145 Ahli Parlimen Seluruh Dunia Tuntut Gugurkan Kes Anwar
BANGKOK 2  Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan   Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara   mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua   Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan   perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan   Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara   mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua   Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan   perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
 Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan   Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara   mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua   Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan   perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.
Apr - Mesyuarat ke-122 Himpunan   Ahli-ahli Parlimen Sedunia (IPU) di Bangkok hari ini sebulat suara   mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Ketua   Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan kepada dua laporan   perubatan yang menolak kemungkinan perbuatan tersebut berlaku.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di   Bangkok, IPU berkata badan tersebut amat bimbang terhadap pertuduhan dan   prosiding terhadap Anwar yang dianggap tercalar dan hampir sama dengan   perbicaraan kes yang serupa pada 1998.
Mesyuarat IPU semalam yang menghimpun Ahli-ahli Parlimen dari   145 negara diseluruh dunia menyatakan bahawa Jawatankuasa Hak Asasi  Ahli  Parlimen akan melaporkan keputusan sebulat suara berhubung  perbiacraan  Anwar kepada Lembaga Pengelola IPU.
Resolusi tersebut dibentangkan kepada  Lembaga Pengelola IPU  oleh pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator  Aquilino Q Pimentel Jr  untuk diterimapakai.
"Adalah amat membimbangkan anggota   pasukan pendakwaan yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat yang   pertama, yang mana Ketua Pendakwa ketika itu kini dilantik sebagai   Peguam Negara. Beliau dituduh merekacipta bukti terhadap Anwar dan kini   terlibat sekali lagi dalam perbicaran terkini. Pasukan pembelaan Anwar   telah dinafikan dokumen dan bukti dan dihalang daripada menyediakan   pembelaan yang tuntas.
"IPU   berpendirian bahawa pembelaan adalah sebahagian daripada elemen keadilan   dalan sesuatu perbicaraan dan kegagalan memberi hak kepada pasukan   pembelaan dan sebarang keputusan mahkamah hasil daripada tindakan itu   dianggap pada dasarnya ditolak," tegas IPU.
Badan itu juga meminbta Setiausaha Agung IPU supaya   memastikan wakil IPU akan berada sebagai pemerhati dalam perbicaraan   akan datang.
IPU juga meminta   Jawatankuasa Hak Asasi Ahli Parlimen agar terus meneliti kes yang   sabitkan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan menyediakan laporan   pada mesyuarat IPU ke-123 pada Oktober 2010. 
Tiga wakil Pakatan Rakyat yang hadir   termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, Ahli   Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan Senator Mumtaz Md Nawi.  
IPU adalah sebuah organisasi yang   dianggotai oleh Ahli Parlimen dari seluruh dunia dan ditubuhkan pada   1889.
Ia berfungsi sebagai wadah   dialog antarabangsa yang berjuang untuk keamanan dan kerjasama serta   mengukuhkan sistem demokrasi.SK
 
 
Ulasan
Catat Ulasan