Catatan

NUZUL QURAN MERUBAH SIKAP MUSLIM

Imej
Muslim dan al-Quran Sesungguhnya dengan turunnya al-Quran pada bulan Ramadan sejak lebih 1,400 tahun lalu, telah menyelamatkan manusia daripada melakukan tabiat serta tingkah laku yang tidak selari dengan fitrah mereka sendiri. Ia menjadi inspirasi ke arah kebaikan kerana di dalamnya penuh dengan ayat-ayat yang mampu merubah sikap manusia kepada sesuatu yang positif dalam hidup mereka. Sayidina Omar bin al-Khattab yang dulunya dikenali sebagai seorang yang bengis dan amat membenci Rasulullah s.a.w. telah menemui jalan terbaik dalam hidupnya apabila dipertemukan dengan al-Quran yang akhirnya memeluk Islam. Yang menariknya, Omar telah memeluk Islam hanya kerana membaca dan menatap beberapa potong ayat Quran daripada surah Taha dan setelah mengucap dua kalimah syahadah. Omar menjadi seorang Muslim yang amat komited dan yakin dengan Islam. Omar, setelah mengucap, terus mengisytiharkan keislamannya kepada seteru tradisi Rasulullah termasuk Abu Jahal. Begitulah jauhnya perbezaan Omar dengan ...

PERANG BADAR INSPIRASI UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN

Imej
Tazkirah Ramadan | Setelah penghijrahan baginda Nabi s.a.w ke Madinah, permusuhan kaum kafir Quraish terhadap umat Islam masih belum reda. Penyiksaan dan gangguan mereka kepada kaum muslimin yang masih berada di Mekah dan tidak dapat keluar dari kota itu semakin menjadi-jadi. Pada sudut yang lain pula harta benda yang ditinggalkan oleh mereka yang telah berhijrah ke Madinah dirampas oleh Quraish. Hal inilah yang menjadi dasar bagi baginda Rasulullah s.a.w untuk menyekat kafilah dagang Quraish yang melintas dekat Madinah dalam perjalanan perniagaan menuju Syam atau dari Syam menuju Mekah. Tahun kedua hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 313 sahabatnya bergerak menuju Badar untuk menyekat kafilah Quraish yang membawa harta berlimpah hasil dari perniagaan di Syam. Setelah mendengar berita itu, Abu Sufyan, yang memimpin kafilah ini, mengirimkan utusannya ke Mekah untuk meminta bantuan tentara Quraish dalam menghadapi ancaman ini. Bagi Quraish...

ZAID SANGGUP LETAK JAWATAN

Imej
Beh Lih Yi Sep 14, 08 3:30pm Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam."Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan. "Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah."Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau. "Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawat...

SATU LAGI UJIAN - AGENDADAILY

Imej
Satu lagi ujian…September 15, 2008 : 07.06 AM---> Di ukur dari reaksi setakat ini nampaknya UMNO akan melalui ujian besar pada keutuhannya dalam menghadapi isu peralihan kuasa dari Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini berikutan adanya pandangan pro dan kontra keatas perlu atau tidak keputusan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO dan kabinet hendak dilaksanakan pada tahun 2010 dibawa ke bawah yakni mesyuarat UMNO Bahagian selama sebulan yang akan berlangsung mulai 9 Oktober ini. Para pemerhati politik menduga mahu tak mahu besar kemungkinan keputusan UMNO Bahagian itu akan diterjemahkan dalam bentuk pencalonan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Walaupun ada suara-suara kalangan pimpinan UMNO yang tidak mahu ia diubah tetapi semakin ramai yang bersetuju dengan pandangan Najib ia perlu diserahkan kepada bahagian-bahagian UMNO setelah hal dibangkitkan oleh Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ahad Ketua...

MUSLIM TAQWA YANG DIBIMBING RASULULLAH

Imej
Kaum Muslimin yang dibimbing secara langsung oleh Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kecemerlangan dalam apa juga bidang yang mereka ceburi dan apa juga suasana yang mereka berada di dalamnya. Mereka mampu bertahan ketika menghadapi ujian bala bencana, menanggung penghinaan, ejekan, penentangan dan penyiksaan sehingga mereka terpaksa mengharungi lautan ke Habsyah dan meredah padang pasir ke Yasrib demi menyelamatkan agama mereka. Di hadapan Raja Habsyah, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua Muhajirin di Habsyah, telah memberi penerangan lengkap dan jelas mengenai Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, mematahkan hujah wakil pihak Quraisy yang menuntut agar kaum Muslimin dihantar pulang ke Makkah. Jelas sekali para sahabat Rasulullah s.a.w bukan sahaja memiliki ketahanan jiwa menanggung kesusahan malah mereka juga memiliki kecerdasan akal fikiran. Mereka adalah duta-duta Rasulullah s.a.w, menterjemahkan sifat-sifat baginda s.a.w iaitu benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Mereka boleh b...

TAQWA MENJANA KEMENANGAN

Seorang pejuang yang bebas dari sebarang jangkitan virus suma'h , ujub , riak , ananiah , takabbur malah 1001 mazmumah , pasti sahaja sirna raut kegembiraan pada wajahnya menjelang tiba Ramadhan al Mubarak . Manakan tidak ...... Ramadhan laksana " al Hira' " tempat bersuluk hati yang mencari redho Ilahi dalam setiap sentuhan dan bisikannya. Ramadhan jua menepati sebuah " halaqah " tempat muhasabah prestasi iman dan kualiti amal . Ketabahan dan kecekalan jiwa seorang pejuang turut ditempa dan dicerna melalui proses pendisiplinan diri di " mukhayyam " Ramadhan . Bahkan Ramadhan lebih berfungsi untuk melahirkan pejuang yang memiliki asas kekuatan malah senjata sakti untuk menempah tempoh kemenangan dengan membelah segala halangan . Kekuatan asas dan kesaktian senjata yang saya maksudkan ialah at Taqwa yang menjadi objektif utama orientasi Ramadhan. Firman Allah swt : يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من ق...

PAS UNTUNG DR MAHATHIR MASUK SEMULA UMNO - NIK AZIZ

Imej
KOTA BAHARU, 11 Sept : Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno akan memberi kelebihan kepada Pas dan Pakatan Rakyat kerana "Umno akan bergolak". "Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lepas bahawa bekas perdana menteri itu telah menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang. "Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham. "Tinggal di luar dan serang Umno itu saya tidak nampak logik. Bila masuk di dalam serang dari dalam, itu betul. Ertiny...

Pilihanraya Awal Jika Pakatan Ambil Alih Kuasa

Imej
Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika.Naib PresidenPKR, R Sivarasa memberitahu Malaysiakini bahawa pilihanraya baru akan diadakan dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas Pakatan menguasai Parlimen."Kita mahu memastikan pilihanraya yang adil dan bebas. Untuk melakukannya kita perlu memberi kebebasan kepada media, membersihkan senarai pemilih dan memperbetulkan Suruhanjaya Pilihanraya," kata Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang."Ini boleh mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," tambahnya.Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS, mempunyai 81 daripada 222 kerusi Parlimen. Walaupun Barisan Nasional kini mempunyai kerusi majoriti, tetapi Pakatan yakin dapat mengubah keadaan itu.Pakatan memerlukan 31 lagi ahli Parlimen menyertainya untuk mendapatkan majoriti mudah sebanyak 112 - sesuatu yang dilih...

Nizar bakal terajui Persatuan Bolasepak Perak (PFA)

Imej
IPOH, 10 Sept : Menteri Besar Perak Darul Ridzuan akhirnya menyahut cabaran untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) yang dilanda masalah kewangan, selepas enam bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini, mulai pertengahan Oktober ini. Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin secara terbuka mengatakan kesediaannya itu pada media hari ini (10 Ogos) selepas membuat kajian teliti daripada segenap aspek dan atas semangat kesukanan untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu menguruskannya dengan lebih cemerlang. Beliau berkata, selama ini beliau bukan berdiam diri tetapi sebaliknya telah beberapa kali menonton perlawanan pasukan Perak di Stadium Indera Mulia untuk mendapatkan gambaran dan memahami apa kah peranan yang dapat dilaksanakannya. “Kerajaan negeri telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM300,000 untuk menyelesaikan masalah gaji para pemain dan jurulatih pada bulan lepas, dan menjelang hari raya aidilfitri ini akan menyalurkan sebanyak RM250,000 lagi untuk m...

MB PERAK UMUM BONUS

Imej
Hari ini seluruh warga pegawai kakitangan awam negeri Perak menyambut gembira pengumuman bonus sebulan gaji dengan kadar minima RM 1200 yang diumumkan oleh YAB MB Perak Dato' Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap dalam majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan. Pembayaran bonus tersebut akan diterima penuh sebelum hariraya ini. Pengumuman ini membuktikan kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya terhadap kesan kos hidup yang semakin tinggi.

SAR DI PERAK MENERIMA BANTUAN MASING-MASING DARI KERAJAAN NEGERI - MISBAH

Imej
Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini tuntutan perjuangan mereka menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka. Suatu ketika beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini. Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, kalaupun dbayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi. Saya sendiri pernah berkhidmat di SAR sejak tahun 2000 hingga 2004, dan turut merasai penderitaan ini, bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan, dibayar setelah SAR dapat duit dari m...

KEMENTERIAN GAGAL, APABILA 9.56 JUTA PERALATAN PPSMI HILANG

Imej
Nyza Ayob Wed Sep 10, 08 7:24:01 am MYT KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) - Laporan Audit Negara 2007 yang menunjukkan berlaku kehilangan sebanyak 9.56 juta kehilangan peralatan program pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PSMBI) cukup memeranjatkan dan memalukan bagi pelajar-pelajar yang diperkenalkan dengan sistem pengajaran tersebut. Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusuf menegaskan melalui laporan tersebut, Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga mendapati terdapat kecurigaan dalam jual beli peralatan tersebut dan tidak menolak kemungkinan berlaku satu penyelewengan. Katanya, kehilangan peralatan bagi program pengajaran PSMBI itu juga menunjukkan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran tersebut. "Sekarang ini masalah semakin teruk dengan laporan audit ini. Sudahlah kegagalan pengajaran tersebut, ditambah pula dengan kehilangan peralatan pembelajaran tersebut. Apa sudah jadi di Malaysia ini? Ini cukup memalukan. "Sebab itu PAS men...