Catatan

MAJLIS PEGUAM BATALKAN FORUM

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibu pejabat majlis tersebut. Iklan Malaysiakini dalam laporannya menjelaskan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan. "Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan. "Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi. "Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan. Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut. Mereka melaun...

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Imej
" Kota Konstantinopel kini bernama Istanbul. Kota yang kaya akan arsitektur dan seni Islam ini terletak di tepi selat yang terindah di dunia, yakni selat Bosporus (Turki). Istanbul mempunyai daya pikat bagi wisatawan, lokal dan mancanegara. Daya tarik itu apalagi kalau bukan bangunan-bangunan bersejarah, museum, baik bangunan peninggalan masa Byzantium maupun peradaban Islam. Di antara obyek wisata yang paling banyak dikunjungi itu antara lain adalah Aya Sophia (peninggalan Kerajaan Byzantium), Masjid Biru yang memiliki enam menara, dan Istana Topkapi yang dibangun pada tahun 1462. Dalam eksiklopedi disebutkan, Konstantinopel dibangun oleh Kaisar Constantine Agung sebagai ibukota Kekaisaran Romawi, di tempat bekas Kota Byzantium Lama (324-330). Karena dibangun oleh Constantine Agung itulah kota ini kemudian dinamakan Konstantinopel (Constantinople). Ketika kerajaan Romawi pecah menjadi dua, kota ini tetap menjadi ibukota Kerajaan Romawi Timur atau Kerajaan Byzantium. Pada tahun 14...

ISLAM DI HINA

Oleh Zulkifli Noordin 08 August 2008 Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala. Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu. Kebiadapan mereka khususnya Majlis Peguam makin ketara bila mereka berkeras mahu menganjurkan Seminar Masuk Islam dengan fokus kepada mempertikaikan Artikel 121A yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Azlina Jailani telah membuat ...

JKKKP Dilarang Guna Kemudahan Awam Di Kampung-Kampung Di Perak

Imej
IPOH, 7 Ogos : Kerajaan Perak melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada mengguna kemudahan awam di kampung-kampung dan menjadikannya sebagai milik mutlak mereka.Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri Perak tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang didakwanya hanya memecah-belahkan perpaduan masyarakat kampung. Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak lain termasuk parti politik menggunakan kemudahan yang ada, katanya ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 817 ketua kampung seluruh Perak di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri sedang mengkaji kemungkinan menaikkan elaun ketua kampung daripada RM200 kepada RM400 serta mewujudkan elaun Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebanyak RM200 untuk dilaksanakan pada tahun depan.Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau menafikan kononnya kakitangan perkhidmatan aw...

Raja Muda Perak terima mengadap delegasi Pemuda PAS

Imej
KUALA LUMPUR , 7 oGOS :- Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP) yang diketuai oleh ketuanya, YB. Sdr. Salahuddin Ayob telah diterima mengadap oleh YM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di sini hari ini. RAJA Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bergambar dengan delegasi Dewan Pemuda Pas Pusat yang diketuai Ketuanya, Salauddin Ayub (lima, kiri) di Istana Perak di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya t...

10 penyelewengan besar dalam kes Anwar

Oleh sukterengganu " "Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan." 10 PENYELEWENGAN BESAR PENDAKWAAN DALAM KES ANWAR Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar. . 1. Laporan Pengadu enggan diserahkan Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang ditud...

DENGAR DAN TAAT ARAHAN PIMPINAN

Dengar serta taat kepada arahan pimpinan yang dilantik dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti / jamaah adalah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh setiap individu selama mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan syariat. Sabda Rasulullah saw : اِسْمَعُوْا وَ أطِيْعُوْا وَ إِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِي َ كأنَّ رَأسهُ زَبِيْبَة [1] (البخاري ) “ Dengar dan taatlah olehmu sekalipun yang bertanggungjawab mengarah kamu hanyalah seorang hamba Habasyi sementara rambutnya pula berkerinting. ” عَلَى اْلمَرْءِ اْلمُسْلِمِ السَّمْعُ وَ الطَّاعَةُ فِيْمَا أَحَبَّ وَ كَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَ لاَ طَاعَةَ . ( رواه مسلم ) [2] “ wajib dengar dan taat bagi setiap individu muslim dalam perkara yang ia suka mahupun tidak ( benci ) selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat , apabila ia diperintah melakukan maksiat maka tiada dengar dan tiada taat .” Dengar dan taat kepada arahan pimpinan bukanlah satu perhamba...

PEMIMPIN SEWAJARNYA SEDIA DI TEGUR

Antara keunikan Syariat Islam , bukan sahaja ahli diwajibkan taat kepada pimpinan , malah pimpinan mestilah telus dan sedia ditegur atau dikritik . Sekalipun teguran atau kritikan tersebut amat pahit untuk ditelan , namun akhlak seorang pemimpin dan kepentingannya untuk parti / jamaah mengatasi segala – galanya. Pemimpin yang sukar ditegur atau dikritik dan menampilkan imej elit dalam gaya kepimpinannya , akan melebarkan jurang antara pemimpin dengan ahli dan fenomena ini tidak selayaknya berlaku dalam sebuah organisasi yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islamiyyah. Pada dasarnya , sikap kepimpinan yang sedemikian (sukar ditegur dan berketerampilan elit) tidak hanya melebarkan jurang antara kepimpinan dengan ahlinya , malah mengundang konflik dan krisis dalaman . Paling minima , ahli akan bersikap dingin dan tiada kerjasama yang baik terhadap pimpinan sedemikian . Keadaan ini tentunya melemahkan jentera parti / jamaah dan ia melambatkan proses mencapai kemenangan . Mendengar dan ...

PERANAN ULAMA, PILIHANRAYA DAN ISU SEMASA

Imej
Peranan ulama, pilihan raya dan isu semasa Dr Haji Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif Tue Aug 05, 08 11:55:38 pm MYT Makalah ringkas ini bertujuan untuk melihat bagaimana ulamak sebagai entiti terpenting dalam gerakan Islam seperti PAS menangani dan berdepan dengan isu-isu semasa yang mewarnai pilihan raya umum melalui satu manhaj atau pendekatan yang praktikal. Ulama sebagai pewaris anbia' telah, masih dan akan terus memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesucian ajaran Islam dan kesejahteraan masyarakat secara umumnya Sebagai kelompok terpenting masyarakat, ulama seharusnya mempunyai kefahaman dan kekuatan yang tersendiri dalam mengemukakan garis panduan dan sekaligus mentakrif rupa bentuk politik negara. Bagi mencapai tujuan ini ulamak mesti melibatkan diri secara aktif dalam pilihan raya di samping mempunyai pendekatan yang praktikal bagi menangani isu-isu pilihan raya. Menangani isu secara berkesan adalah merupakan salah satu resepi terpenting bagi memenangi pilihan raya di...

MB PERAK MEMANDU KERETA JAM 3.00 PAGI

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Demi bonda mertua dan isteri tercinta, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup memandu kereta jam 3.00 pagi menuju ke Hospital Tapah setelah mendapat panggilan kecemasan mengenai tahap kesihatan bonda mertuanya yang agak kritikal. Iklan Biarpun baru tiba ke kediaman rasmi beliau di Ipoh jam 12.30 tengah malam daripada Kuala Lumpur atas tugas dan urusan rasmi, tanpa sebarang keluhan tiga jam kemudian Nizar memandu kenderaan membawa keluarga menziarahi ibu mertuanya. Perkara itu diluahkan sendiri isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat dalam blognya; datinserifatimah.blogspot.com baru-baru ini tentang insiden yang berlaku pada 2 Ogos lalu. Terkejut dengan panggilan kecemasan itu Fatimah dan Nizar bergegas pulang ke Tapah malah terpaksa meninggalkan anak-anak yang sedang nyenyak lena di rumah. "Setengah jam suami memandu kami selamat tiba di wad perempuan Hospital Tapah. Saudara mara terdekat sudah memenuhi ruang wad pada k...

PRESTASI KERAJAAN PERAK MEMBANGGAKAN - NORAZLI MUSA

Imej
KAMUNTING 1 oGOS : Prestasi Kerajaan Perak sungguh membanggakan dan telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam tempoh 5 bulan pemerintahan negeri. "Dalam tempoh 50 tahun apa yang BN tak buat, kita buat" ujar: Norazli Musa Setiausaha Kepada YB Hj Zainuddin Exco Kerajaan Negeri Perak.Antara perubahan itu ialah pemilihan Ketua Kampung,melalui pemilihan rakyat di kampung-kampung. Ketua-ketua kampung akan diberi taklimat dan kursus berkaitan dasar atau polisi kerajaan negeri. Kerajaan Perak juga bercadang menaikkan elaun ketu-ketua kampung dari RM 200 kepada RM 400 Sementara itu bagi ahli Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) satu pertiga daripada kalangan NGO dan profesional. "Dua pertiga sahaja dari kalangan parti Pakatan Rakyat .Untuk meningkatkan hasil negeri ,tender terbuka untuk balak hutan simpan akan dibuat.Menurutnya untuk 7000 hakter satu tahun negeri hanya menerima hasil RM30 juta,jikalau tender terbuka mungkin boleh bertambah sehingga 300 juta ringgit.Berkat doa dan ke...

PENGHORMATAN TUGU NEGARA : MUFTI PERLIS GESA PM BERTAUBAT

Imej
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan." Mana dia Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia? Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan. Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam. Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu...

KERAJAAN NEGERI AKAN MENYEMARAKKAN SELURUH SEKOLAH AGAMA DI PERAK

Imej
IPOH, 24 JULAI – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa seluruh sekolah agama di perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan tempat menimba ilmu terbabit akan terus terpelihara. “Saya selaku menteri besar bertanggungjawab menyaksikan dan melaksanakan amanah ini dan sudah pasti suatu hari nanti kita ingin melihat Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah bertukar kepada kolej atau universiti,” katanya ketika berucap di majlis lawatan kerja ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. Sebelum itu beliau diberi taklimat oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Chu Bakhir Mohd Nordin. Beliau turut menjawab soalan pada sesi dialog bersama tenaga pengajar sekolah antaranya membincangkan pendekatan terbaru untuk menyemarakkan seluruh sekolah agama di Perak.

HARAKAHDAILY DI BACA 12.2 JUTA HALAMAN, WARGA IPOH PENGUNJUNG TERTINGGI, TAHNIAH PERAK !

Imej
HARAKAHDAILY akan berubah wajah menjelang Muktamar PAS Ke-54 ini. Tentulah jauh lebih menarik dan kreatif, berbanding sekarang. Ini semua langkah meningkat dan memajukan akhbar talian internet itu untuk seluruh pengunjung.Warga Ipoh nampaknya antara peminat tegar Harakahdaily.Net. Kunjungan pelawat yang besar tercatat sebagai pengunjung utama di Malaysia berbanding warga Kuala Lumpur, Shah Alam mahupun Kota Bharu.Minat ketara ini menunjukkan rakyat Perak lebih peka dan sarat dengan perasaan ingin tahu tentang perkembangan politik tanahair. Selepas Ipoh, Harakahdaily mencatatakan Kuala Lumpur sebagai pengunjung teramai dan diikuti dengan Kajang (bukan Shah Alam) dan Kota Kinabalu.Maklumat ini ditegaskan oleh rakan saya, Amir Ramadhan, seorang konsultan bebas IT yang memantau operasi Harakahdaily pada Seminar Harakah 2X Seminggu semalam. Paling mengkagumkan, ia ditatap dan dilayari oleh penduduk daripada 129 negara di seluruh dunia termasuk menerima kunjungan pelawat kira-kira 150,000 se...

BUANG MELAYU TEGAKKAN ISLAM

Imej
Jika anda menjenguk ke laman ini, http://nikabduh.wordpress.com/ , anda akan memperolehi sedikit sebanyak intipati yang berguna bagi merungkaikan simpulan yang wujud di benak dan kepala anda. Hasil nukilan anakanda Mursyidul Am PAS ini, Sdr. Nik Abduh bukan sebarangan nukilan. Gabungan antara nas dan bernas pemikiran menjurus kepada satu pemahaman yang mendalam. Sekaligus menyuntik ketajaman pemikiran dan keteguhan iltizam untuk membuat penilaian ke atas isu-isu berbangkit yang selama ini mengkucar-kacirkan koloni Islam sejagat. Umum mengikuti perkembangan isu muzakarah, muqabalah, bubar parti antara PAS dan UMNO sehingga membawa kepada kedangkalan kenyataan Karpal Singh, hingga mencetuskan kesinambungan imej buruk DAP. Lantas peluang ini dimanfaatkan oleh media perdana dengan hebahan menyeluruh tentang keretakan hubungan komponen Pakatan Rakyat. Mujur PKR berdiam diri dan hanya fokus tentang Anwar Ibrahim. Paling menggelikan hati bila UMNO tanpa disedari telah membuka pekung di dada ...

FATWA DR YUSUF QARDAWI TENTANG TUDUHAN ZINA /LIWAT

Imej
(imbasan kembali)Menuduh orang-orang dengan tohmahan-tohmahan, terutama tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.Sebabnya, tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya… Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebarnya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh itu, al-Quran mengecam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)Allah s.w.t. juga berfirman: “Sesunggu...