Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban
Jika  diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan  tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada  Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka.
Jika  pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita  dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini,  Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu  daripada yang telah ditetapkan.
Ketika  seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10  Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu  kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner  diatas).



 
 
Ulasan
Catat Ulasan