SAYA AKAN SAMAN MALU ZAINOL - MISBAH


October 24, 2008 ·
IPOH: Ustaz Misbahul Munir telah mengarahkan panel peguam untuk membuat perincian daripada segi undang-undang untuk menyaman malu Ketua Pemuda Umno Negeri ekoran tuduhan kononnya berlaku salahguna kuasa.
Setiausaha Politik MB Perak itu berkata, tuduhan liar itu tidak patut dibiarkan berlalu begitu sahaja, kerana ia bukan sahaja menjejaskan kredibilti dan kewibawaan diri saya, tetapi berniat jahat untuk menjejaskan maruah saya dan keluarga saya.
Misbahul berkata demikian selepas dua pegawai BPR berkunjung ke pejabat beliau pada Rabu, 22 Okt. Kehadiran mereka ekoran laporan oleh Zainol Padzi kononnya Misbahul telah menyalah gunakan kuasa dengan “mengarahkan” Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyerahkan kerja menyenggara sungai, parit dan tali air kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) secara runding terus.
Wal hal Misbahul tidak mengarahpun, tetapi sekadar memohon. END/PKR

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI