Catatan

RAYUAN HJ NIZAR BERJAYA KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN !!!

Imej
Mahkamah Persekutuan hari ini akhirnya membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dengan keputusan ini, jelas menunjukkan peluang untuk rakyat Perak melihat keadilan berlaku masih terbuka biar pun dihambat dengan berbagai isu yang jelas membelakangkan undang-undang dan perlembagaan sebenarnya. Masalah politik Perak yang kini sebenarnya masih "kritikal" biarpun ditutup oleh media arus perdana. Rakyat Perak kini semakin benci dan meluat dengan kelibat MB Haram, Zambry Kadir. Bahkan mereka langsung tidak mengikhtiraf beliau sebagai ketua negeri itu. Apa yang pasti, Nizar masih tetap dihati rakyat dan hanya keadilan sahaja yang boleh mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. UMNO dan BN boleh mendabik...

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PERINGKAT NEGERI PERAK

Imej
TEMPAT BALAI ISLAM KG. TERSUSUN BUKIT JANA, KAMUNTING TAIPING (1KM DARI KEMTA ISA) TARIKH 16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 (KHAMIS) MASA 9.00 MLM PENCERAMAH YB SALAHUDDIN AYOB ( NAIB PRESIDEN PAS, MP KUBANG KRIAN ) YB GOBALAKRISHNAN ( AMT PKR,MP PADANG SERAI) USTAZ ZAWAWI HASAN ( KETUA PEMUDA PAS PERAK) YB YEE SIEW KAI ( PIMPINAN DAP,ADUN POKOK ASAM) SERTA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT LAIN YANG SEDANG DIHUBUNGI BAJU RASMI HIMPUNAN MANSUH ISA SERTA PENGIKAT KEPALA AKAN DILANCARKAN OLEH DPP PERAK PADA MALAM TERSEBUT. UNTUK TEMPAHAN GERAI SILA HUBUNGI MOHD YAAKOB 0125782767 KEHADIRAN ANDA SEBAGAI TANDA KEARAH PEMANSUHAN ISA. BUKTIKAN KOMITMEN ANDA! DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

SATU LAWAN SATU DI MANEK URAI !!!

Imej
Hanya calon PAS dari Pakatan Rakyat dan calon Umno dari Barisan Nasional sahaja yang mendaftarkan diri sebagai calon di pusat penamaan calon Manek Urai PAS meletakkan Haji Fauzi Abdullah manakala Umno meletak Tuan Aziz sebagai calon.

Mencari Kemenangan Dengan Acuan Allah

Imej
“Allah selamatkan penduduk Mekah yang jahiliah itu. Mereka bukan sahaja mengotorkan Masjidil Haram dengan lebih 300 patung, malah bertawaf secara bertelanjang. Tetapi Allah selamatkan mereka dari serangan Abrahah”, saya cuba mengimbas situasi Mekah di ambang kelahiran Rasulullah SAW. “Jika penduduk Mekah yang jahiliah itu, Allah selamatkan mereka dari kebinasaan, mengapa Allah tidak selamatkan kita? Mengapa kita terus kalah dan kalah? Bukankah kita yang menyembah Allah? Bukankah kita yang berjuang dengan nama Allah? Kenapa Allah tidak tolong kita?”, soalan yang mengganggu fikiran saya ini semakin kritikal. Malah jika direnung kepada keadaan semasa, yang jahat dan jahiliah itu terus menang dan menang, namun Islam dan kebenaran terus lemah tertindas, bagai tidak terbantu. Di manakah silapnya? Fikiran meraba, tangan meraba… lembaran kalam Allah diselak satu persatu dan kita sampai kepada janji Allah ini: “Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muham...

Pengerusi SUHAKAM Gesa adakan Pilihanraya di Perak !!

Imej
Isu Perak, Kerajaan Marah Kenyataan Abu Talib KUALA LUMPUR [4.30 pm] - Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman (foto), yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di Perak. Mei lalu, Abu Talib berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari DUN Perak . Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi kes kerajaan Perak . "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk meny...

Cara Makan Yahudi Seperti yang tertulis dalam Hadis

A good article for reference! Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika, kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika) telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika...

Saman jangan tak saman !!

PDO Bakal Buat Saman Balas RM2 Juta Terhadap Saiful Bukhari Posted on Tuesday, June 30 @ 19:02:59 PDT by KetamBatu Oleh: geographysycal "Susulan kenyataan "angkuh" oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau telah difitnah oleh blog ini, maka atas dasar kemanusiaan dan keyakinan maka pihak kami tidak teragak-agak untuk menfailkan tindakan saman terhadap beliau dalam masa terdekat ini. Dalam laporan polis dan kenyataan terdahulu Saiful dan peguamnya, beliau secara jelas menyatakan Pahang Daily Online (PDO) telah menfitnah beliau berhubung dengan laporan "penyakit misteri"nya. Pihak kami telah dikecam hebat oleh ramai pihak berhubung dengan perkara itu. Malah banyak email yang diterima dari kalangan pembaca seluruh dunia yang mengutuk tindakan kami. Malah, apa yang lebih aneh ialah tindakan pihak polis yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang begitu cepat dan pantas menghantar beberapa orang pegawai mereka untuk menyiasat salah seorang Krew Ed...

Dua Pelajar Universiti Malaya ditahan Polis !!!

sumber : Malaysiakini Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam . Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini. Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini. Susulan insiden, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut. Menurut laman web UM Today, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka. Exco kepemimpinan dan kerohanian Majlis Perwakilan Mahas...

Tuan Aziz Tuan Mat Calon BN DUN Manek Urai

Imej
KUALA KRAI [5.45 pm] - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat , 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai . Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin , di Pusat Operasi BN manek Urai , petang tadi. Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah , sebagai calonnya . [Nampaknya, pandai benar puak-puak UMNO memilih calon mereka di Manek Urai. Calon yang namanya seakan nama Menteri Besar Kelantan itu jelas sekali bakal mengelirukan para pengundi atas pagar nanti. Apapun pastikan UMNO dan BN dibenamkan dalam pilihanraya kecil Manek Urai nanti. Semoga dengan ini, ia akan terus memberi malu yang lebih besar kepada pemimpin mereka yang semakin "kurang ajar" mutakhir ini].

Cyberita: Keputusan Menolak Permohonan Majoriti 11 Hakim Oleh Nizar, Terbukti Mahkamah Rayuan Cuba Rombak Amalan Sistem Demokrasi !!

Imej
KUALA LUMPUR [ 1.38 pm ] - Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari ( foto ). Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan. "Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus. Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang k...

Isu Siapa Menteri Besar Perak yang Sah, Permohonan Ir.Nizar supaya kes rayuannya didengari 11 orang hakim di tolak tanpa sebab !!! - Pahang Daily

Imej
PUTRAJAYA [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (foto) yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng . "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah. Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan...

AJK BPP NEGERI PERAK 2009 - 2011

Ahli-ahli BPP Perak PESURUHJAYA : USTAZ ABU BAKAR HUSEIN TIMBALAN –TIMBALAN PESURUHJAYA 1. YB DATO’ SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN 2. DR. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABDUL MALEK 3. USTAZ MUSTAPHA SHAARI SETIAUSAHA SDR. MOHD MISBAHUL MUNIR HJ MASDUKI PENOLONG SETIAUSAHA SDR. ISMAD SHAHRIL BIN CHE MAT BENDAHARI TN. HAJI ABDUL RAHIM MAT ARIP PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI TN. HAJI ASMUNI AWI KETUA PENERANGAN YB USTAZ KHALIL IDHAM LIM BIN ADBULLAH AHLI-AHLI PERHUBUNGAN YANG DILANTIK : 1. TUAN HAJI AMINUDDIN BIN ZULKIFLI 2. SDR. MUHAMMAD K. Y. TIANG ABDULLAH 3. TUAN HAJI OSMAN MASERI 4. TUAN HAJI AZHAR RIFAEI 5. SDR. KHAIRUL ANUAR BIN ISMAIL 6. DR. NAJIHATUSSALEHAH BT AHMAD 7. PUAN AMIZAN BT. BAHARUDDIN

Michael jackson dikebumikan mengikut cara islam ?

Imej
PEMINAT-PEMINAT Jacko berkumpul selepas mengetahui penyanyi itu meninggal dunia di luar pusat perubatan UCLA, Los Angeles kelmarin. LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine."Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - AgensiSeorang anggota paramedik menceritakan detik-detik Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia selepas jantungnya terhenti di rumah yang disewanya di sini kelmarin.Menurut satu sumber pusat perubatan iaitu tempat Raja Pop itu dihantar bagi memulihkan jantungnya, penyanyi tersebut pengsan sele...

Pimpinan PAS lebih Pintar - Anwar

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar Mohd Khalil Abdullah Thu Jun 25, 09 11:05:35 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan." Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang. "Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya. Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. "Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya. Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpa...

Isu Kerajaan Haram Perak dibangkitkan di Parlimen

Intan Abdullah Wed Jun 24, 09 4:56:38 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri. Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram. "Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya. Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'. Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tida...

Ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Ponteng ?

Di dalam satu pengundian belah bahagi atas permintaan 15 anggota Dewan Rakyat, kebanyakannya dari Pakatan Rakyat ke atas Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) diadakan di dapati 48 anggota Dewan Rakyat menyokong manakala 47 membantah Difahamkan ini kali pertama Dewan Rakyat menyaksikan kelulusan satu rang undang-undang atau mana-mana seksyen diluluskan dengan kelebihan satu undi."Sejak saya menjadi anggota Dewan Rakyat, bermula tahun 1990, ini adalah kali pertama satu rang undang-undang diluluskan dengan kelebihan undi sangat tipis," kata Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika ditemui di lobi Parlimen. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menggambarkan rang undang-undang yang kompleks itu "hampir gagal."Rang undang-undang itu mempunyai 27 seksyen. Hari ini Dewan Rakyat mula membahaskan lima seksyen yang dipinda selepas ia ditolak pada sesi Mac lalu. Seksyen Dua itu membabitkan as...

Tuan Guru Mursyidul Am menarik balik kenyataan beliau kepada Us Nasha

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Belajar tanpa berguru , Syaitanlah gurunya

Dato' Dr Haron Din Fri Jun 19, 09 7:02:52 am MYT SAYA ingin bertanya mengenai perubatan alternatif, sama ada bertentangan dengan syarak atau tidak. Bagaimana jika ada pengamal itu yang mendakwa, dia mendapat ilmu atau petunjuk perubatan melalui mimpi. Contohnya seperti seorang pengamal mengubati pesakit dengan menggunakan dauh sirih. Daripada pemerhatiannya kepada struktur daun sirih selepas membaca mantera (doa), dia dapat memberitahu kepada pesakit tentang keadaan penyakitnya dari segi fizikal, spiritual atau gangguan. Mohon Dato' jelaskan. INSAN YANG RAGU,menerusi e-mel. ADA dua episod daripada persoalan anda. Pertama mengenai perihal pengubat yang mendapat ilmu mengubati manusia menerusi mimpi. Kedua, menggunakan daun sirih sebagai penunjuk untuk mengubati dan mengetahui perkara ghaib, tentang penyakit zahir, batin dan sebagainya. Perihal ilmu pengubatan melalui mimpi pernah saya jelaskan dahulu dalam ruangan ini, bahawa ilmu itu tidak sabit dari segi syarak. Dengan lain ...

Isu UG akan selesai minggu ini !!

Kekusutan Kerajaan Perpaduan insyaallah akan dapat diselesaikan dalam seminggu ini.Semua ahli Pas diminta berada dalam keadaaan tenang.Pastikan kita tidak dipermainkan oleh media semasa.Carilah sumber maklumat yang sahih dan boleh dipercaya, jangan terus mempercayai media arus perdana yang dimiliki oleh pihak musuh. Para bloggers juga dingatkan janganlah memberi komen sehingga menjatuhkan maruah pimpinan. Siapa kita berbanding dua Tok Guru ini. Mereka adalah orang yang sangat ikhlas , amanah dalam memimpin gerakan islam. Keikhlasan mereka diterjemahkan dalam kehidupan seharian mereka. Kesederhanaan Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat (TGNA) dikagumi bukan sahaja oleh ahli Pas tetapi orang yang diluar Pas malahan orang bukan islam sendiri kagum dengan beliau .Ini terbukti apabila Lee Kuan Yew datang sendiri melawat Tuan Guru di Kelantan. Kejayaan membawa Kelantan hingga ke hari ini kalaulah tidak kerana pergantungan dengan Allah ianya tidak akan tercapai. Kehebatan Tuan Guru Haji Abdul Ha...

Nizar sudah fail rayuan di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Fri Jun 19, 09 5:17:52 pm MYT PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau. Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu. Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak. Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan p...