JUDI SUKAN : MEMPERLEKEHKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA KATA PERKASA??
AMK Muar merasa amat terkejut dan kesal  dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan  Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan  Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah  untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan  judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk  pembangunan bidang sukan di negara ini.
Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan” – Surah Al Maidah Ayat 90.
AMK Muar juga berpendapat dalam keadaan Negara dilanda kebejatan akhlak dan social anak muda seharusnya kegiatan seperti ini tidak disokong oleh Kerajaan. Ditambah lagi dengan masalah jenayah rompakan, samun dan pecah rumah yang semakin menjadi – jadi, maka AMK Muar merasa amat bimbang masalah – masalah ini akan bertambah buruk apabila masyarakat mula melibatkan diri dengan kegiatan perjudian.
Alasan untuk memudahkan pemantuan juga dilihat amat dangkal dan tidak bertanggunjawab. Apakah selepas ini untuk memantau kes pembuangan bayi maka, kegiatan pelacuran atau zina akan dihalalkan juga?
AMK Muar pasti tiada mana – mana agama dan bangsa di dunia ini yang menghalalkan kegiatan perjudian. Kegiatan perjudian tidak pernah mendatangkan kebaikan kepada individu dan masyarakat sebaliknya akan membenihkan lagi pelbagai kegiatan tidak bermoral dalam masyarakat.
AMK Muar melihat Kerajaan Malaysia pada hari ini seolah – olah kehilangan arah tuju sehingga sanggup mengambil keputusan sebegini rupa demi mengambil jalan mudah dan meraih keuntungan berlipat ganda hasil dari cukai perjudian. AMK Muar juga berpandangan bahawa sebarang keputusan meluluskan kegiatan perjudian sukan ini telah tersasar dari konsep Nilai – Nilai Murni seperti yang tercatat dalam Gagasan 1 Malaysia. Justeru, Gagasan 1 Malaysia dilihat hanyalah 1 retorika politik tanpa ada kesungguhan atau “political will” untuk menjayakannya.
Justeru, AMK Muar menyeru agar pihak Kerajaan menyemak semula keputusan membenarkan kegiatan perjudian sukan ini demi memastikan masyarakat Malaysia bebas dari anasir – anasir tidak sihat dan menghormati ajaran dan tuntutan Agama Islam yang menjadi agama Rasmi Persekutuan. Keputusan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti akan membiakkan permasalahan di dalam masyarakat.
Sekian,
“AMK MUAR PENCETUS REVOLUS

Ulasan
Catat Ulasan