PKR : Akan Mengadap Agong



Berita Oleh pokweil

"tian chua 03 240505Pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadap Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan bertemu mereka untuk membincangkan peralihan kuasa secara aman daripada Barisan Nasional.

Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata, langkah ini akan berlaku "dalam tempoh 24 hingga 48 jam".

"Kita telahpun berkata, kita mempunyai yang jumah (ahli parlimen) yang cukup, dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) baru tadi mendedahkan bahawa kita mendapat lebih daripada 31 ahli parlimen BN," kata Tian, merujuk sidang akhbar penasihat PKR itu jam 2 petang tadi.

Sekiranya mereka bertemu Abdullah tetapi beliau enggan meletak jawatan, Tian berkata Pakatan mungkin mendapat campur tangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin untuk meyakinkan baginda berbuat demikian.

sultan mizan zainal abidin 13th agung king malaysia 1212062"Seboleh-bolehnya, kami akan cuba mengelak membabitkan Yang di-Pertuan Agong," kata Tian ketika dihubungi.

'Sudah ada 116 MP'

Awal pagi ini, agensi berita AFP memetik bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai berkata, Pakatan Rakyat akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan mandat untuk memerintah, sekiranya Abdullah enggan bertemu mereka.

Menurutnya, isu pelantikan perdana menteri dan pertukaran kerajaan membabitkan peranan baginda.

dr hatta ramli 01Dr Hatta mendakwa, Pakatan kini mendapat sokongan daripada 116 ahli parlimen - ini bermakna 35 ahli parlimen kerajaan telah menyertai Pakatan.

Dalam sidang akhbar hari ini, Anwar berkata, beliau telah mendapat lebih 31 ahli parlimen daripada BN, jumlah yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru dan menggesa Abdullah supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat bagi menghalang peralihan kuasa.

Anwar bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli-ahli parlimen BN terbabit.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, Anwar telah menetapkan 16 September sebagai tarikh untuk menarik sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan menyertai Pakatan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan baru. "

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI