAN SOKONG UMNO !!!!!

Imej
Ini adalah lakonan terbaru daripada MCA untuk rakan baiknya UMNO: Malaysiakini | 3 April 2009 Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”. “Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini. “Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Baca seterusnya di  DSAI blog. Berikut adalah satu kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Masyaallah! Petunjuk yang jelas! 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun...

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR Peguam Hanipa Maidin memberi tahu saya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim yang menyatakan bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah. Hakim Abdul Aziz bersetuju dengan hujah daripada peguam Sulaiman Abdullah bahawa Hj Nizar bukan mencabar kuasa Sultan Perak, tetapi mempersoalkan mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar. Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah Selasa depan. Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahk...

Nizar dianiaya , tolak perampas kuasa

Azamin Amin Fri Apr 03, 09 8:51:48 am MYT KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya. Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak. "Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. "Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan ...

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat !!!!

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat Mohamed Hanipa Maidin Thu | Apr 02, 09 | 10:43:22 pm MYT Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut. Utusan melaporkan seperti berikut:- IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas. Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong. Laporan di atas khususnya perenggan yang m...

BUKAN SOAL MENANG LAGI, TAPI BERAPA MAJORITI YANG PAS AKAN DAPAT !!!

Sewaktu berada di Markaz Besar PAS di Air Kuning, saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang wartawan cina. Saya tanya bagaimana dia melihat suasana Politik di Bukit Gantang, sambil tersenyum dia menjawab ' kita sedang menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Malaysia' bukan menang yang di bicarakan tetapi berapa gol Brazil akan sumbat. Sebab itulah BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan PAS tidak menang besar di Bukit Gantang.

Nizar masuk bilik gerakan BN !!!!

Imej
CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini.

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" !!!! - Haron Din

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" Irwan Muhammad Zain Tue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYT KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut. "Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. "Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau. Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membukti...

Cakap apa sahaja isu !! - Asmuni

PAS abai larangan sebut Altantuya, raja Apr 1, 09 4:12pm Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama . "Kita boleh ...

UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris

Imej
UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 07:03:31 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " BUKIT GANTANG, 31 Mac - "Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan" kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz 'saya mohon derhaka' oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan. Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan. Seperti yang dijangkakan UMNO akan menggunakan isu derhaka bagi meraih simpati pengundi khususnya orang-orang melayu. Kain rentang tentang penderhaka juga dibawa oleh UMNO ketika pernamaan calon baru-baru ini. "Seolah-olah UMNO hendak mengajak rakyat supaya bersikap biadap dengan sultan kerana kerana tidak menggunakan bahasa lain daripada bahasa istana." kata Ustaz Idris ketika dihubungi oleh petugas te@m IT pagi tadi. Ustaz Idris memper...

Turun Padang !!! Mesra Rakyat !!! Ayuhh !!!

Imej
Calon PAS Mesra Rakyat Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:21:56 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato' Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat. Calon PAS itu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan. Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi. Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi, berkata dalam sidang media hari ini bahawa beliau merasai sokongan yang diberikan oleh semua p...

Tak adil ! Tak adil !! sungguh tak adil..!!!!

KETIDAK ADILAN SPR MULAI KETARA DI BK. GANTANG -Misbah Malam tadi saya bersama rakan petugas pilihanraya Bk. Gantang sempat membuat lawatan ke beberapa pos PAS di DUN Trong. Dalam perjalanan ke pos-pos tersebut, beberapa ceramah yang dianjurkan oleh BN sedang berlangsung, kebanyakan program kempen BN diadakan di Dewan Orang Ramai. Antara Dewan Orang Ramai yang digunakan oleh BN dalam kempen mereka ialah Dewan Bunga Raya, Changkat Jering, Dewan Orang Ramai Pekan Trong, dan beberapa tempat yang lain. Selain itu, saya melihat sendiri, Dewan dan Balai Raya turut digunakan oleh BN sebagai Bilik Gerakan mereka.Dalam perjalanan pulang, saya singgah di Bilik Gerakan PAS Trong. Sebelum itu, berlangsung satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat dan Negeri. Dalam masa yang sama, di Dewan Orang Ramai Trong yang berhadapan dengan Bilik Gerakan PAS Trong juga sedang berlangsung kempen BN.Saya diberitahu oleh petugas-petugas PAS di situ, SPR yang kebetulan memantau ceram...

Slogan menarik di Bukit Gantang !!!!

Imej

Isu Nizar jadi Imam !!!!

Imej
TAIPING (30 Mac): Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun. Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping. Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini. Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuas...

EZAM kembali "MENGAUM" ...........depan 112 orang !!!!!

Imej
Taiping, 30.03.09 Ezam Mohd Nor bekas Ketua Pemuda Keadilan ,Hamizon Kamaruddin, bekas s/u Pemuda Keadilan ,Lokman Adam bekas Exco Pemuda Keadilan ,Datuk Rosli Husin, ADUN Trong semalam berceramah di Kampung Pak Darus, Taman Kaya. Mereka mempersoalkan pelbagai kelemahan dan kebimbangan mereka pada Pakatan Rakyat terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.Darihal DSAI/PKR yang dikatakan menyokong Sisters in Islam sehinggakan melibatkan spekulator kewangan tersohor iaitu George Soros. Murshidul Am PAS juga dipersoalkan dalam kes Elizabeth Wong, yang mana Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Wong kerana privasi gambar separuh bogel. Mereka berempat menggunakan lori sebagai pantas menyelar Pakatan Rakyat yang cuba menjual Melayu demi kepentingan kaum lain. Ezam dengan lantang menyatakan bahawa reformasi hanya boleh dijalankan oleh mereka yang memegang kuasa dan pihak kerajaan sekarang yang mentadbir lebih mampu menjadikan Malaysia lebih baik, daripada pih...

Pelik tapi Benar !!! Nizar ada dimana-mana di Bukit Gantang !!!

Imej
Calon PAS (Pakatan Rakyat) dilihat berada di mana-mana sahaja sekitar Bukit Gantang.Ianya pelik tapi benar. Sebenarnya ini kerana begitu ramai penyokong PAS/Pakatan Rakyat tanpa segan silu memakai topeng yang berwajah kan calon Parlimen Bukit Gantang untuk pilihanraya kecil ini. Samada lelaki, perempuan malah kanak-kanak dilihat memakai topeng tersebut sambil.Ianya dikatakan diedarkan secara percuma oleh AMK dan Unit Amal Pas ketika PRK Bukit Gantang ini. Namun, tidak kelihatan pula topeng berwajahkan calon UMNO/BN iaitu Ismail Sapian, apatah lagi calon bebas Kamarul Ramizu Idris.