LAPORAN BPR SATU ISU KANTOI UMNO - PERAKDAILY

October 18, 2008 ·

IPOH: Berita mengenai laporan BPR akan dibuat terhadap sahabat saya, setiausaha Politik MB Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki saya ketahui kira-kira jam 5 petang, iaitu pada Rabu atau sehari sebelum laporan itu dibuat.

Saya terdiam seketika bagaimana hendak saya pecahkan berita kurang enak itu pada Misbah sebentar lagi. Sebelum itu, Misbah baru dua minit turun dari mobil saya untuk ke pejabat semula kerana tertinggal dokumen perjalanan.

Semasa itu juga saya menyiasat apakah bentuk laporan yang akan dibuat. Jelaslah bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik dan Labu Kubong, Suib Sulaiman akan membuat laporan BPR di pejabat BPR berhubung dakwaan kononnya Misbah telah melakukan salah guna kuasa.

Misbah muncul dan terus meminta saya ke medan Gopeng. Saya memandu selamba sambil dalam kepala bagaimana hendak saya pecahkan makluman ini kepada beliau. Saya hulurkan hanfon saya agar Misbah dapat membaca mesej yang tertera.

Misbah memandang saya selepas membaca dan bertanya apa dia salah lakunya ? kami berdua terdiam. Tiada siapa yang hendak kami rujuk. Pada masa itu, Dato Seri Menteri Besar berada di Terengganu menghadiri mesyuarat Majis Raja-raja.

Saya meminta beberapa rakan menyiasat apakah bentuk salah laku yang didakwa. Lima minit kemudian semuanya terjawab, ia berpunca daripada surat Misbah kepada JPS berhubung kontrak penyelengaraan kepada JKKK.

Waduh-waduh Pak. Betapa kantoinya Umno kalau itulah salah laku. Ia benar-benar satu gimik politik yang teramat murah. Macam orang tak sekolah. Macam orang tak tahu peraturan kerajaan, wal hal yang membuat laporan seorang Yang Berhormat. Salah laku apa Yeop kalau peruntukan itu sendiri bawah kerajaan negeri. Tak kan peruntukan kerajaan negeri nak diberi kepada JKKKP yang ditubuhkan kerajaan Persekutuan.

Mana ada akalnya Yeop. JKKK kerajaan negeri di bawah peruntukan kerajaan negeri. Teringat saya kata-kata Menteri Besar mengenai JKKKP itu. Benarlah JKKKP itu ialah Jawatankuasa Kerja Kampung Pengacau.

Kami ke restoran di Medan Gopeng . Sambil pekena teh kami ketawa.

Sayugia diingatkan bahawa Umno, sekadar ingin menonjolkan diri mencari apa jua kesilapan (jika ada) dilakukan Pakatan Rakyat hatta sebesar zarah sekalipun, wal hal kesalahan diri (Umno) lebih besar. Ia dibuat untuk menunjukkan bahawa Umno tidak berdiam diri. Ia satu manipulasi untuk menonjolkan diri semasa persidangan pemilihan Umno yang sedang berjalan.

Itu bab peruntukan. Daalam kes surat kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, Misbah tidak pernah mengarahkan diserahkan kerja-kerja selenggaraan parit kepada JKKK yang baru, tetapi memohon atau dengan kata tepat dipohon agar menyerahkan kerja.

Dipohon serahkan kerja-kerja daripada JKKK lama (zaman Umno-BN) kepada JKKK yang baru dilantik. So what’s wrong ? Itulah kandungan surat Misbah

Sekarang jelaslah, Yang berhormat berkenaan kurang arif mengenai prosidur kerja. Dukacita saya dapati Yang Berhormat juga kurang memahami atau gagal membedakan penggunaan perkataan yang dicatat dalam surat yang dimaksudkan itu antara ‘arah’ dan ‘dipohon’.

Secara lateralnya, kata Misbah, jika ‘arah’ bererti ia mesti diikuti, manakala ‘dipohon’bermakna terpulang pada budi bicara dan jika tiada halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan, jika ia didapati tidak menyalahi peraturan atau bertentangan dengan etika.

Misbahul juga melahirkan rasa hairannya, mengapa Yang Berhormat berkenaan bersungguh-sungguh benor mempertahankan kedudukan JKKK lama itu kerana setahu beliau JKKK lama itu telahpun berkubur.

“Saya juga hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri.”

Zainol Fadzli menunjukan dokumen SURAT Ust Misbahul Munir. Tetapi surat itu tidakpun dicatat mengarah kecuali dipohon agar menyerahkan tugas selengaraan kepada JKKK baru atau LPP.
BPR hendaklah menyiasat kes ini dengan teliti dan jujur dan membuat kenyataan akhbar sama ada benar berlaku salah laku atau tidak. Itulah baru buat laporan, siasat belum lagi… benar atau tidak belum tahu, tapi surat khabar cetak dan elektronik dah siarkan secara besar-besaran. Ia seolah-olah meletakkan empunyai diri bersalah. TIDAK ADIL
Yang sebenarnya tiada apapun yang salah dilakukan MIsbah. Itu saya pasti tanpa hadnya. Oleh itu, tunggu tindakan Misbah seterusnya. Sarang tebuan jangan dijolok. - END/ANR
.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI