Selagi kes Nizar belum di putuskan lagi..!!!!

Sekalipun Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN, namun peguam yang mengetuai pasukan Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, "Saya dan client saya tidak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.""Apa yang kita akan lakukan adalah untuk berbincang dan melihat apa yang diputuskan mahkamah dan apa yang boleh dilakukan seterusnya."Saya dapati tidak ada pihak yang menang semuanya dan tidak ada yang kalah semuanya kerana masih ada ruang untuk berbincang dan bertindak walaupun mahkamah telah membuat keputusan."Selagi kes Nizar belum diputuskan, isu ini masih subur dan hidup," katanya merujuk kepada saman bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI