Catatan

BILA ORANG PAS BERKIBLATKAN MEDIA UMNO

Imej
Saya tidak melihat isu besar berlaku dalam Pas. Manifestasi dari cadangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan EGM telah dibesar-besarkan media. Media mana? Mana lagi kalau bukan media milik Umno atau yang sewaktu dengannya. Cadangan EGM ini boleh datang dari siapa sahaja dalam Pas. Tetapi bila cadangan itu datang dari Tuan Guru maka isu ini dibesar-besar dan ditambah lemak dan perisa oleh media Umno. Itu memang dah kerja media Umno@BN. Sejak bila media Umno@BN bebaik-baik atau memberi liputan positif kepada Pas? Kalau itu berlaku itu tanda-tanda kiamat barangkali. Tetapi masalahnya bila orang Pas sendiri bukan sahaja diperingkat bawahan tetapi yang duduk di atas-atas turut melenting dan melatah tak tentu pasal. Inilah padahnya bila media Umno@BN dijadikan sumber rujukan. Bukankah dulu beria-ia kita meminta agar boikot media berkenaan? Apakah sekarang dasar dah berubah? Bukankah Pas mengajar kepada pengikutnya bahawa bila datang sesuatu berita dari golongan fasik selidik le dulu...

Meriah : lebih 5,000 hadir rumah terbuka Pakatan Rakyat Perak

Imej
26 Oktober 2009 kehadiran yang memberangsangkan menandakan Pakatan Rakyat di Perak masih kuat dan masih mendapat sokongan dari rakyat Perak. IPOH, 25 Okt :- Majlis Rumah Terbuka Pakatan Rakyat perak yang julung-julung kali diadakan di Perkarangan Pejabat PAS Perak disini malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan dari warga Perak. Dianggarkan lebih 5000 orang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu. Disamping dengan jamuan dari pelbagai menu istemewa dipersembahan juga persembahan nasyid, tarian kebudayaan Cina dan India. Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak hadir pada majlis tersebut disamping hadir sama ialah pesuruhjaya PAS Perak, ust. Abu Bakar Hussain dan Pengerusi keadilan Perak yang baru, Sdr. mustafa kamil Ayob. Ketiga-tiga pemimpin utama parti PAS, DAP dan PDKR menyampaikan ucapan masing-masing dan terakhir Menteri besart perak pakatan Rakyat menyampaikan ucapannya. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di

PAS PERAK DESAK POLIS, SUK JANGAN MASUK CAMPUR !!

Imej
Nazri Abdullah Mon | Oct 26, 09 | 10:47:43 am MYT IPOH, 26 Okt: PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini. Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini. Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang. "PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. "PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu ...

DE FACTO MB.......

Imej
DE FACTO MB... Nizar says someone other than Zambry runs Perak By Clara Chooi IPOH, Oct 25 — Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today accused State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim of being the “de facto mentri besar” by controlling Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir and meddling with state assembly matters. His statement irked the usually mild-mannered Abdul Rahman and caused the latter to break his silence and leap to his defence. “I just laugh at his statement. I laugh to all these nonsense from him,” he told The Malaysian Insider over the phone this evening. Nizar, in a press conference at the Perak Pakatan Rakyat headquarters here earlier, alleged that Abdul Rahman had been the one to convince Zambry and Speaker Datuk R. Ganesan to replace the current sergeant-at-arms of the state assembly with 15 “samsengs from Umno's Pekida”. He had earlier also claimed that the “samsengs” had targeted five Pakatan Rakyat assemblymen and would ...

KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN, DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN

Imej
Kenyataan Media (25 Oktober 2009) KESTABILAN POLITIK NEGERI PERAK PERLU DIKEMBALIKAN,DUN PERAK PERLU SEGERA DIBUBARKAN Berikutan sidang DUN yang akan diadakan pada 28 Oktober 2009 ini, PAS Perak mendesak agar kestabilan perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak berjalan dengan baik, perkara ini sangat penting kerana PAS Perak sangat menghormati pendirian rakyat yang telah membuang undi pada 8 Mac 2008 yang lalu dan hasil dari itu kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat untuk mentadbir Negeri Perak. Berikutan surat panggilan yang telah dikeluarkan oleh YB V Sivakumar selaku Speaker Perak yang sah, untuk semua adun dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional bersidang pada 28/10/2009 ini. Maka PAS Perak mengharapkan agar perkara-perkara yang disebutkan diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan: Pertama : PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini. PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pih...

Krisis Perak menuju Klimaks !!!

Menjelang 28/10/09 sehinggalah 7/11/09 adalah tempoh masa yang sangat dramatik bagi rakyat Perak . Politik Perak yang tidak menentu akan menuju penyelesaian atau kehancuran . Doakan yang baik berlaku . DUN Perak akan bersidang pada 28/10/09 . Sepatutnya sidang belanjawan dan perdebatan tentang program membangun rakyat dan ekonomi Perak 2010 . Namun kerana kecelaruan tentang status speaker haram BN A.Ganesan masih tak terurus saya yakin ADUN-ADUN PR tidak akan sanggup bermesyuarat dengan diketuai spesies haram tersebut . Rakyat masih keliru kenapa A.Ganesan adalah spesies haram & tidak ada maruah , pembohong dan pencemar maruah & kedaulatan Sultan Perak . Jawabnya mudah . Apabila BN mencalonkan Ganesan untuk menggantikan A.Sivakumar sebagai speaker , tentulah Sultan akur . Al Maklumlah UMNO/BN/Najib etc etc ! Raja mana yang nak tentang . Di Malaysia ini setelah krisis perlembagaan 1992 , kuasa sebenar ada pada presiden UMNO cum PM Malaysia . Raja2 dah dilondehkan kuasa mereka . ...

MENUNGGU TITAH SULTAN PERAK ATASI KEBUNTUAN POLITIK PERAK !!

Imej
HURU-HARA gejala krisis politik dan perlembagaan Negeri Perak bukanlah suatu yang sukar untuk diselesaikan. Ia boleh diselesaikan semudah memetik suis lampu elektrik bagi menyalakannya atau bagi memadamkannya dengan perkenan Sultan. Semuanya kini di tangan Sultan. Dan itulah gunanya Sultan dalam suasana berlaku kebuntuan politik dan pentadbiran seperti yang berlaku di Perak sejak Barisan Nasional melancarkan rampasan kuasa atas nama perlembagaan menjelang penyingkiran secara terhormat Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hujung 2008 dan awal 2009 lalu. Krisis itu dimulakan oleh angkara politik rakus Barisan Nasional yang mencuri secara silap mata atas tiga orang Adun Pakatan Rakyat secara serentak serta mengembalikan semula ke pangkuannya secara silap mata juga atas seorang Adunnya dari Bota. Politik tidak bermoral itu terpaksa dibalas oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang menjadi mangsa ketika itu. Ketegangan itu adalah satu perang saudara yang tidak menggunakan senjata api. Tiada bany...

Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat "rayuan peribadi" kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan. Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami". Dakwanya lagi, apa yang membimbangkan beliau ialah 15 orang samseng ini telah diarahkan supaya mensasar dan memukul lima ADUN bukan Islam dari Pakatan.Menurut Nizar lagi, satu sumber memberitahu beliau bahawa lima ADUN Pakatan itu ialah Chang Lih Kang (Teja), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), S Kesavan (Hutang Melintang), A Sivasubramaniam (Buntong) and Thomas Su (Pasir Pinji). Nizar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri bahawa 28...

BAJET SULUNG NAJIB : MACAM ADA TAK KENA .....

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor Sat Oct 24, 09 2:21:21 pm MYT ANALISIS YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang pagi tadi. Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan 'I-Malaysia � Kemakmuran Bersama'. Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya. Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis 'imbuhan' serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan. Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan da...

SEBAB-SEBAB ANEH TIAN CHUA DIJATUHKAN HUKUMAN !!

Imej
remplaza_fecha 1. Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata. 2. Rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit 3. Bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.“ 4. Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.

KUDIS YANG DI SIMPAN OLEH PAS KINI MULA GATAL ?

Imej
Friday, October 23, 2009 Oleh: WFAUZDIN NS TAHNIAH, buat Mursyidul Am Pas kerana berani menegur dan memberi pandangan bagaimana harus PAS membersihkan imejnya dari dipandang serong oleh rakan-rakan mereka di dalam PR serta diragui juga oleh ahli-ahli jemaah serta penyokongnya sendiri. Terlalu banyak yang telah diperkatakan tentang dua tiga orang pemimpin PAS yang membuatkan rakan-rakan mereka di dalam PR mencurigainya bahkan dicurigai juga oleh sebilangan besar jemaahnya. Jangan takut untuk memperkatakan tentang punca semuanya ini adalah dari perbuatan pemimpin yang `berbisik dalam kelambu' sebagaimana yang telah terjadi di Selangor sejurus Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Kemudiannya, berlaku pula di Perak tatkala rakan-rakan dalam PR berhempas pulas untuk menyelamatkan kerusi MB yang diduduki wakil dari PAS dari dirampas oleh UBN secara tidak beradab itu. Siapa boleh menafikan ini semua adalah hasil perbuatan beberapa kerat pimpinan PAS, bukan ahli PAS biasa yang bukan dari golo...

IMRAN TUKAR KETERANGAN JAMALUDIN BERI RASUAH

Imej
Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah Harakahdaily Fri | Oct 23, 09 | 9:44:18 am MYT IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen. Iklan Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST. http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar. Dia juga berkata, Jamaludin jug...

BUBAR DUN- PERAK SUDAH BERSEDIA

22 10 2009 KUALA LUMPUR, 21 Okt: Pakatan Rakyat Perak tidak menolak kemungkinan desas desus bahawa Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan akan berlaku dalam masa terdekat. Iklan ImagePesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu spekulasi yang sedang bertiup kencang di negeri itu sekarang ini ada asasnya. Antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri dan keyakinan BN selepas menang pada Pilihan raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu. “Kemungkinan besar akan berlaku. Ada beberapa asas untuk saya berkata begitu, antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri sekarang, contohnya GLC tidak berfungsi, masalah ketua kampung kena pecat dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi. “selain itu, mereka juga sudah berkeyakinan diterima rakyat selepas menang di Bagan Pinang, dan yang paling akhir sokongan rakyat pada pelancaran 1Malaysia yang dilancar Datuk Seri Najib di sini baru baru ini.” Bersedia ata...

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda

Imej
Mohamed Hanipa Maidin Thu | Oct 22, 09 | 10:04:29 am MYT PENDAPAT Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang'). Iklan Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran. Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS. Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin...

SIDANG DUN PERAK - ADA USAHA HALANG ADUN PR MASUK AWAL

Persidangan DUN Perak yang dijadualkan berlangsung 28 Oktober depan bakal menyaksikan nanti beberapa perancangan jahat mereka bagi menghalang Adun-adun Pakatan Rakyat memasuki dewan awal. Semua pintu akan dikawal rapi, adun PR tidak dibenarkan membawa pengiring atau pelawat. Adun Pakatan Rakyat kemungkinan akan dibenarkan masuk dewan selepas pukul 10 pg, atau selepas semua Adun BN termasuk Speaker haram memasuki dewan terlebih dahulu. Ada maklumat semua bentara dewan tidak lagi dari kalangan kakitangan pejabat SUK, sebaliknya mereka melantik orang-orang luar pejabat SUK. Kemungkinan Polis-polis yang berpakaian preman akan mengawal keseluruhan persidangan dewan. Kemungkinan juga YB Sivakumar sebagai Speaker yang sah akan dihalang memasuki dewan. Semalam, difahamkan Ketua Polis Perak telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri mengenai langkah keselamatan di sidang DUN Perak.

KEMATIAN TEOH :PAKAR KATA 80% KEMUNGKINAN HOMISID

Dari Malaysiakini Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’. Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh. Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh. Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri. Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar. Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu: 1) La...

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Harakahdaily Wed | Oct 21, 09 | 11:46:13 am MYT SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat. Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa. Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh. Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri. Dr Pornthip memberikan keterangan dalam inkues ...

Politik Perak :Siapa yang buat kecoh ?

Oleh:SofiWahab Dengan muka yang tidak malu Presiden Umno, Najib Tun Razak semalam mengingatkan Pakatan Rakyat di Perak supaya tidak melakukan sebarang gangguan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Oktober ini. Perdana Menteri itu berkata, keseluruhan persidangan DUN itu nanti sudah semestinya akan dijalankan mengikut segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Tambahan pula, kata beliau, kerajaan negeri sedia ada yang dikuasai Barisan Nasional (BN) sudah sah ditentukan mengikut saluran undang-undang. Persoalannya siapa yang memulakan kekecohan? Semua ini bertitik tolak dari tindakan BN yang diketuai Najib merompak kuasa dan mandat rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat tidak lama dulu. Selepas itu kekecohan demi kekecohan dilakukan BN termasuk membawa anggota keselamatan memasuki dewan untuk mengheret Speaker DUN, V Sivakumar dan dikurung di dalam stor. Perlantikan Speaker 'Haram', Ganesan juga tidak dibuat mengikut peraturan Dewan malah Ganesan sendiri melangga...

BN Perak tabur dakyah dan cuba balas dendam - Dr khairuddin Dato' Malek

Imej
Posted on Monday, October 19 @ 01:07:18 PDT by Paktam Penghujung Ramadan lalu, Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Jamaie telah berkunjung ke Mesir untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada wakil HAMAS di Kahirah. Sempena lawatan ke Mesir itu juga, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malek bersama rombongannya berkesempatan bertemu dengan pelajar Malaysia yang menuntut di sana. Terbongkar kisah kedatangan dua Adun lompat, Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi bertemu para pelajar di sana. Ikuti wawancara Wartawan Harakah Perak, JOHARI JAAFAR bersama beliau. Difahamkan pemergian Dr. bersama rombongan gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Perak (Jamaie) ke Mesir bulan lalu untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Pelestin. Boleh ceritakan sedikit? DR. KHAIRUDDIN DATO' ABDUL MALEK: Sebenarnya lawatan kami ke Mesir pada 8 hingga 15 September lalu untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam bentuk kewangan kepada rakyat Palestin.Selama enam bulan pihak kam...

BAGAN PINANG : ANALISA AWAL

BAGAN PINANG: ANALISA AWAL Posted on Oktober 14, 2009 by ustaz idris ahmad BN menang dengan memperolehi 8013 undi manakala Zulkifli Mohd Omar mendapat 2578 undi dengan majoritI 5435, undi rosak 223 undi. Ini adalah adat perlawanan ada kalah dan ada menang.. Pas menerima kekalahan dengan hati terbuka, kerana itulah kehendak pengundi di Bagan Pinang dalam PRK 11/10/2009. Kemenangan umno adalah fenomena sementara, untuk kerugian masa depan politik mereka. Sejarah tidak akan boleh dipadamkan umno adalah parti hipokrit dalam soal integriti dan moral. Mereka sanggup mengenepikan apa sahaja , semata-mata untuk menang, walaupun tahu risiko jangka panjang. Sudah amalan lazim pemimpin umno bertindak banyak merugikan politik negara untuk jangka panjang walaupun untung jangka pendek. Sejarah sahaja yang akan membuktikan. -Kemenangan ini adalah faktor Tan Sri Isa Samad. Selama 22 tahun beliau menjadi Menteri Besar adalah satu kelebihan, sudah lama pengundi makan air tangan beliau -Demografi pendu...