Catatan

Rakyat belum maafkan BN !!!! - Malaysiakini

Apr 8, 09 10:10am dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas. Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Niza...

Moga ke bawah Duli Sultan Perak Perkenan Bubar DUN !!!!

PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR. Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak. Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu un...

Kalau anak jantan Zambry bubar Dun Perak !!!!

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru! GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membub...

Gas Pemedih Mata di Air Kuning !!!!!

PRK P059 BUKIT GANTANG (66) : Gas Pemedih Mata di SK Air Kuning .fullpost{display:inline;} keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang ~ Pinkturtle Posted by pemudabesut at 1:16 PM

MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA !!!!

OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak. Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti y...

60% undi untuk PAS !!!!!

Imej
PAS ramal bolot 60% undi menewaskan calon BN di Bukit Gantang PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok, lapor Muda Mohd Noor dari Malaysiakini. PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang. Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar. Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi. "Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita... trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 ...

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO PERAK DAN SELANGOR !!!!

Imej
Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor Mohd Fadli Ghani Mon Apr 06, 09 2:23:15 pm MYT NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar! Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat. Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya. Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang...

Rasuah Basikal dan Tabur wang RM400 seorang

Imej
Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang Saidah Hairan Mon Apr 06, 09 8:50:39 am MYT BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka. Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. "Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen...

Pengundi "swing" kepada Nizar !!!!

Imej
PRK BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA PENGUNDI 'SWING' KEPADA NIZAR POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara. PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang seba...

TERDESAK !! TERDESAKK !! WOIII!!!

Imej
Awat tumpang nii...kayu dah abis ke ?? cari la idea lain..Nizar bukan calon BN ..!! Siaannn!!!!poster abis ke ?? Ni mamat mana lak ? penamaan calon org lain..dia ni sape plak ??? Ishh..!!Ishhh!! Tak ade ide lain ker..? TV hampa dah tipui..tak kan Banner pun nak tipu gak..

BUKIT GANTANG : HANYA MELAYU YANG LEMAH FIKIRAN SOKONG UMNO !!!!!

Imej
Ini adalah lakonan terbaru daripada MCA untuk rakan baiknya UMNO: Malaysiakini | 3 April 2009 Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”. “Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini. “Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Baca seterusnya di  DSAI blog. Berikut adalah satu kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Masyaallah! Petunjuk yang jelas! 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun...

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR Peguam Hanipa Maidin memberi tahu saya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim yang menyatakan bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah. Hakim Abdul Aziz bersetuju dengan hujah daripada peguam Sulaiman Abdullah bahawa Hj Nizar bukan mencabar kuasa Sultan Perak, tetapi mempersoalkan mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar. Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah Selasa depan. Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahk...

Nizar dianiaya , tolak perampas kuasa

Azamin Amin Fri Apr 03, 09 8:51:48 am MYT KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya. Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak. "Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. "Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan ...

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat !!!!

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat Mohamed Hanipa Maidin Thu | Apr 02, 09 | 10:43:22 pm MYT Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut. Utusan melaporkan seperti berikut:- IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas. Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong. Laporan di atas khususnya perenggan yang m...

BUKAN SOAL MENANG LAGI, TAPI BERAPA MAJORITI YANG PAS AKAN DAPAT !!!

Sewaktu berada di Markaz Besar PAS di Air Kuning, saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang wartawan cina. Saya tanya bagaimana dia melihat suasana Politik di Bukit Gantang, sambil tersenyum dia menjawab ' kita sedang menyaksikan perlawanan antara Brazil dengan Malaysia' bukan menang yang di bicarakan tetapi berapa gol Brazil akan sumbat. Sebab itulah BN akan melakukan apa sahaja untuk memastikan PAS tidak menang besar di Bukit Gantang.

Nizar masuk bilik gerakan BN !!!!

Imej
CALON Pas, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki bilik gerakan BN ARIF, (Angkatan Rakyat Insaf) ketika berkempen di pekan Simpang dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, hari ini.

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" !!!! - Haron Din

"Umno berubah dari kurang baik kepada teruk" Irwan Muhammad Zain Tue | Mar 31, 09 | 5:59:35 pm MYT KAMUNTING, 31 Mac (Hrkh) - Umno hanya berubah daripada pemimpin yang kurang baik kepada yang lebih teruk, tegas Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. Iklan Perubahan yang diuar-uarkan oleh pemimpin Umno selepas pemilihan parti itu baru-baru ini tegas beliau tidak berlaku sebaliknya pelbagai masalah sedang dihadapi kesan dari keputusan pemilihan tersebut. "Apa yang berubah kalau pemimpin yang disahkan oleh Lembaga Displin Umno sendiri pun masih boleh menang dalam merebut jawatan Ketua Pemuda Umno. "Perubahan yang mereka gembar gemburkan itu hanyalah semata-mata untuk menutup pergolakan yang sedang berlaku dalam Umno," tegas beliau. Pergolakan yang masih berlaku dalam Umno itu tegas Haron Din membukti...

Cakap apa sahaja isu !! - Asmuni

PAS abai larangan sebut Altantuya, raja Apr 1, 09 4:12pm Timbalan pesuruhjaya PAS Perak menegaskan, parti itu tidak akan akur arahan melarang, termasuk calonnya, sebarang kenyataan yang bersifat menghasut semasa berkempen dalam pilihanraya kecil. "Kita menghormati kebebasan bersuara. Kita akan bercakap apa sahaja isu yang mengenai kepentingan rakyat dan negara selagi perkara yang disentuh itu dibuat dalam batas undang-undang dan berdasarkan fakta," Asmuni Awi dipetik berkata hari ini. Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan larangan mengejut kepada parti-parti bertanding di tiga kawasan pilihanraya kecil agar tidak membangkitkan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan keputusan kontroversi raja. Asmuni berkata arahan itu merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana kebebasan bersuara merupakan satu hak asasi yang dijamin dengan sepenuhnya oleh Perlembagaan Persekutuan, lapor Bernama . "Kita boleh ...

UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris

Imej
UMNO tak reti bahasa istana - Ustaz Idris Dilulus terbit pada Wednesday, April 01 @ 07:03:31 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " BUKIT GANTANG, 31 Mac - "Apabila tidak bersetuju dengan pendapat sultan maka itulah lafaz yang kita akan ucapkan" kata ustaz Idris merujuk kepada lafaz 'saya mohon derhaka' oleh Nizar sewaktu bertemu dengan sultan. Ustaz Idris menganggap orang-orang dan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai tidak faham dengan protokol istana walaupun kononnya hendak mempertahankan Sultan. Seperti yang dijangkakan UMNO akan menggunakan isu derhaka bagi meraih simpati pengundi khususnya orang-orang melayu. Kain rentang tentang penderhaka juga dibawa oleh UMNO ketika pernamaan calon baru-baru ini. "Seolah-olah UMNO hendak mengajak rakyat supaya bersikap biadap dengan sultan kerana kerana tidak menggunakan bahasa lain daripada bahasa istana." kata Ustaz Idris ketika dihubungi oleh petugas te@m IT pagi tadi. Ustaz Idris memper...

Turun Padang !!! Mesra Rakyat !!! Ayuhh !!!

Imej
Calon PAS Mesra Rakyat Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:21:56 MYT oleh TokPenghulu Oleh rusly_islam " AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato' Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat. Calon PAS itu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan. Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi. Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi, berkata dalam sidang media hari ini bahawa beliau merasai sokongan yang diberikan oleh semua p...