Catatan

NAJIB TOLAK SUARA AKAR UMBI !!!

Thursday, 9 April 2009 • Kategori: Berita Semasa , Berita Utama , Nasional , Parlimen Anna Yusof KUALA LUMPUR, 9 April (SK) : Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menamakan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya termasuk enam orang yang kalah dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dianggap mempersendakan suara rakyat. Mereka adalah Sharizat Abdul Jalil, Dr Koh Tsu Khoon yang kalah serta yang tidak bertanding iaitu Chew Mei Fun, Awang Adek Husin, Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Keenam-enam mereka dilantik sebagai senator petang ini supaya dapat menerajui pucuk pimpinan yang dilihat agak memeranjatkan rakyat itu. Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun Mukhris Mahathir di lantik timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI), Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan, tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diberi sebarang mandat di dalam kebine...

SURAT TUAN GURU KEPADA NGA KOR MENG !!

9 April 2009 YB Encik Nga Kor Ming EXCO Kerajaan Negeri Perak Pejabat EXCO Negeri Perak30000 Ipoh PERAK DARUL RIDZUAN. Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera Yang Berhormat, Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang. ”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas. Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncu...

Target undi Melayu dan cina melebihi sasaran !!!!

Imej
TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu. Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959. "Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini. "Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau. Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi. Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456. Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir...

AZILAH DAN SIRUL DI HUKUM MATI !!!!

Imej
KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini. Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

UMNO SEMAKIN REPUT !!!!!

Imej
Salmah Mat Husain Wed Apr 08, 09 8:09:14 pm MYT KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput. Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus be...

Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar di tukar semula ke Putra jaya !!!!!!

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih. Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar ...

Rakyat belum maafkan BN !!!! - Malaysiakini

Apr 8, 09 10:10am dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas. Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Niza...

Moga ke bawah Duli Sultan Perak Perkenan Bubar DUN !!!!

PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR. Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak. Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu un...

Kalau anak jantan Zambry bubar Dun Perak !!!!

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru! GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membub...

Gas Pemedih Mata di Air Kuning !!!!!

PRK P059 BUKIT GANTANG (66) : Gas Pemedih Mata di SK Air Kuning .fullpost{display:inline;} keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang ~ Pinkturtle Posted by pemudabesut at 1:16 PM

MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA !!!!

OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak. Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti y...

60% undi untuk PAS !!!!!

Imej
PAS ramal bolot 60% undi menewaskan calon BN di Bukit Gantang PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok, lapor Muda Mohd Noor dari Malaysiakini. PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang. Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar. Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi. "Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita... trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 ...

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO PERAK DAN SELANGOR !!!!

Imej
Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor Mohd Fadli Ghani Mon Apr 06, 09 2:23:15 pm MYT NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar! Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat. Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya. Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang...

Rasuah Basikal dan Tabur wang RM400 seorang

Imej
Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang Saidah Hairan Mon Apr 06, 09 8:50:39 am MYT BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka. Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno. Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang. Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut. "Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya. Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen...

Pengundi "swing" kepada Nizar !!!!

Imej
PRK BUKIT GANTANG : BN PENING KEPALA PENGUNDI 'SWING' KEPADA NIZAR POLITIK BARU yang dipelopori oleh PAS pada PRK Bukit Gantang benar-benar memikat hati pengundi Bukit Gantang. Walaupun BN terus menggunakan cara POLITIK LAMA dengan melakukan serangan peribadi, mengugut pengundi, merasuah pengundi, memancing undi dengan projek mee segera, memperkudakan agensi kerajaan, memperkudakan media massa dan sebagainya, pengundi telah sedar dan matang bahawa negara memerlukan stail POLITIK BARU yang menjaminkan kelangsungan bangsa dan negara. PAS dengan POLITIK BARU tenang menghadapi POLITIK LAMA dan lapuk BN. Sebaliknya PAS dan PR menawarkan pengundi dengan pendekatan baru yang mesra rakyat, cuba memahami masalah rakyat, berkongsi kesusahan kesengsaraan rakyat, menyedarkan rakyat tentang kuasa yang mereka miliki, memahamkan rakyat erti kemerdekaan sebagai rakyat serta juga membentangkan kepada rakyat peri pentingnya negeri Perak dikembalikan kepada PR dengan menjadikan Bukit Gantang seba...

TERDESAK !! TERDESAKK !! WOIII!!!

Imej
Awat tumpang nii...kayu dah abis ke ?? cari la idea lain..Nizar bukan calon BN ..!! Siaannn!!!!poster abis ke ?? Ni mamat mana lak ? penamaan calon org lain..dia ni sape plak ??? Ishh..!!Ishhh!! Tak ade ide lain ker..? TV hampa dah tipui..tak kan Banner pun nak tipu gak..

BUKIT GANTANG : HANYA MELAYU YANG LEMAH FIKIRAN SOKONG UMNO !!!!!

Imej
Ini adalah lakonan terbaru daripada MCA untuk rakan baiknya UMNO: Malaysiakini | 3 April 2009 Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”. “Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini. “Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Baca seterusnya di  DSAI blog. Berikut adalah satu kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang. Masyaallah! Petunjuk yang jelas! 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun...

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR

HJ NIZAR BOLEH CABAR PERLANTIKAN ZAMBRY SEBAGAI MENTERI BESAR Peguam Hanipa Maidin memberi tahu saya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar kesahihan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan dibuat oleh Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim yang menyatakan bahawa permohonan yang difailkan oleh Mohammad Nizar pada Ferubari lepas adalah tidak remeh, tidak menyusahkan dan mempunyai kes prima facie untuk dihujah di mahkamah. Hakim Abdul Aziz bersetuju dengan hujah daripada peguam Sulaiman Abdullah bahawa Hj Nizar bukan mencabar kuasa Sultan Perak, tetapi mempersoalkan mempersoalkan mengenai kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar. Hakim Abdul Aziz menetapkan Rabu depan untuk pengurusan kes itu dan memerintahkan Sulaiman supaya memfailkan dokumen yang sedia ada dan juga yang baru antaranya afidavit kepada mahkamah Selasa depan. Mohammad Nizar, yang tidak hadir hari ini, memohon mahk...

Nizar dianiaya , tolak perampas kuasa

Azamin Amin Fri Apr 03, 09 8:51:48 am MYT KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya. Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak. "Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat. "Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan ...

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat !!!!

Laporan TV3 dan Utusan Malaysia berniat jahat Mohamed Hanipa Maidin Thu | Apr 02, 09 | 10:43:22 pm MYT Laporan Buletin Utama TV3 semalam (1/4/2009) dan akhbar Utusan Malaysia hari ini (2/4/2009) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut. Utusan melaporkan seperti berikut:- IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas. Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong. Laporan di atas khususnya perenggan yang m...