Nizar dinafikan Hak mendapat hujahan bertulis Mahkamah Rayuan !!

Kelab Greenboc

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Sri Nizar Jamaluddin tidak dapat memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak balik keputusan Mahkamah Rayuan, mengistiharkan Zambry Kadir dari UMNO sebagai Menteri Besar Perak.
Ini adalah kerana pihak Nizar masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan.
Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei tetapi sehingga hari ini hujjahan bertulis itu gagal dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan.
Banyak pihak melihat ia sebagai satu usaha dari institusi kehakiman untuk menafikan hak Nizar untuk mendapatkan pembelaan dari Mahkamah Persekutuan.

Pada 11 Mei Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman lisan mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah.
Nizar hanya mempunyai 30 hari untuk memfailkan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Rayuan yang sehingga ini yang diragui penghakimannya oleh banyak pihak termasuk bekas hakim mahkamah rayuan sendiri NH Chan, telah cuba melengah-lengahkan hujjahan bertulis bagi meletakkan tekanan kepada pihak peguam Nizar agar Nizar gagal membuat rayuan tersebut.
NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.
Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.
Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.

Ulasan

  1. TU dia hakim-hakim dan peguam melayu umno,kebulur duit Rasuah dri najis antatuya.

    BalasPadam
  2. Jika ini berlaku, satu laporan polis, bpr dan saman permulaan kepada hakim-hakim tersebut kerana gagal mengemukakan penghujahan bertulis. Rasa saya Md Raus Sharif tersebut sedang menunggu penghujahan bertulis daripada peguam UMNO. Sejarah telah mengajar kita bahawa Lingam dulu pernah menulis penghujahan untuk hakim. Memandangkan peguam UMNO tersebut kurang cerdik dan takut salah tulis maka dia melambatkannya. Rasanya ada perjanjian antara hakim denga peguam UMNO iaitu UMNO ditentukan menang namun peguam UMNO kena buat penghujahan. Jika ini berlaku, satu tindakan undang-undang perlu dikenakan kepada badan kehakiman iaitu meminta ketua hakim negara bertanggungjawab. Jika ketua hakim gagal beliau hendaklah meletak jawatan termasuk hakim-hakim yang terlibat kerana mereka membuktikan bahawa mereka tidak layak menjadi hakim. Ini adalah pandangan peribadi saya kerana sejarah telah membuktikan bahawa hakim boleh dijual beli.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI