Catatan

SEGERAKAN WARTA FATWA HARAM ROKOK -TERAS

Harakahdaily Thu | Dec 04, 08 | 9:23:29 am MYT KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) -Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok. "Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes p...

PINJAMAN TANPA FAEDAH UNTUK PELAJAR ANAK PERAK

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin. Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah. Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut. Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan y...

CALON KUALA TERENGGANU , NIK AZIZ MAHU MOHAMAD SABU

Salmah Mat Husain Wed Dec 03, 08 3:40:43 pm MYT KOTA BHARU, 3 Dis (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, secara peribadi masih berhasrat untuk mengekalkan Mohamad Sabu sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Katanya, memandangkan Mohamad telah bertanding dalam pilihan raya umum baru-baru ini, tidak ada sebab untuk beliau dicalonkan sekali lagi, dalam pilihan raya kecil yang akan datang. "Kalau boleh saya nak begitu, (kekal calon) sebab di Parlimen ni kena ada orang sepeti Mat Sabu (Mohamad) kerana lidah dia lantang, isu yang ditonjolkannya juga bukan dibuat-buat, tetapi realiti. "Saya sudah lama menjadi penceramah dan sekarang pun saya masih berceramah, tetapi lidah saya tidak sehebat Mat Sabu,"ujarnya. Tambahnya, itu berlaku kerana setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing, "Saya ada cara saya, tetapi kalau di Parlimen ni baik Mat Sabu,"ujarnya. Beliau berkata demikia...

PAS TANDING DI KUALA TERENGGANU

Imej
Mohd Khalil Abdullah Tue Dec 02, 08 4:14:01 pm MYT KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) -Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Md Isa hari ini mengesahkan parti itu akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan tidak lama lagi. Menurut Nasharuddin, pemilihan calon akan melalui proses biasa iaitu berdasarkan cadangan daripada peringkat cawangan, diperhalusi di peringkat bahagian sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat. "Majlis mesyuarat Syura Jawatankuasa Pusat dijangka akan membuat keputusan akhir berhubung calon yang akan bertanding pada mesyuarat, 21 Disember ini,"katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Dato' Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada Jumaat lepas. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Razali mengalahkan calon PAS, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi. Moha...

ISA : KOMPONEN BN BERSUARA , TETAPI TIDAK BERANI

Mohd Khalil Abdullah Tue Dec 02, 08 9:12:01 am MYT KUALA LUMPUR, 2 Dis (Hrkh) -Parti-parti komponen Barisan Nasional hanya berani untuk bersuara tetapi tidak akan berani untuk melaksanakan apa yang disuarakan. Demikian kesimpulan yang dirungkaikan oleh Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily apabila mengulas mengenai desakan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP),Dato' M Kayveas untuk keluar daripada BN jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dipinda sebelum pilihan raya umum akan datang. Menurut Tian,kata tegas Kayveas itu tidak akan membawa sebarang makna jika berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum. "Namun pengumuman ini langsung tidak membawa apa-apa makna, sekiranya berlaku lagi penahanan ISA sebelum pilihan raya umum. PPP akan kelihatan menghalalkan penahanan ISA dalam tempoh masa tersebut jika tidak keluar dari BN sekarang. "Ini adalah sikap parti komponen dalam BN yang sentiasa menyuarakan bahawa mereka...

YAHUDI MAHU ORANG ISLAM JADI KAFIR

Harakahdaily Mon Dec 01, 08 11:09:48 am MYT MEMANGLAH orang Yahudi berusaha supaya orang Islam menjadi kafir. Antaranya cara hidup mereka yang kita terima dengan terang dan jelas sekali iaitu teori-teori politik, ekonomi, pendidikan yang dilaksanakan pada hari ini atau yang dipanggil sosialisme, kapitalisme, pragmatisme, demokrasi dan seumpamanya, Jika dikaji teori-teori ini adalah dilahirkan oleh orang Yahudi atau Nasrani Merekalah yang mencipta teori-teori dan falsafah ini, di mana kebanyakan orang Islam percaya kepada teori ini sehingga sanggup menolak Islam sekali gus tidak menyedari diri telah menjadi kafir. Inilah apa yang dikehendaki oleh orang kafir yang Allah Taala sebut di dalam ayat yang kita mesti menyedarinya. Apa yang berlaku itu adalah kerana hasad dengki mereka selepas ternyata bagi mereka kebenaran. Mereka sudah mengetahui bahawa Islam itu agama yang benar. Memang ramai kita mendengar orang yang tidak percaya kepada Islam dengan mengaku bahawa Islam itulah yang betul...

DAPAT 'A' TETAPI TIDAK TAHU SAINS

Imej
Dilulus terbit pada Sunday, November 30 @ 05:20:53 MYT oleh TokBatin Oleh alifx59 "Dari blog UniPTS: Saya adalah guru yang mengajar sains. Dilema PPSMI ini memang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Memang ramai juga yang mahu ia dikekalkan dalam bahasa inggeris. Namun, saya lebih nampak ia membawa banyak keburukan dari kebaikkan. Saya sangat yakin, kita masih boleh berjaya dengan bahasa kita sendiri. Malah kita tetap boleh lebih berjaya jika kita tidak menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sekalipun dalam segala aspek di Malaysia. Lihat contoh di Jepun, Jerman, Rusia dan pelbagai lagi negera maju lain yang tidak langsung mengutamakan bahasa Inggeris. Mereka cukup bangga dengan bahasa mereka. Kenapa tidak kita? Kita tidak sepatutnya menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang utama. Sebaiknya, kita perlu pergiatkan lagi usaha-usaha penterjemahan segala ilmu kepada bahasa kita sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun. Saya pernah terbaca bagaimana J...

MB PERAK BERADA DI PULAU PANGKOR

Imej
LUMUT, 29 Nov :-Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dapat menjejak kaki ke Pulau ini setelah 9 bulan diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam kuliah Maghrib di Masjid Teluk Raja Bayang di Pulau pangkor di sini malam ini.Dalam lawatan ke Pulau Pangkor ini YAB Menteri Besar telah diaturkan beberapa program utama iaitu pada jam 5.30 petang tadi telah diadakan Program Hi Tea di Warung pak Usop di Sungai Pinang Besar yang di hadir oleh hampir 300 orang Melayu, Cina dan India.Pada sebelah malam pula YAB Menteri Besar memenuhi jemputan AJK Masjid Pangkor untuk memberi kuliah Maghrib yang dihadiri oleh 100 orang penduduk setempat. "Apalah salahnya kita sama-sama mengajak orang yang kita pimpin, di rumah, di pejabat dan saya sebagai Menteri Besar yang diamanahkan untuk meningkatkan perlaksanaan solat" tegasnya.Ir. Nizar juga menyatakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukan di d...

DENGAN HARAPAN RAKYAT, KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT AKAN DIREALISASIKAN - WAN AZIZAH

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Sat Nov 29, 08 11:42:20 am MYT SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya. Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan. Ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia. Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan. Beliau menyebut, penggu...

'PERANG BESAR' RAFIDAH - SHAHRIZAT SEMAKIN MEMBURUK - HRKH

Imej
Safar Jumaat Fri Nov 28, 08 3:00:31 pm MYT 'ORANG lihat Rafidah (Tan Sri) kerana dia lama. Orang lihat Rafidah kerana dia garang. Orang lihat Rafidah kerana dia bercakap lantang tetapi orang tidak tahu siapa Shahrizat (Dato' Seri)', kata-kata ini sedang berpindah dari mulut ke telinga dan dari mulut ke mulut Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, 'peperangan besar' sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini. Orang kuat Rafidah memberitahu, sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu. Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali...

DEBAT PAS VS UMNO DI PARIT BUNTAR

Imej
PARIT BUNTAR, 27 Nov. : Pejabat Agama Islam Daerah Parit Buntar akan menganjurkan satu Debat Perdana bertajuk Melayu : Ke Mana Hala Tuju pada 6 Disember 2008 bertempat di Dewan Persatuan Amal Chin Boon Kok bermula jam 9.00 malam.Debat yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Nizar Jamaluddin ini bakal menemukan Ahli Parlimen Parit Buntar dari PAS Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Ahli Parlimen Pasir Salak dari Umno Dato' Tajuddin bin Abdul Rahman serta Naib Presiden Teras En. Hafiz bin Haji Mustafa Lubis sebagai ahli panel. Menurut Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar Ust. Manolito bin Mohd Dahalan, ketiga ahli panel telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Debat Perdana ini. Menurut Ust. Manolito lagi, moderator bagi debat ini ialah pegawai dari Jabatan Islam Negeri Perak. Memandangkan debat ini menampilkan dua tokoh parti politik PAS dan Umno bagi membincangkan masalah umat Melayu. Orang ramai dinasihatkan datang awal kerana tempat yang disediakan dalam dew...

Idul Adha menjana pengorbanan sebenar

Setiap hari raya Idul Adha, kita selalu diingatkan kisah tentang ketaatan Nabi Ibrahim as dan putranya, Nabi Ismail as, dalam menjalankan perintah Allah Swt. Ketika Nabi Ibrahim as diperintahkan untuk menyembelih putranya, keduanya segera bergegas melaksanakan perintah Allah. Tidak menampakkan sama sekali keraguan, apalagi keengganan atau penolakan. Keduanya dengan ikhlas menunaikan perintah Allah Swt, sekalipun terpaksa mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya. Ibrahim rela kehilangan putranya, dan Ismail tak keberatan kehilangan nyawanya. Peristiwa agung ini pun diabadikan dalam al-Quran agar menjadi teladan bagi manusia di sepanjang masa. Allah Swt berfirman: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku...

SIKAP ANTI KERAJAAN RTM PERAK DIKESALI

Ekmal Yusof Tue | Nov 25, 08 | 3:17:39 pm MYT IPOH, 25 Nov (Hrkh) - Rakyat negeri ini terkilan dan kesal dengan sikap RTM Perak menuduh Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiada integeriti kerana melantik Exco Jamaluddin Mohd Radzi yang dikatakan "rasuah" oleh kerajaan Umno-BN sebagai Pengurus Pasukan Bola Sepak Perak kelmarin Menurut siaran warta berita RTM Perak jam 5.00 petang semalam, kalau Jamaluddin dituduh rasuah mengapa Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) melantiknya sebagai Ketua Pasukan tersebut. Seorang peminat bola sepak Perak, Razali Darus memberitahu Harakahdaily, nampaknya yang tiada integeriti adalah pihak RTM Perak itu sendiri kerana telah jelas dan nyata yang melantik Jamaluddin itu bukan Menteri Besar Perak tetapi Mesyuarat Jawatankuasa PAFA. Pihak RTM Perak juga seperti sudah buta huruf dan buta hati tidak tahu apa yang sedang berla...

DR HASSAN " PANAS " , GUGUR 2 PEMIMPIN

Imej
Jimadie Shah Othman | Nov 24, 08 4:49pm kemaskini 7:25pm Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas. Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib. Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama. Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini , pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya se...

ISA : GMI CABAR PEWARIS , DR MAAMOR

ISA: GMI cabar Pewaris, Dr. Maamor Intan Abdullah Foto Wan Zahari Wan Salleh Mon Nov 24, 08 2:28:57 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Nov (Hrkh) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mencabar Majlis Permuafakatan Ummah atau Pewaris untuk bersemuka bagi membincangkan isu-isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, GMI terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya, Dato' Dr Maamor Osman yang tidak mendapat maklumat tepat mengenai Akta drakonian itu. "Mungkin maklumat tersebut tidak tepat, hanya mendapat info daripada sebelah pihak sahaja. Sepatutnya mereka kena pergi bertemu sendiri dengan tahanan ISA dan keluarga mereka," katanya. Tambahnya, Pewaris perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu kes sebelum mengenakan tindakan ISA bagi menjamin keadilan dan hak semua bangsa terpelihara. "Saya juga sedih dengan penglibatan Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dalam Pewaris yang memperjuangkan isu yang menindas masyarakat...

PAS PERAK KELUARKAN VCD PENERANGAN

Imej
Jabatan Penerangan PAS Perak telah mengeluarkan video penerangan bagi menyalurkan maklumat yang sebenar sebagai langkah menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pepuak Umno yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Penyebaran video tersebut secara percuma adalah bagi tujuan memperkukuh sokongan dan keyakinan diakar umbi dan diharap mereka pula akan dapat menyalurkan maklumat yang benar dan tepat ini kepada masyarakat bahawa pimpinan PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini menepati kehendak rakyat yang mahukan perubahan kearah kesejahteraan rakyat. Dapatkan video penerangan tersebut secara percuma dengan menghubungi pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak melalui telepon : Khalilul Rahman - 0195713771

NIK AZIZ ENGGAN CAMPUR TANGAN ISU LADANG BABI DI KEDAH

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan beliau tidak mahu campur tangan berhubung cadangan negeri Kedah untuk mewujudkan ladang babi moden di Bukit Selambau, di negeri itu. Ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata cadangan berkenaan merupakan urusan kerajaan negeri Kedah dan berharap ia dapat diuruskan dengan sewajarnya. "Cadangan untuk buka ladang babi tu merupakan urusan negerinya (Kedah), kita tak masuk campur, pandai-pandailah urus,' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perwakilan Tahunan Negara ke-83 Persatuan Bekas Tentera Malaysia di sini, hari ini. Beliau berkata tumpuannya kini hanya untuk menjaga Kelantan dengan tidak membenarkan babi dipelihara secara komersial, sebaliknya hanya diternak secara keci-lkecilan sebagai bekalan makanan penduduk bukan Islam. "Di Kelantan saya sekat awal-awal lagi supaya tiada babi diternak secara komersial, sebaliknya kita hany...

DUTA NEGARA ASING, PELABUR KAGUM DENGAN KERAJAAN NEGERI

negara asing, pelabur kagum dengan Kerajaan Negeri Johari Jaafar Fri Nov 21, 08 1:51:26 pm MYT IPOH, 21 Nov (Hrkh) - Perkembangan yang berlaku dalam seminggu ini seakan memberikan perkembangan terbaru dalam suasana politik dan ekonomi negeri apabila dalam tempuh tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sering dikunjungi duta asing dan pelabur dari luar negeri Mereka menyatakan kekaguman terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak, walaupun mereka tidak mendapat gambaran sebenar kerajaan Pakatan Rakyat melalui media arus perdana. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politi Menteri Besar Perak, MIsbahul Munir Masduki ketika ditemui wartawan Harakahdaily di pejabatnya semalam. Menurut beliau, apabila mereka membuat kunjungan ke negeri ini, mereka dapat saksikan sendiri bahawa apa yang berlaku di Perak menggambarkan yang sebaliknya daripada apa yang digambarkan oleh media. "Mereka juga melihat Perak sangat berpotensi dalam bidang industri, pertanian, perlomb...

SENAMAN YOGA HARAM : MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Imej
PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam daripada melakukan senaman yoga secara sistematik kerana boleh memesongkan akidah.Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga yang sistematik mengandungi tiga perkara iaitu amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam menjauhi dan menghentikan amalan itu kerana tujuan dan matlamat untuk mendapatkan ketenangan serta kemuncaknya konon memperoleh penyatuan diri dengan tuhan boleh merosakkan akidah muslim. - Bharian

TAJOL ROSLI BERBOHONG

IPOH : Dalam isu penggunaan dewan orang ramai, balai raya atau semua premis milik kerajaan negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah mengembalikan hak penggunaan semua premis tersebut kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan NGO. Tetapi pengurusan dan penyelenggaraan adalah di bawah tanggungjawab JKKK yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Perkara ini ditegaskan seawal Ir Hj Nizar menjadi Menteri Besar Perak. Penegasan tersebut diulangi semula dalam penggulungan Bajet 2009 baru-baru ini.Dalam dakwaan Tajol kononnya kerajaan PR tidak membenarkan UMNO menggunakan dewan orang ramai di Gerik adalah tidak benar, karut dan bohong. Sebenarnya,Majlis Daerah Pengkalan Hulu tidak menerima permohonan penggunaan dewan untuk Mesyuarat UMNO pada 18 dan 19 Oktober 2008. Namun begitu Majlis Daerah Pengkalan Hulu ada menerima permohonan dan meluluskan penggunaan Dewan Bandaran Pengkalan Hulu kepada UMNO untuk jamuan Aidilfitri pada sebelah petang 19 Oktober 2008.Tajol juga menda...