Hassan Al Banna menjuarai isu Palestin



1_240375_1_9
Alhamdulillah , segala puji kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada kita dengan nikmat Iman dan nikmat Islam. Tidak lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan yang telah berjuang , bersimbah keringat dan darah untuk menjulang agama tercinta ini sehingga kita tersentuh dengan nikmat angina sejahtera Islam.
Buku ini diluncurkann untuk mengenang kembali para syuhada Palestin , bumi yang sentiasa menyaksikan pertembungan diantara hak dan batil. Ribuan roh telah berkelana nke alam abadi menemui tuhannya dengan openuhn kedamaian.
Palestin dengan kemuliaan sejarah dan permasaalahannya begitu hamper kepada almarhum, malah keperhatinan bekliau serta pengorbanan almarhum dan Ikhwanul muslimin terhadap bumi al Quds ini telah dibayar dengan harga yang mahal-iaitu kematiannya dan pemenjaraan kepada pejuang –pejuang Ikhwan untuk memadamkan bara kebangkitan ummah. Musuh allah ingin mencabut nyawa Hassan Al Bana dengan harapan batu penghadang kepada Negara haram Israel dapat disingkirkan. Beliau ditembak syahid pada12februari 1949 akibat konspirasi kuasa barat dengan regim di Mesir. Golongan Yahudi di Amerika dan tempat-tempat lain berpesta pora, meanari-nari di jalanraya meraikan pembunuhan tokoh besar abad 20 ini.
Sewajarnya isu palestin ialah isu yang menggugah nurani Umat Islam serta mampu menyatupadukan seluruh belahan dunia Islam sebagaimana yang diungkapkan oleh Dr Yusuf Qhardawi “Palestin dan Baitul Maqdis mempunyai kedudukan yang sangat tinggi. Hal ini telah disepakati oleh seluruh kaum muslimin dan seluruh kelompok, mazhab dan aliran –alirannya dn sudah merupakan ijmak umat dari satu hujung dunia sampai ke hujung dunia yang lain. Maka tidak menghairankan apabila seluruh kaum muslimin selalu konsistem dalam membela,ingin sangat(ghairah), melindungi tanah,kehormatan dan ksucian Baitul Maqdis serta mengorbankan jiwa,raga,dan harta benda dalam melindungi dan mengusir para pencerobohnya “.
Bumi para Syuhada Palestin dimana keberadaan Baitul Maqdis terletak kesucian islam yang sudah terpaku dalam suratan tkdir,ianya tercermin dalam jiwa dan kesabaran kaum mulimin sebagai kiblat mereka yang petama,tempat berlakunya isra’ dan mM’raj,Kota besar ketiga, neegeri kenabian dan keberkatan, negeri persediaan dan jihad, bumi yang tidak pernah kering dengan darah syuhada dan medan pertembungantiga agama samawi.
Saat abad pertengahan menyaksilkan perang Salib bersilih ganti pemenang dan dialiri dengan darah merah yang kalah.
ImamHasan Al Bana telah memerahkan keringatnya habis-habisan untuk memperkenalkan kepada manusia serta membuka mata mereka tentang perkataan jahat terehadap Negara-negara umat islam terutamanya palestin. Jantung hati umat islam ini lalui konspirasi kuasa besar akhirnya terluncut kepada zionis yang tidak sesat pun menghentikan permusuhannya kepada umat islam.
Beliau amat bersungguh sungguh untuk memberitahu setiap rakyat Mesir dan setiap m uslim di luar mesir bahawa inggeristelah menjajah bumi palestin dan menghukum penduduknya dengan besi dan api. Mereka telah mendirikan Negara yahudi di atas bumi palestin jika mereka berlatih memegang senjata malah mereka akan di hokum bunuh.
Beliau telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti nadwah ,ceramah dab pengajaran bertujuan memberi kesedaran rakyat Mesir tentang apa yang wajib mereka lakukan terhadap umat islam di palestin.
Antaranya Imam Hasan Al banna telah mengistiharkan didalam muktamar kelima bagi jamaah Ikhwan Muslimin bahawa tanahair Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu juzuk darinya bererti pencerobohan terhadapnya secara keseluruhannya . Tidak dapat tidak mat Islam mesti berusaha untuk membebaskan Negara yang dicerobohinya. Sesungguhnya Inggeris telah menjajah bumi palestin. Palestin merupakan tanahair kepada setiap muslim lantaran merupakan tanah para anbiya. Umat islam wajib membebaskannya dari kuasa perampasannya sepetimana wajib ke atas penduduknya membebaskannya dari orang merampasnya.
Antara cara-cara memberi kesedaran politik yang dilakukan oleh Imam Hasan Al Bana ialah beliau telah mengutus pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin ke masjid –masjid untuk memberitahu orang ramai tentang kekejaman Inggeris, keganasan dan kekerasan mereka keatas penduduk palestin . Mereka telah men gunpulkan derma-derma dari mereka untuk digunakan sebagai mempertahankan bu mi paiestinn. Sepertimana yang dimaklumi seorang insan apabila ia memberikan derma kepda sesuatu perkara ia akan merasa kasihan terhadapn ya dan sama-sama berkongsi kesedihan, menjiwai kebersamaan.
Hasan Al Bana dengan gigih telah menggerakkan kempen kesedaran dan ianya telah memberkan impak seperti:
. Memberi pengetahuan kepada manusia bahawa di sana terdapat sbuah Negara islam jiran merekaa yang bernama palestin yang hendak dijual kepada Yahudi.
.Menggerakkan roh Islam di hati rakyat Mesir setelah disesatkan oleh penjajah, penyokong serta egen-egen mereka dan mrmberikan kesedaran kepada rakyat bahawa Inggeris merupakan musuh kepada mereka dan Islam.
.Mendedahkan pakatan antara Kerajaan Mesir dengan british.
Antara cara lain yang digunakan olehh ImamHasan Al Banna ialah beliau telh menyebarkan sebuah buku bertajuk al- nar wa al- dimar fi falastin (Api dan kemusnahan di Palestine)”. Buku ini mempersembahkan gambaran –ganbaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh british terhadap rakyat palestin yang terbuang. Antara gambaran-gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf al Quran al-karim serta memijak-mijaknya dengan kaki mreka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir lima puluh gambaran jenayah dan penyiksaan yang dialami oleh umat Islam Palestin.
Imam Hassan Al Banna juga memberi kesedaran politikdengan cara mengeluarkan sebaran-s ebran yang menentan Inggeris serta kezaliman mereka dipalestin dan menjelaskan bahaya Yahudi serta matlamat jangkapanjang puak ini terhadap bumi umat Islam.
Imam Hassaan Al banna juga memberi kesedaran politik dengan menyeru ke arah pemboikotan majalah –majalah yahudi di kaherah.Beliau menyenaraikan nama-nama majalah-majalah ini, jenisnya dan pemiliknya di blakang majalah sebenarnya . Di akhir senarai ini beliau menulis ungkapan berikut:
“setiap qurusy (wang sen mesir)yang kamu bayarkan untuk majalah-majalah in I adalah dimasukkan di dalam saku Yahudi palestin yang digunakan untuk membeli senjata untuk mmbunuh sahabat-sahabat kamu seislam di palestin”.
Apa yang dibuat oleh Hassan Al Banna ini merupakan satu tindakan yang bijak yang mempunyai asas daripada sirah nabawiyyah kerana nabi SAW dan para sahabat pernah memboikot kekuatan ekonomi Yahudi di Madinah.Yahudi Bani An Nadhir, Bani Quraizah,Bani Qainuqa’memopoli kegiatan ekonomi di Maddinah dengan cara yang kotor seperti mengenakan riba kepada orang bukan Yahudi dan mengharamkan riba sesame mereka.Mereka juga menguasai telaga Rumah yang akhirnya dibeli oleh saidna Usman Bin Affan manakala nabi SAW dan para sahabat membangunkan pasar bagi orang Islam yang akhirnya telah memunculkan pdagang-pedagang Islam sperti Abdul Rahman Bin Auf. Shuhai Ar Rumi dan strategi Nabi ini semakin menimbulkan pemusuhan Yahudi di Madinah kepada nabi dan orang beriman.
Boikot ekonomi adalah senjata yang cukp berkesan dalam melumpuhkan kekuatan musuh dan membentuk pandangan umum tentang sesuatu isu. Namun tidak ramai umat ilam yang peduli tentang keperluan memboikot barangan musuh malah masi berterusn melanggan barangan musuh-musuh Islam seperti barangan amerika dan ‘jews friend’.
Memperjuangkan isu palestin bagi Hassan Al Banna tidak cukup menebrkan kepedulian kepada masyarakat dan kerajan Mesir tetapi mestilah merambah kepada Negara-negara umat Islam yang lain terutama Negara Arab yang sebangsa dengan Palesti. Imam Hassan Al-Banna mampu melangkah keluar dari Mesir dalam usaha politiknya terutamanya berkaitan dengan isu palestin. Beliau menyeru supaya diadakan muktamar dunia Arab pertama untuk membantu palestin. Beliau membuat keputusan agar diadakan muktamar tersebut di Ibu Pejabat Ikhwan Muslmin di Kaherah. Beliau menjemput pemimpin-pemimpin Negara-negara Arab dan pertubuhan bukan kerajaan untuk sama-sama terpanggil dan bertanggungjawab dengan isu besar umat Islam ini.
Jemputan beliau diterima pewakiln-pwkilan Arab. Para tetamu membanjiri ibu pejabat Ikwan Muslimin di Kaherah dan ianya telah menjadi pertemuan yang melakar sebuah sejarah kepada ummat Arab. Jemputan juga dibuat kepada seluruh parlimen antarabangsa untuk mengadakan muktamar di Kaherah bagi membincangkan isu Palestin. Jemputan tersebut diterima olh banyak parlimen Negara umat Islam dan mereka menghantar wakil-wakil untuk mengdkan muktamar di Kaherah. Ini merupakan muktamar antarabangsa pertama yang membincangkan isu Palestin Isu Palestin akhirnya diperbincangkan dengan mndalam dan penuh keperhatinan . Muktamar tersebut telah meluluskan resolusi –resolusi yang ditunjukkan terutamanya kerajaan British tentang ewajipan menjaga hak-hak penduduk Plestin dan menentang kewujudan entity haram Israel yang dicadangkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI