KES SAMAN NIZAR DITANGGUH RABU INI.

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti.Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah.
Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berkenaan. Anwar turun untuk memungut dana RM 150 ribu bagi pembinaan sebuah dewan baru sekolah berkenaan.Sekolah tersebut sebelum ini telah dijanjikan peruntukan oleh Kementerian Pelajaran dengan syarat sekolah tersebut tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat untuk menghadiri sebarang majlis di sekolah itu.Datuk Seri Anwar kesal dengan arahan itu yang jelas kerajaan BN telah mempolitikkan hal pelajaran dan beliau telah datang diiringi oleh Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI