Catatan

Kepada Para Perokok !!

Imej
Kepada para perokok, tahukah bahawa anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok. Tahukah anda bahawa pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel . Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol , Cambridge , Chesterfield , Merit, Parliament, dan Virginia Slims._

KEMENANGAN PAS DI KUALA TERENGGANU PENTING - DAP

Imej
KOTA BHARU - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok. Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding. "Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini. Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail. Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004. Malah katanya, beliau juga pergi...

SEKITAR GAMBAR PENAMAAN CALUN P.036 KUALA TERENGGANU.

Imej

MB turut serta demo di Ipoh

Imej
Setelah 7 hari semenjak 26 Dis 2008 jet-jet pejuang Israel melancarserangan ke atas penduduk awam Gaza Palestin menyebabkan 428 mangsa terbunuh dan 2100 orang lain cedera. Pada masa ini masih lagi berlaku pengeboman ke sasaran awam. Bertempat di Masjid negeri, Ipoh selepas solat Jumaat 2 Januari 2009 telah dianjurkan oleh hampir 2000 orang demontrasi mengutuk Israel . Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dan lain-lain PAS negeri Perak. Antara yang memberikan ucapan dalam majlis itu ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ust. Norbaayah.Laungan supaya dihancurkan Yahudi bergema berselang seli dengan ucapan yang diberikan. Sebagai tanda simpati satu kutipan derma telah diadakan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan. Sebelum itu Imam Jumaat yang membaca khutbah Jumaat khusus mengenai rakyat Palestin yang tertindas itu menyeru semua jemaah supaya mengambi...

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israil

Mohd Sabri Said Wed Dec 31, 08 9:16:01 am MYT PULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh) "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu." Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel. "Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa. " Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya. Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengebo...

HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM - PRESIDEN PAS

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS Harakahdaily Sun Dec 28, 08 1:31:58 am MYT SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam. Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya. "PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. "Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam. Ditanya sama ada PAS akan membawa usul...

REALITI PERJUANGAN DAN PENGORBANAN DALAM PAS

Imej
Ustaz Idris Haji Ahmad Fri | Dec 26, 08 | 11:37:18 am MYT "Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jemaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat." Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 " Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor se...

Amaran pada Umno : Usah 'pemain' Hudud, Qisas

Harakahdaily Fri | Dec 26, 08 | 9:14:11 am MYT KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh) - Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini. Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. "Tujuan Khairy tidak lain adalah untu...

Media cipta isu liwat di Permatang Pauh, Kini hangatkan hudud di Kuala Terengganu

Wartawan Kita Thu | Dec 25, 08 | 3:08:30 pm MYT KOTA BHARU, 25 Dis (Hrkh) - Masihkah anda ingat, menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, isu dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda penting media harian. Dan kali ini isu hudud pula diuar-uarkan dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Mungkinkah kegagalan media membantu Umno di Permatang Pauh turut berulang di Kuala Terengganu. Inilah kelebihan yang ada pada media harian berbahasa Melayu di negara ini. Mereka sedia menggantikan tempat Umno bagi menyerang Pakatan Rakyat. Umpama lebih sudu dari kuah. Media menjadi alat untuk menakutkan kira-kira 11 peratus pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu terhadap PAS kerana imej hudud yang dipalitkan. Nawaitu kedua, bagi memecahkan Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan DAP dengan PAS. Sedangkan pada Wacana Perdana yang diadakan di sini 20 Disember lalu amat jelas apabila pensyarah un...

Hudud : DAP hormati PAS, bukan Islam tidak terjejas

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan. Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana. Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN). "Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong. Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas Mohd Khalil Abdullah Thu | Dec 25, 08 | 5:45:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Tambah...

CADANG SEMUA MESYUARAT DALAM BAHASA MELAYU

Mohd Sabri Said. Thu Dec 25, 08 1:59:05 pm MYT PULAU PINANG, 25 Dis (Hrkh)- Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP) menyarankan Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan supaya semua mesyuarat, sidang media atau sebagainya oleh Jabatan Kerajaan dijalankan dalam Bahasa Melayu Ketua Satu (2PNP) Anuar Ahmad berkata ia bersesuaian dengan matlamat meninggikan martabat Bahasa Melayu di Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beberapa tahun lalu tambahan lagi bahasa perhubungan di negara ini adalah Bahasa Melayu bukan bahasa rojak atau Inggeris. "Kebanyakan mesyuarat atau sidang media oleh Jabatan Kerajaan dilakukan dalam Bahasa Inggeris tidak dalam Bahasa Melayu. Di mana martabat bahasa yang diperjuangkan oleh DBP selama ini seolah dipermainkan oleh orang melayu sendiri," jelasnya. Di era 60-an dan 70-an memang Bahasa Inggeris dipuja tetapi kini kemajuan dan kesedaran DBP ingin memastikan'bahasa menunjukan bangsa' maka ia harus di ketengahkan dalam semua hal terma...

HARI KELUARGA PAS TAIPING

Pas Kawasan Taiping dengan kerjasama Dewan Pemuda ,Dewan Muslimat dan PASTI akan mengadakan sambutan Hari Keluarga yang merupakan Program Tahunan PAS Kawasan Taiping. Program ini akan diadakan pada 28hb Disember.2008 di Dataran Kedamaian Taman Tasek Taiping. Acara akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 tengahari Yang Dipertua PAS Taiping mengharapkan seluruh Ahli PAS kawasan Taiping akan turut serta menjayakan Program ini. Beliau juga mengharapkan Program ini akan merapatkan lagi sulaturrahim sesama ahli dan saling kenal mengenali diantara satu dengan yang lain.Berbagai acara disediakan seperti pertandingan mewarna, melukis, sukaneka, cabutan bertuah dan banyak lagi. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih diatas mereka yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga ini serta sumbangan-sumbangan yang diberi oleh Syarikat-syarikat, NGO dan orang perseorangan. Semoga Program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang

Tarikh Keputusan PMR 2008 pada 30 Disember 2008

Keputusan PMR 2008 akan dikeluarkan minggu depan iaitu pada hari Selasa, 30 Disember, 2008 . Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Alimuddin Mohd Dom dijadualkan akan memberi analisis keputusan PMR di Putrajaya pada 9.00 pagi hari yang sama. Semua calon PMR 2008 boleh mendapatkan keputusan masing-masing bermula pukul 10.00 pagi hari berkenaan. Manakala bagi calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos. Sejumlah 472,060 pelajar telah mengambil peperiksaan PMR tahun ini di 3,458 buah pusat peperiksaan seluruh negara pada 13 - 15 Oktober lalu. Semoga laporan mutakhir TheStar hari ini melenyapkan kegelisahan semua calon. Semoga berjaya. Baca Selengkapnya (Read More)... Ringkaskan (Summary only)...

Kapten Zahar sertai PAS : Hijrah bermakna untuk PAS Selangor

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob & Irwan Muhammad Zain Wed Dec 24, 08 1:38:17 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Keputusan Kapten (B) Dato' Zahar Hashim menyertai PAS disifatkan sebagai sesuatu yang cukup bermakna kepada PAS Selangor menjelang sambutan Maal Hijrah Isnin depan. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata demikian selepas menerima borang keahlian penyertaaan bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya selatan bersama 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan pagi tadi di De Palma Hotel, Ampang. Turut hadir dalam majlis itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali dan Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahrir. Nasharuddin juga menegaskan semangat Hijrah tahun ini juga amat bermakna kepada Zahar dan rakan-rakannya. Selain itu Nasharuddin berkata, penyertaan Zahar yang amat bersesuaian dengan semangat Hijrah yang diraikan oleh umat Islam. "Hari ini kita menyambut mereka bukan sebagai rakan tetapi sebagai ahli keluarga yang bers...

'Satu pengkhianatan kerajaan teruskan PPSMI' - Teras

Imej
Nyza Ayob Wed Dec 24, 08 10:01:47 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Dis (Hrkh) - Kerajaan di bawah pemimpin Melayu melakukan satu pengkhianatan besar apabila masih berdegil mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Demikian tegas Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid mengenai tindakan kerajaan untuk meneruskan dasar PPSMI ini walaupun semua hujah yang dinyatakan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada daripada aspek sejarah, perlembagaan, budaya serta aspek jati diri bangsa sudah dihuraikan untuk dijadikan alasan yang kukuh agar PPSMI dihentikan. Sedangkan katanya, ramai orang bukan Melayu sendiri memberi hujah bahawa menggunakan bahasa Melayu sangat sesuai dan boleh diterima masyarakat bukan Melayu yang telah melahirkan generasi sehingga 51 tahun merdeka . "Selama tempoh 51 tahun itu kita tidak nampak kecacatan berlaku untuk membangun negara dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Azmi juga menya...

NIK AZIZ PERTAHAN WARTAWAN IRAQ BALING KASUT KE ARAH BUSH

Imej
Mohd Nor Yahya Tue | Dec 23, 08 | 9:22:55 pm MYT KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar. "Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq. "Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. � Baru-baru ini seorang wartawan penyiaran Iraq membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat pada satu sidang media ketika lawatan perpisahannya ke Iraq pada 14 Disember lalu. Ekoran insiden itu warta...

KETEPIKAN EGO POLITIK , MANSUHKAN PPSMI - KHIR TOYO

Imej
Harakahdaily Tue Dec 23, 08 9:17:15 am MYT KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Khir Toyo turut mempertikaikan keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI) dan menggesa agar sistem itu dimansuhkan dan 'mengembalikan' semula kepada Bahasa Melayu. "Saya akui kepentingan kemahiran bahasa Inggeris. Namun telah jelas setelah enam tahun ia dilaksanakan tentangan terhadap PPSMI bukan kian mengecil malah kian membesar. "Ini menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap kemampuan PSSMI membina generasi muda yang lebih baik kian terhakis," katanya dalam blog peribadi beliau baru-baru ini. Katanya memandangkan telah beratus juta dibelanjakan untuk sistem PPSMI ini maka ia harus terus dieksploistasi sebaik mungkin. Justeru, beliau mencadangkan agar kementerian pelajaran meneruskan PSSMI ini sebagai satu kelas tambahan selama dua atau tiga jam seminggu untuk setiap tahap pengajian bermula tahun satu. "Saya sedar beta...

TANGAN MANUSIA MUSNAHKAN ALAM SEKITAR

Imej
Abdul Shukur Harun Mon Dec 15, 08 11:18:20 pm MYT Beberapa ekor ibu monyet dan anak-anaknya berkeliaran tidak menentu di tengah jalan beberapa buah banglo di kawasan perumahan mewah di lereng bukit itu. Sang ibu mengejar anak-anaknya ke sana ke mari dengan teriakan yang hanya dimengerti oleh anak dan ibu monyet itu. Namun anak-anak monyet itu berkejar-kejaran dengan riuhnya. Warga hutan itu sudah kehilangan tempat tinggal sejak pepohon di kawasan hutan yang didiaminya turun temurun itu ditebang dan tanahnya diratakan oleh manusia untuk projek perumahan mewah. Di hujung banglo-banglo itu apartmen mewah dan rumh teres. Dahulunya tempat ini ialah sebuah kawasan hutan yang tidak berapa tebal, tetapi sangat meneduhkan. Di pinggirnya ada sebatang anak sungai kecil yang sangat jernih airnya dengan ikan kecil berenang beba ke sana ke mari. Warga monyet menjadikan tempat ini makan minum. Sesekali, bagi mereka yang tahu, ada juga orang yang datang berpiknik bersama keluarga, membawa makanan. N...

SELEWENG KUASA : BPR BERSIHKAN MENANTU MB KELANTAN

Tue | Dec 16, 08 | 12:33:57 pm MYT KOTA BHARU, 16 Dis (Hrkh) - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan. Begitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan. Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas. "Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya. Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduh...

MB Ir Nizar : JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak

MB Ir Nizar: JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung. Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan ...