NIK AZIZ ENGGAN CAMPUR TANGAN ISU LADANG BABI DI KEDAH

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya.
"Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam.
"Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hanya benarkan ia diternak sekadar di belakang rumah, bukan untuk berniaga," katanya.
Dalam perkembangan lain Nik Aziz turut bersetuju dengan cadangan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mahu kerajaan turut melantik senator di Parlimen daripada kalangan bekas anggota tentera.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI