UMNO GELONGSOR TANPA BREK

UMNO gelongsor tanpa brek
Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 07:25:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh hamirdin

" Gelongsor yang sedang dialami oleh UMNO sekarang sukar dibrek. Satu satunya lorong yang masih ada untuknya ialah ke bawah. Mungkin mengapa berlaku gelongsor ini menjadi sesuatu yang dicari cari oleh penyokong mereka.

Teknologi mencekik UMNO
. Media arus perdana telah hilang sesuatu yang sangat penting iaitu public trust. Dulu rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang dihamburkan oleh media arus perdana yang dikuasai oleh UMNO. Teknologi telah mengubah semua ini.

Saluran berita telah bercambah dengan banyaknya, dan dengan itu liputan yang dipersembah oleh media arus perdana kuasaan UMNO menjadi hambar, lesu dan telah dijangka. Lebih pilu lagi ialah apabila media ini membuat putar belit, yang mana maklumat lebih awal telah diperolehi oleh audien melalui internet, sms atau channel berita lain. Apabila putar belit ini dipersembahkan kepada rakyat, bukan rakyat yang berjaya dibelit. Tetapi mereka yang sembelit.

Kesannya ialah media arus perdana kehilangan public trust. Apa sahaja yang mereka persembahkan menjadi bahan cemuhan dan lawakan. Tiada yang ingin percaya lagi.


Sebab itu mereka cuba menjenamakan semula TV1

Personaliti yang menggelongsorkan UMNO. Mengapa UMNO beriya sangat membela beberapa personaliti yang melajukan gelongsor mereka ?Ada personaliti yang bersumpah laknat yang tidak dipinta, dan kemudian menjadi badut yang sarkasnya ialah UMNO. Ada personaliti yang menyimpan kotak rahsia dan surat rahsia. Juga akhirnya menjadi badut yang tidak diperdulikan.


Rasuah. Gambar seorang pemimpim UMNO dihadap ke mahkamah terpampang dimuka akhbar beberapa hari yang lepas. Itu baru seorang. Rakyat tahu beribu ribu lagi mereka yang aktif memegang pelbagai jawatan samada dalam UMNO atau negara, yang rasuah, tetapi tetap bebas dan berkuasa. Rasuah ini telah menjadi seperti dense inert metal explosives yang digunakan oleh Israel di Gaza, merosakkan negara. Tetapi UMNO kelihatan condone perkara ini. Ini yang menjadikanUMNO memualkan.



Ketuanan Melayu. Konsep yang diketengahkan oleh beberapa ahli akademik yang hendak dijadikan senjata oleh UMNO bagi mengembalikan semula sokongan pengundi kepada UMNO ternyata memualkan. Generasi muda telah selesa dan menerima konsep warganegara, yang mana semua warganegara mempunyai hak yang sama tetapi menerima artikel 153 perlembagaan persekutuan. Mereka lebih memahami politik berbanding dengan UMNO.


Babi sebagai modal menaikkan kebencian. UMNO menjangka dengan menggunakan isu babi, kebencian rakyat kepada lawan mereka dapat dibangkitkan. Tetapi apabila kepala babi digantung dipagar rumah orang, dan dicampak dalam surau, ditambah dengan balutan menggunakan bendera PAS, rasa loya rakyat kepada UMNO membuak buak. Beribu ribu undi yang lari daripada UMNO hasil daripada perlakuan ini.



Deraan terhadap tahanan. Telah terlalu banyak cerita yang timbul tentang tahanan didera dengan teruk sehingga ada yang mati. Tetapi cerita ini disapu dan disorokkan bawah karpet. Sehinggalah ia tidak boleh disorokkan lagi. Kesemua perlakuan ini walaupun bukan dilakukan oleh UMNO, tetapi rakyat melihatnya sebagai UMNOlah yang mesti memperbetulkan keadaan. Kalau UMNO tidak mahu atau tidak perduli untuk membetulkan keadaan, mengapa mereka perlu beri undi kepada UMNO?


Malaysia perlu diselamatkan. Apabila ahli ahli UMNO berebut rebut menfaraidkan harta negara seperti harta mereka, rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang merosakkan negara. Negara mesti diselamatkan. Harta negara mesti diselamatkan. Bukan selamatkan UMNO dan jerung jerung yang bernaung dibawanya. Mengapa negara mesti membayar harga tinggi tak masuk akal apabila sesuatu projek dijalankan? Kenapa negara mesti menanggung pelbagai kerugian yang disebabkan oleh ruginya institusi dan syarikat perniagaan kepunyaan negara? Kenapa bail-out syarikat kroni boleh, tetapi sediakan biasiswa pelajaran bagi anak anak yang deserving tidak boleh? UMNO tidak dilihat sebagai penyelamat Malaysia, tetapi penjahanam Malaysia.



Perubahan citarasa. Pengundi, terutama yang muda, sedang berubah citarasa mereka. Kegerunan terhadap lawan UMNO yang selama ini ditanam oleh UMNO sekarang menjadi bahan lawak mereka.


UMNO sedang menggelongsor ke bawah. Dengan laju. Tanpa brek.[hamirdin.blogspot.com]
"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI