Catatan

PESURUHJAYA PAS PERAK : RAKYAT LEBIH MEMAHAMI ISLAM DI BAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Imej
Melayu dan Islam sememangnya suatu yang sinonim di Malaysia. KeIslaman bangsa Melayu di Tanah Melayu dapat dilihat melalui peristiwa keIslaman Parameswara. Malah, penemuan batu bersurat di Tanah Melayu menunjukkan Islam telah lebih awal sampai di Tanah Melayu.Justeru itu Negeri Perak juga pada suatu ketika dahulu pernah mengamalkan undang-undang Islam iaitu Undang-undang 99 Perak. Jelas Usatz Abu Bakar Hussain Pesuruhjaya PAS Perak, Menurut beliau lagi, Islam telah lama bertapak hasil daripada kerja dakwah berterusan para pendakwah Islam di seluruh dunia. Demikian menurut jelas beliau mengulas mengenai sejarah Islam di Malaysia, di Perak khususnya. Menurutnya lagi, PAS ialah gerakan Islam tunggal di Malaysia yang menggerakkan jihad siyasi (politik), menggunakan wadah berpolitik untuk berdakwah. Gerakan memperjuangkan Islam yang tidak pernah putus sejak sebelum merdeka, telah didaftarkan secara rasmi menggunakan medium sebuah parti iaitu Parti Islam SeMalaysia me...

Akhil Hayy akan kembali ke pentas ceramah

Imej
Hazayani Zakaria Sun | Nov 01, 09 | 4:57:24 pm MYT KUALA LUMPUR, 1 Nov: Penceramah bebas dan penyanyi Akhil Hayy menyatakan kesediaannya untuk kembali ke pentas-pentas ceramah bagi menyampaikan dakwah seperti dahulu. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di majlis perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Waheeda di Dewan Gutherie Bukit Jelutong, Shah Alam petang semalam. "Ya, saya akan kembali ke pentas ceramah seperti dahulu. Sekarang saya dah kenal siapa kawan, siapa lawan," katanya. Akhil yang popular dengan panggilan Ustaz 'Rock', suatu masa dahulu amat aktif menyampaikan ceramah agama dan mempunyai ramai peminat terutamanya di kalangan remaja disebabkan gaya penyampaianya yang menarik dan mesra remaja. Bekas vokalis kumpulan rock D'Riyadh yang mewarnai persada seni tanah air sekitar penghujung 1980-an ini juga sering men...

"1 malaysia " menyusahkan pendakwah ?

Imej
Adakah Telah Ada Tangan-Tangan AJAIB Dalam JAIS ....?? oleh AnakKedah Dengan tertangkapnya Dr Asri malam tadi kini nampaknya telah berlaku satu lagi persolan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala aku yg rakyat marhaen nie... Sebelom ini beberapa hari yg lepas aku ada baca satu iklan dari JAIS yg di keluarkan kat akhbar sinar harian pasal bidang kuasa JAIS nie.. apa boleh buat apa tak boleh buat..seperti macamana yg di war-warkan sebelom nie laa dan yg aku nak habaq depa gunakan kuasa sultan..itu aku tak nafikan memang tuanku ada direct accest dengan berkaitan agama nie... cuma yg aku nak tanya satu apakah pulak Kuasa Yg ada kat EXCO atau KERAJAAN NEGERI keatas JAIS nie... bukan apa ditengok dari tindak tanduk seperti ada muslihat lain yg rentak perjalanan dan arahan dia nie...macam ada tangan GHAIB yg dok aturkannya... Kuasa kerajaan negeri seperti telah di tiadakan seperti mana kuasa jabatan agama Islam di Penang... bukan apa.. bila ditengok sekarang JAIS nie berperangai sep...

Dr Asri di tangkap !!!!

Imej
Dr. Asri diitangkap! Azamin Amin Mon | Nov 02, 09 | 12:24:03 am MYT Kemaskini 12.50 tgh malam: | KUALA LUMPUR,2 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi. Iklan Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini. Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut. Beberapa jemaah yang ditemui Harakahdaily ,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar ...

Bekas Mufti Perlis ditahan olerh JAIS.

Imej
Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ditahan oleh anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Hulu Kelang. --foto THE STAR

Nizar dicadang pimpin Pakatan Rakyat

Nizar pimpin Pakatan Rakyat? oleh Haris Zalkapli [harakahdaily] KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak. Pandangan ini dikemukakan pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali dalam satu wawancara Harakahdaily dengannya baru-baru ini.Mengulas kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, beliau berpendapat PR perlu bersedia menerima pemimpin lain untuk memimpin pakatan itu. "Pakatan Rakyat perlu ada pemimpin pelapis yang boleh diterima semua kaum dan parti," kata akademik yang terlibat mengkaji setiap pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu itu.Banyak pihak mula bersedia menghadapi kemungkinan PR memerlukan seorang pemimpin baharu se...

PRU KE 13 MUNGKIN MEMIHAK BN - LUTFI

Imej
Posted on Thursday, October 22 @ 00:33:23 PDT by paktam Saya pernah ditegur kerana membayangkan keputusan muram buat pembangkang pada 2004, lalu saya bersedia untuk dimarahi jika terpaksa menzahirkan rasa bimbang bahawa pusingan berikutnya (PRU13) mungkin memihak BN pula . Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Aidilfit ri yang disambut selama sebulan di Malaysia sudahpun berlalu. Diharap ikatan silaturrahim sesama kita semakin tulus dan permohonan maaf yang mudah terucap dari bibir ke bibir menjernihkan lagi perhubungan. Semoga cabaran kehidupan mampu ditempuh sebaiknya, berbekalkan latihan intensif di bulan Ramadan yang masih terasa syahdunya itu, insya Allah. Pengajaran Bagan Pinang dan iktibar kekalahan masih diperkatakan. Begitu juga dengan perhimpunan Umno dan pergolakan politik semasa. Bedah-siasat secara terperinci pastinya berjalan lancar, asalkan tiada tuding-menuding dan mahu meletakkan kesalahan ke bahu orang lain. Sikap berlapang dada menerima kritikan, teguran hatta kecam...

Mayat 2 Korban Tragedi di kampar di temui !!!!

Imej
Okt 29, 09 11:22am Dua lagi korban tragedi jambatan gantung runtuh sewaktu menyertai perkhemahan 1 Malaysia di Kampar Selasa lalu telah ditemui. Mereka ialah Davadharshin a/p Maheswarawandan, 11, dan Diryasree a/p Vasudevan, 12. Davadharshin adalah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, manakala Diryasree adalah pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng Mayat Davadharshin ditemui malam tadi manakala mayat Diryasree ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Aziz Yusof berkata mayat Davadharshin ditemui terapung pada jam 11.30 malam tadi berhampiran Jambatan Mat Selangor, Tanjung Tualang - kira-kira 15 km dari tempat kejadian. Beliau berkata, mayatnya yang ditemui oleh anggota RELA telah dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Aziz berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan mayat mangsa akan dituntut keluarganya hari ini untuk dikebumikan. Manakala mayat Diryasree ditemui jam 10.45 pagi tadi berhampiran Tronoh ...

Sivakumar menunjukkan jubah robek

Imej
Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah. Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis. Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi. Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku. Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru. Posted by pemudabesut
Terkini 1.54 pm : Sidang media berakhir Sidang media telah berakhir dan semua Adun bersurai. Satu report polis akan dilakukan oleh Adun-adun Pakatan Rakyat pada jam 3.00 petang ini di IPD Ipoh. Terkini 1.45 pm : Ds, Nizar sahkan jumpa Raja Muda Perak di Kuala Dipang kelmarin. Saya jumpa Tuanku kelmarin dan Tuanku tanya saya sihat ker?? Dedah Ds. Nizar apabila ditanya apa yang dibincang semasa jumpa Tuanku kelmarin. Terkini 1.43 pm : Kami bukan boikot sidang tapi sidang tidak sah Apa yang dilakukan adalah pelanggaran tanpa melihat salah atau betul (bulldost) demi untuk mencapai hasrat jahat BN. Tidak berbangkit kami boikot sidang kerana sidang adalah tidak sah. Terkini 1.40 pm : Kenyataan Pengerusi PKR Perak Tindakan yang dilakukan oleh BN menjijikkan di Perak, demikian kenyataan Pengerusi PKR Perak, Mustaf Kamil Ayub. Bajet yang dibentangkan oleh BN adalah tidak sah. Mohon supaya DYMM Sultan Perak membubarkan DUN Perak untuk kebaikan rakyat.
Terkini 1.26 pm : Saya malu kerana Umno memperguna pasukan keselamatan. Adun Pantai Remis akan melaporkan apabila tempat sulitnya di ceroboh sebelum masuk ke dalam dewan. Dalam pertelingkahan dia tidak dibenarkan membawa masuk kamera ke dalam dewan. Terkini 1.23 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Tindakan polis menyebabkan demokrasi di Perak lagi merosot ke tahap yang lebih teruk. Polis nampaknya tidak dapat membezakan siapa yang sebenarnya perompak dan pencuri sebenar. Tegaskan tindakan polis jelas melangar undang-undang yang bole di hukum penjara selama 7 tahun dan di denda. Saya menyokong kenyataan Ds. Nizar meletakkan jawatan. Berharap BN akur dengan kehendak rakyat dengan bubar DUN Perak.
Imej
Terkini 1.18 pm : Kenyataan MB Pakatan Rakyat Speaker Sivakumar menunjukkan surat palsu dan menafikan dikeluarkan oleh pihaknya seperti yang disiarkan di blog ini kelmarin.Kami dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN. Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami.Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan.Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan. Terkini 1.13 pm : Sidang media, kenyataan V.Sivakumar Sebahagian dari rakan media yang hadir.Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan t...
Terkini 12.49 pm : Semua Adun di Wisma DAP adakan mesyuarat. Semua Adun PR sudah berada di Wisma dan satu mesyuarat penting diadakan dengan dipengerusikan oleh YAB MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin.
Terkini 12.40 pm : Laungan bubar DUN iringi Adun PR keluar dewan. Laungan bubar DUN berkumandang apabila Ds. Nizar dan semua Adun PR keluar dari pagar bangunan Dewan Negeri.
Terkini 12.36 pm : Kami sudah diluar pagar. Semua Adun PR sudah berada diluar bangunan SUK dan menuju ke pejabat DAP berkenaan. Terkini 12.34 pm : Sidang tamat Sidang sudah pun berakhir dan kami sudah berada di luar bangunan tapi masih dalam pagar dan kami berkumpul dihadapan bangunan DUN tidak berapa jauh dari pintu keluar.

terkini !!!

Terkini 12.26 pm : Sidang media masih berlangsung Dalam keadaan sidang haram yang dikendalikan oleh Speaker haram Ganesan, semua Adun PR masih berada dalam sidang media di dalam perpustakaan di aras yang sama. Bila ada soalan yang ditanya oleh wartawan mengenai kami boikot sidang, dijawab perkara itu tidak berbangkit kerana sidang ditangguh oleh Speaker yang sah. Sidang yang berlangsung adalah sidang yang haram.
Imej
28 Oktober 2009 Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis. Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah. Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami. Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas. Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis. Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera. Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak. Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ. Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin. Terkini 12.07 pm : Kenyataan Dato' Ngeh Ramai wartawan yang hadir. Dato' Ngeh mengecam dan merasa kesal dengan keadaan Negeri Perak ...

Sidang Media oleh Siva

Imej
Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan. Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini. Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh. Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh. Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan. YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas. Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.

Siva tangguhkan sidang !!

Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.

Bajet haram di luluskan !!!!

Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan Adun Pakatan Rakyat terus melaungkan kalimat haram dan lanun atas tindakan BN meluluskan bajet haram. Tindakan Adun Pakatan Rakyat langsung tidak dapat diambil tindakan oleh Speaker haram kerana ternyata dia tidak ada kuasa apa lagi untuk meluluskan bajet. Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.