KAMI KE PAKISTAN TIDAK GUNA DUIT KERAJAAN ATAU PARTI - MISBAH

Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian dengan meminta penganjur supaya keluarkan surat rasmi dari Jamiat Islami jemput Hj Nizar sebagai MB Perak yang mewakili kerajaan Perak bukan mewakili PAS, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana perbuatan ini tidak amanah.Malahan MB menggalakkan mana-mana EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya naik kelas ekonomi sahaja apabila menaiki pesawat ke mana-mana destinasi. Kerana ini adalah antara langkah menjimatkan duit kerajaan.Semuga penjelasan ini dapat mengikis salah tanggap terhadap MB Perak dan pegawai-pegawainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI