PENGAJARAN APABILA MENDAPAT KEMENANGAN - ABAL HAIKAL

Allahu Akhbar …. Allahu Akhbar…… Allahu Akhbar

Terjemahan Surah Al Nasr : 1 - 3
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani
  1. Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
  2. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
  3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat. (para hambanya)

Peristiwa kemenangan Rasulullah saw dan para sahabat menawan Kota Makah, sekali gus melemahkan kafir Quraisy dan memantapkan kedudukan Islam. Dan telah ramai orang Arab sama ada secara individu dan kabilah memilih Islam sebagai Ad Din, lalu Allah swt menyuruh mengucapkan Tahmid dan tambahkan ibadah supaya lebih hampir kepadanya. Tiada kemenangan melainkan dengan pertolongan daripada Allah swt. Maka mengagungkan Allah swt dengan bertahmid adalah sepatutnya di atas pertolonganNya. Dan hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt, kerana takut tersalah sangka dengan Allah swt di atas kemenangan yang diberikan.

Pengajaran :
  1. Setiap kemenangan hendaklah bersyukur kepada Allah swt.
  2. Bila kita telah penat dan mendapat kemenangan, janganlah melihat ini kerja dan usaha kita sepenuhnya, tanpa kita lihat bahawa Allah swt yang memberikan pertolonganNya.
  3. Janganlah kita berasa sombong, angkuh, takbur, riya’ di atas kemenangan ini. Bahkan hendaklah senantiasa tawadhu’, bersyukur dan merendah diri kepada Allah swt.
  4. Jangan bersangka buruk dengan Allah swt, sama ada menang atau kalah. Ada yang bersangka buruk bahawa Allah swt tidak menolong Islam apabila berlaku kekalahan.
  5. Hendaklah banyak bertasbih mengagungkan Allah di atas kemenangan yang diberikan.
  6. Dan hendaklah senantiasa bertaubat kepada Allah swt, kita tiada kuasa apa-apa hanya Allah penentu segala-galanya.
  7. InsyaAllah kita raikan kemenangan dengan Tahmid, Istigfar dan Bertaubah kepadanya.
Tahniah kepada penduduk P36 Kuala Terengganu.. semoga keikhlasan anda akan dibalas oleh Allah swt. Sinar ISLAM kian menjelma……..…….. TAKBIR…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI