Kamalanathan diumum calon BN di Hulu Selangor
| 
 | 
Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai  calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Mereka  mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor  meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.
Mugilan adalah anak tempatan di  Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.
Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli  parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia  akan mempunyai kelebihan.
Pada mesyuarat tergempar  jawatankuasa pusat MIC yang  diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan  hanya Palanivel sebagai calon  mereka.
Jawatan senator, timbalan menteri 
Mesyuarat  itu juga mengambil keputusan untuk  memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V  Mugilan sekiranya dia dipilih  sebagai calon BN dalam  pilihan raya  kecil parlimen Hulu Selangor.
Samy Vellu berjumpa dengan  Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan  perdana menteri di  Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak  berganjak dan menolak  timbalan presiden MIC itu.
Kamalanathan,  adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat  peruncitan beras.
Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin  MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008  yang keputusannya memalukan mereka
Kamalanathan juga adalah  seorang blogger,  yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga  pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.
Meskipun bukan  anak tempatan Hulu Selangor,  Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah  pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu.
Apple iPod touch 8 GB (3rd Generation) NEWEST MODEL
 
 
Ulasan
Catat Ulasan