Speaker dan rakyat mahu sidang DUN terus diadakan - Keadilan online

Kuasa sidang tergempar terletak pada kuasa Speaker
KUALA LUMPUR, 2 MAC (SK) - SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan terus diadakan seperti yang ditetap seperti yang diarahkan Speaker V. Sivakumar kerana semuanya sah.
Menurut Sivakumar, peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.
“Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker,” menurutnya seperti dipetik media.
Tambahnya lagi, Setiausaha Dun Perak Abdullah Antong Sabri tidak mempunyai kuasa untuk menafsir Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) dan sebaliknya kewajipan.
Tugas Abdulah adalah untuk mematuhi perintah dan arahan Speaker serta menjalankan tugas seperti yang termaktub dalam PT.
“Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama,”
Khamis, Sivakumar telah menerima dua usul untuk memanggil sidang tergempar dewan itu diadakan esok untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.
Usul pertama, yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah daripada Pas, ialah mengesahkan Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.
Manakala usul kedua yang dibawa oleh Chang Lih Kang (KeADILan-Teeja) ialah untuk membubarkan Dun bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.
Sementara itu dalam satu undian yang dilakukan oleh sebuah Undian SMS yang dikendalikan di saluran NTV7 melalui berita ‘7 Edition’, kira-kira , 97 peratus pengundi yang terdiri daripada rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan.
Undian SMS berkenaan yang bertajuk “Apakah Sidang Tergempar SAH?” itu telah menafikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI