PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS
      PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS
"Oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad
 Muqaddimah
Muqaddimah 
Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.
Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.
Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Dalam  konteks kedatangan Islam di negara kita, Islam sampai melalui  pengorbanan yang dilalui oleh mereka yang terdahulu mengharungi lautan  dan ombak badai yang memukul perjalanan mereka. Kerana Islamlah, mereka  sanggup bekorban apa sahaja. 
Realiti Perjuangan Dan Pengorbanan Dalam PAS 
·         Bukan senang berjuang dengan Pas sebagai sebuah jamaah Islam dan  menjadi  parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh  Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan.  Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap  dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat. 
·         Hendak memimpin ummat kearah penghayatan Islam yang syumul bukan hanya  dalam bentuk hadhari sahaja. Satu cabaran kepada kita kerana, kita  memimpin jamaah yang mengajak kepada perkara samiyyat bukan kepada  kebendaan semata-mata. Pihak musuh menawarkan perkara yang nampak di  depan rakyat. 
·         Terpaksa mengorbankan segala wang ringgit dan harta benda untuk  perjuangan supaya cita-cita suci tercapai. Kerana Pas tidak dibantu oleh  tauke arak dan judi, tetapi dibantu oelh tulang empat kerat ahlinya  yang komited dengan fikrah perjuangan. 
·         Sudah menjadi lumrah dalam perjungan Pas, terpaksa mengorbankan masa  untuk memikirkan Islam dapat dihayati dengan baik oleh masyarakat di  negara ini. 
·         Terpaksa mengorbankan kenaikan pangkat dalam profesion yang diceburi  walaupun kita mempunyai merit untuk naik. Tetapi dasar pilih kasih dan  tidak demokratik perkara ini perlu dilupakan sahaja. Terdapat juga  mereka yang hendak membina kerjaya terpaksa berundur dan melupakan  perjuangan walaupun pada asalnya begitu bersemangat. 
·         Kadang-kadang terputus tali persaudaraan kerana menyertai perjuangan  Pas. Mereka menganggap perjuangan Pas anasir perosak Negara kerana  terpengaruh dengan media di hadapan mereka. 
·         Realiti dalam Pas ramai pengikut tapi kurang orang yang hendak kedepan  memimpin kerana takut dengan berbagai ugutan. Akhirnya seorang ahli   terpaksa memikul tugas yang bertimbun-timbun. 
·         Realiti yang dihadapi oleh pejuang Pas masa yang begitu kurang dengan  anak-anak. Justeru itu anak-anak perlu diberi tarbiah inilah perjuangan  Pas supaya mereka memahami tugas ini adalah satu pengorbanan untuk  kesenangan mereka pada masa hadapan.
·         Oleh kerana Pas sebagai sebuah gerakan ummah maka keahliannya terbuka.  Ini satu pengorbanan yang besar kepada mereka yang memimpin Pas untuk  menguruskan ahli yang berbagai status untuk disesuaikan dengan piawai  standard minimum sahaja. 
·          Pengorbanan seorang ahli Pas ialah apabila ia menghilangkan sikap ego  ketika bersama dengan Pas kerana mera’i ahli Pas yang berbagai latar  belakang. Walau pun beliau bijak macam mana pun dia perlu menurunkan  darjat ananiah (keakuanku sahaja) daripada dirinya. Kerana yang ia  memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan  gerakan elit, sebaliknya memimpin sebuah jamaah yang ahlinya bekerja  secara sukarela bukan ada gaji. 
Bagaimana Untuk Menjadi Ahli Pas Yang Bekorban Untuk Islam. ·
Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
· Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
· Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
· Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
· Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
· Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
· Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
· Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
Kesimpulan
Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan Pas, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.
"Oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad
Banyak binatang ternakan akan  dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada  mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau  kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail  A.S. 
 Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”. Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah menggantikannya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik.
Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Walaupun Allah SWT ,memerintahkan nabi Ibahim menyembelihkan anaknya, maka lantas ia melakukan tanpa apa-apa keraguan untuk melaksanakannya. Justeru itu apabila kita mengingatkan peristiwa qurban bukan hanya berbangga dengan berberapa ekor binatang yang disembelih, tetapi lebih kepada pengahayatan semula terhadap konsep korban yang ditunjukkan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail A.S.
Jika  sekiranya Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya kerana ia adalah arahan  Allah SWT, maka kita sebagai pengikut agama tauhid seperti yang diajar  oleh Nabi Ibrahim AS maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati  falsafah korban dalam konteks perjuangan Pas untuk menegakkan Islam dan  keadilan sejagat.  Justeru itu dalam konteks perjuangan ia tidak boleh  memakai kaedah logik dan akal semata-mata, tetapi ia mesti berpandukan  kepada wahyu Allah SWT. Sembelih anak ini bukan perkara logik, tetapi  nabi Allah Ibrahim A.S melaksanakan kerana ini arahan Allah SWT. Justeru  itu renungan kita sebagai pejuang, di mana Allah SWT tidak  memerintahkan kita menyembelihkan anak, tetapi hanya untuk berkorban apa  sahaja untuk Islam dan demi kelangsungan perjuangan agama Allah SWT.
Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW, Bermaksud
“Orang yang paling dahsyat menerima ujian adalah para nabi, kemudian orang yang seumpamanya” Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar atau yang kecil kerana ini merupakan penghalang besar untuk menjadi pejuang.
· Memberikan perhatian mengenai sunnah perjuangan Islam (PAS) adalah payah. Bukan di hampari dengan permaidani merah.
· Bersedia untuk berhadapan dengan halangan
· Sentiasa mendampingi orang soleh dan berjiwa besar
· Sentiasa mengkaji dan merujuk buku-buku sirah
· Sentiasa mengingati mati dan siksa kubur
· Sentiasa mengingati syurga dan neraka ini adalah balasan terakhir manusia
·        Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa
 
·         Keinginan diri sendiri untuk mempertingkatkan kerja parti.·         Mesti merasakan kita boleh seperti orang lain boleh. · Merasa diri bersalah dengan Allah apabila melihat kemungkaran dan kezaliman bermaharajalela.
Konsep pengorbanan perlu dihayati oleh pejuangan Pas, walaupun bulan korban sudah hendak meninggalkan kita. Keberkesanan akan dapat dilihat dalam diri, keluarga, jamaah apabila kita benar-benar menghayati falsafah korban.
 
 
Ulasan
Catat Ulasan