Lagi keluar UMNO Yopp !!!!

500 ikut jejak Hashim jika keluar Umno
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Malaysia, Pakatan Rakyat, Politik and Sidenotes Dari Malaysia Kini

oleh Muda Mohd Nor

Kira-kira 500 ahli Umno dalam bahagian Arau akan meninggalkan parti jika bekas ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh berbuat demikian.

Hashim, yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno negeri, bagaimanapun belum membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

Bekas ketua penerangan Pemuda Umno bahagian Arau, Ismail Hashim berkata, mereka adalah ahli Pemuda dan bekas ahli pergerakan itu dalam DUN Tambun Tulang yang diwakili oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Jumlah 500 itu adalah dari 15 cawangan Umno Tambun Tulang yang merupakan pengikut saya. Jika saya berhijrah, mereka akan ikut saya.

“Saya tunggu keputusan Datuk Hashim, dia lompat saya ikut dia.

“Walaupun Datuk Hashim belum buat keputusan, tetapi 70 peratus sudah ke arah sebelah sana (pembangkang),” katanya kepada Malaysiakini semalam.

Ismail berkata, 500 ahli Umno itu merupakan penyokong kuat Shahidan yang kecewa beliau tidak dilantik semula sebagai menteri besar dan ketua perhubungan Umno Perlis.

Datuk Ismail Kassim, adik Shahidan, merupakan ahli Parlimen Arau.

Menurutnya, dalam masa terdekat ini, ada kumpulan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Pauh akan menubuhkan cawangan PKR.

“Saya tidak terbabit dengan penubuhan cawangan PKR itu kerana ia keputusan mereka sendiri,” katanya sambil menambah DUN Pauh diwakili oleh Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail.

Ismail berkata, mereka kecewa kerana tindakan menggantikan jawatan Shahidan sebagai pengerusi perhubungan Umno negeri dengan Datuk Md Isa Sabu.

Katanya, ada ahli Umno di Arau yang menganggapnya sebagai satu penghinaan walaupun Shahidan telah dilantik menjadi ahli majlis tertinggi (MT).

“Dalam kemelut politik Perlis sekarang, apa yang boleh saya buat. Saya nak tubuh parti baru tidak mampu.

“Takkan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim hendak bunuh orang Melayu kerana dia orang Melayu juga,” katanya.

Ulasan

  1. keluar jangan tak keluar hari2 mesti ada org nak keluar parti tak guna ni,curi duit rakyat skandal berbillion2,kalau hampa dok tunggu lagi dlm parti tu,hampa pun ada saham sama subahat dengan pencuri2 harta rakyat akan didakwa d akhirat esok..ada faham?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI