Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno ?

Posted on Friday, October 29 @ 16:00:00 PDT


Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Nazli Ibrahim

PETALING JAYA: Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah
pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri.

Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan.

Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka.

Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi.

"Kami, para akademik memang telah lama mengharap dan kemukakan usul agar Sejarah dijadikan salah satu mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan negara ini.

"Tetapi nampaknya ia hanya boleh terlaksana apabila ada perwakilan Umno yang menyuarakannya dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," demikian luahan Profesor Khoo ketika dihubungi FMT hari ini.

"Ahli politik bukanlah orangnya yang patut membuat keputusan tentang Sejarah dan dasar-dasar dalam sistem pendidikan negara.

"Perkara ini harus diputuskan oleh ahli-ahli akademik yang telah membuat penyelidikan begitu lama tentang sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara.

Ahli sejarah tulen

"Dalam konteks melibatkan Sejarah, keputusan harus melibatkan ahli sejarah yang tulen, yang tidak boleh dipengaruhi oleh agenda mana-mana parti politik," kata beliau lagi.

Menurut beliau lagi, matlamat untuk memperkasakan mata pelajaran Sejarah hanya boleh terlaksana jika pihak-pihak terbabit jujur untuk melaksanakannya dengan mengambil kira beberapa syarat.

"Guru-guru yang mengajar subjek Sejarah haruslah diberikan latihan semula. Mesti guru yang benar-benar memahami Sejarah, Undang-undang dan Perlembagaan Negara. Mereka haruslah memahami bagaimana negara ini ditubuhkan.

Beliau turut memberikan syarat sukatan mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah perlu dikaji dan ditulis semula.

"Penulis buku teks Sejarah haruslah di kalangan ahli sejarah yang benar-benar membuat penyelidikan tentang sesuatu Sejarah.

Bukannya menulis dengan jalan mudah, sekadar mengutip fakta dimana-mana buku, internet dan sebagainya," kata beliau lagi.

"Tindakan ‘menghitamkan’ dan ‘memutihkan’ sesuatu bahagian Sejarah adalah tindakan yang dibuat oleh bukan ahli sejarah tulen".

Sebelum ini, ketika menggulung perbahasan oleh Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM.

Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI