KERAJAAN NEGERI AKAN MENYEMARAKKAN SELURUH SEKOLAH AGAMA DI PERAK





IPOH, 24 JULAI – Menteri Besar Perak, Dato’ Seri ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan bahawa seluruh sekolah agama di perak akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri bagi memastikan tempat menimba ilmu terbabit akan terus terpelihara.
“Saya selaku menteri besar bertanggungjawab menyaksikan dan melaksanakan amanah ini dan sudah pasti suatu hari nanti kita ingin melihat Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah bertukar kepada kolej atau universiti,” katanya ketika berucap di majlis lawatan kerja ke Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh.

Sebelum itu beliau diberi taklimat oleh pengetua sekolah, Tuan Haji Chu Bakhir Mohd Nordin. Beliau turut menjawab soalan pada sesi dialog bersama tenaga pengajar sekolah antaranya membincangkan pendekatan terbaru untuk menyemarakkan seluruh sekolah agama di Perak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI