Catatan

LAPORAN KEPADA SPRM JAM 3.00 PETANG INI

Imej
IPOH, 18 Feb.:- Satu laporan Rasuah terhadap ADUN Jelapang, Hee Yit Fong, ADUN Changkat Jering, Osman Jailu dan ADUN Behrang, Jamaluddin Md. Radzi akan dibuat di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Ipoh pada jam 3.00 petang ini. laporan itu akan diketuai oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim bersama ADUN pakatan Rakyat yang lain. dijangka hadir sama ialah para pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain.

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman

Nizar hadir di mahkamah untuk sebutan kes saman Feb 18, 09 12:18pm Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) di Jalan Duta untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Nizar tiba kira-kira jam 10.45 pagi bersama dengan beberapa ahli exco Pakatan Rakyat Perak, termasuk setiausha DAP negeri itu, Nga Kor Ming serta sepasukan 10 orang peguam, yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof. Nizar memfail saman tersebut selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa di Perak, selepas empat wakil rakyat Pakatan keluar parti, termasuk seorang daripadanya, Datuk Nasaruddin Hashim (Adun Bota) kembali ke pangkuan Umno. Manakala dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (PKR Behrang) dan Mohd Othman Jailu (PKR Changkat Jering) - keluar PKR dan Adun Jela...

KRISI PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK - MB PERAK..

Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini.Terlebih dahulu saya bermohon beribu kemaafan kerana lama meninggalkan saudara tanpa kemaskini halaman ini. Situasi semasa memerlukan saya sepenuh masa menangani beberapa permasalah akibat rampasan kuasa (coup d"etat) oleh UMNO BN pada 5 februari 2009.Ini sejarah hitam bagi rakyat negeri Perak apabila dengan zalim dan rakusnya Timbalan Presiden UMNO, Najib Altantuya mengadap DYMM Sultan Perak pada pagi 5 Feb. 2009 untuk merompak hak rakyat tersebut melalui pintu belakang.Pada 2 Feb 2009 (Isnin) , saya mengadap DYMM Sultan Perak di Istana Kinta bagi mempersembahkan 2 pucuk salinan surat perletakan jawatan YB Jamaluddin(Behrang) dan YB Osman (Changkat Jering) bertarikh 30 Jan 2009, dan surat dari YDP Dewan (Speaker) YB Sivakumar kepada SPR memohon di laksanakan pilihanraya kecil kedua-dua DUN tersebut.Ketika itu UMNO-BN di ketuai oleh Najib altantuya masih dalam proses memerangkap beberapa wakil rakyat PR khususnya YB Dato' Nasaru...

RAKYAT PERAK ATAU PINDAAN PERLEMBAGAAN TAJAAN UMNO YANG MUDARATKAN RAJA ?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Tue | Feb 17, 09 | 10:05:25 am MYT KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Ketika Umno begitu histeria dengan aksi-aksi yang kononnya membela Raja-Raja Melayu, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan, yang mana satukah mendatangkan mudarat atau keburukan lebih besar kepada kedaulatan Raja-Raja antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini? Iklan Dalam kenyataan yang dilihat mengingatkan Umno, beliau berkata, Raja-Raja Melayu hari ini boleh dibawa ke mahkamah khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu. "Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi. Dalam kenyataannya itu, Te...

Rakyat Muak, generasi muda alergik dengan UMNO - Dr Asri

Azamin Amin Tue Feb 17, 09 12:49:51 am MYT KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) -"PAS juga kena berhati-hati. Penyakit yang ada di tubuh Umno hari ini tidak mustahil akan merebak ke tubuh PAS apabila berkuasa.'Kuasa dan harta' bukan sedikit ujiannya." Suaranya vokal dan adakalanya kontroversi namun ramai yang 'merindui' pendapatnya yang berpaksikan tafsiran agama dan tidak bias kepada mana-mana pihak. Penolong Pengarang Harakahdaily AZAMIN AMIN sekali lagi mendapatkan pandangan kritis bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainul Abdin yang kini berada di Lampeter, United Kongdom. Beliau sedang menjalankan kajian atas perbandingan tafsiran hadis antara kelompok tradisi dan modernis serta dalam cuti sabatikal yang diberikan oleh Universiti Sains Malaysia. Harakah: Mengapa Dr. lebih awal meletakkan jawatan sebagai Mufti dan tidak berhasrat menyambung semula ? Inikah yang dinamakan berundur sebelum berjuang? Boleh beritahu sebab letak jawatan sebenarnya? Dr Asri: Ya! Ratusan email...

NIZAR TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK PAS,RAKYAT DAN NEGERI PERAK

Pak Tam Mat, Jitra Mon | Feb 16, 09 | 11:15:57 pm MYT Dua malam saya menziarahi kediaman rasmi Menteri Besar Perak, hati saya cukup tersentuh dengan perwatakan penuh kesederhanaan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Hati kecil saya berbisik, inilah pemimpin masa depan yang amat kita tunggu-tunggu. Iklan Sayang, dengan pengalaman hanya selama 11 bulan menerajui kerajaan negeri Perak, Nizar diuji Allah dengan bebanan yang cukup berat, yang mungkin tidak tertanggung oleh individu lain dalam PAS. Namun, apabila mendengar ucapannya, Nizar masih tetap bersemangat waja, bijak menyusun ayat, mencari istilah dan membangkitkan aura. Saya agak terkilan tidak sempat mengikuti dari dekat bagaimana Nizar mengemudi bahtera kerajaan Perak selama 11 bulan itu. Saya amat yakin, sejauh ini, beliau telah melakukan yang terbaik untuk PAS, rakyat dan negeri Perak. Bukan sedikit tohmahan yang dihadapkan kepadanya selama memerintah, tetapi beliau tetap gagah berdiri bukan untuk membalas balik...

AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA - US NASARUDIN

Imej
AKHLAK MENGHADAPI PILIHANRAYA Banyak perkara yang terpaksa saya telan biar pun terlalu pahit . Itulah ungkapan yang mampu saya lafazkan mengimbau pengalaman yang cukup berharga tetapi perit dan sukar . Sejak menyertai PAS tahun 1985 yang lalu , 2 kali saya telah diberi amanah yang cukup berat . Iaitu menjadi calon dalam pilihanraya . Kali pertama pada tahun 2004 di DUN Ibam dan kali kedua pada tahun 2008 di Parlimen Maran . Perkara yang paling saya tidak suka ialah menjadi calon pilihanraya . Tetapi setiap kali saya menolaknya setiap kali itu pula saya di desak oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab ini dengan pelbagai hujjah yang akhir saya tidak mampu untuk menyangkalnya lagi . Akhirnya saya terpaksa patuh dan taat kepada arahan tersebut . Demi Allah , jika saya diberi pilihan nescaya saya memilih untuk tidak bertanding sebalik saya lebih suka menjadi perancang atau penggerak dalam pilihanraya dan calonnya tentulah orang lain yang saya percaya mereka lebih layak dan sesuai berba...

KRISI PERAK : ABDULLAH PERLU SALAHKAN NAJIB

Irwan Muhammad Zain Sun Feb 15, 09 4:41:54 pm MYT KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menyalahkan timbalannya yang menyebabkan krisis politik berlaku di Perak. Beliau menegaskan demikian sebagai respon kenyataan Abdullah yang akan menjelaskan kepada Raja-raja Melayu punca sebenar yang menyebabkan timbulnya krisis politik di Perak. "Abdullah seharusnya bertanggungjawab untuk memberitahu Raja-raja Melayu bahawa punca utama tercetus krisis di Perak akibat sikap tidak cermat Najib dalam menerajui Umno Perak. "Selaku Pengerusi Perhubungan Umno Perak dan bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak seharusnya menyelesaikan masalah dengan baik tetapi apa yang berlaku beliau menambahkan masalah untuk ditanggung rakyat," tegas beliau. Sehubungan dengan itu beliau menjelaskan Abdullah harus menerima hakikat Najib tidak layak untuk mengantikan tempat beliau selaku Perdana Menteri. A...

Rampasan kuasa di Perak : Rakyat diseru hadapi BN, elakkan dari bertembung dengan Istana

Imej
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memperkatakan sesuatu kepada Tarmizi Mohd Jam dan Irwan Muhamad Zain sejurus usai wawancara dilangsungkan. MUQADIMMAH: Barisan Nasional (BN) berpadu tenaga untuk meniup isu "derhaka" Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terhadap Tuanku Sultan Perak. Ia disemarakkan lagi dengan tindakan peribadi Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak. Namun isunya, satu "rampasan kuasa" oleh BN cuba diperakui kononnya ia mengikut undang-undang. TARMIZI MOHD JAM dan MOHD RASHIDI HASSAN serta IRWAN MUHAMAD ZAIN menemui Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di pejabatnya, Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa perkara kemelut yang menyelubungi Pakatan Rakyat di Perak. Reaksi PAS terhadap lebih 80 laporan polis dikemukakan terhadap Karpal Singh berikutan dengan tindakannya untuk menyaman Sultan Perak. Ia ada kaitan dengan tindakan istana yang memihak kepada B...

MENARIK TENTANG SPEAKER PERAK.

Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker. Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker ! Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan memerangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara. Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun. Masalah pe...

Nizar hadir Majlis Santapan Diraja Perak

Imej
KUALA KANGSAR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah malam ini berangkat menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini. Majlis santapan sempena perayaan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang jatuh pada 3 Februari lepas turut dihadiri Sultan negeri-negeri kecuali Johor, Perlis dan Negeri Sembilan, serta Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Yang Dipertua negeri-negeri. Sultan Johor diwakili oleh Tengku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar manakala Raja Perlis pula diwakili Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin. Terengganu pula diwakili oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Per...

UMNO JANGAN CEMARKAN SISTEM RAJA BERPELEMBAGAAN

By Anwar Ibrahim Categories: Anwar , Catatan , Demokrasi , Hebahan , Islam , Isu Semasa , Pakatan Rakyat and Parlimen Sekonyong-konyong saya dipersalahkan serta dituduh bertindak dengan tidak menurut lunas-lunas Perlembagaan oleh Pak Lah di atas apa yang berlaku di Perak. YAB Perdana Menteri sewajarnya mengetahui yang sengaja membelakangkan kehendak Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ialah timbalan beliau Dato’ Seri Najib Razak. Namun ingatan Pak Lah yang pendek itu bolehlah difahami kerana kita mengetahui reputasi beliau sewaktu mengendalikan mesyuarat. Sayugia diingatkan tindakan Dato Najib yang cuba menjatuhkan pentadbiran Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar dengan cara mengugut, merasuah serta bermain silap mata dengan menghilangkan individu tertentu, sebenarnya mengenepikan Perlemb...

Zambry, exco dirujuk pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak - Cina Islam

Imej
IPOH, 14 Feb.:-Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar. Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong. Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama "Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan y...

MB PERAK DAPAT SAMBUTAN HEBAT DI KG BARU

Imej
Dikirim pada Februari 13, 2009 oleh pemudawilayah KUALA LUMPUR, 13 Feb - Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari tadi sempat memberi ucapannya selepas memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat sini pagi tadi. “Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin,” katanya berikutan ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan seluruh amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah dan Pakatan Rakyat masih kerajaan yang sah. “Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” tambah beliau. Turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau, beliau memohon kebersamaan penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk...

PARLIMEN BUKIT GANTANG : PAS ADA ENAM CALON

Imej
Parlimen Bukit Gantang: PAS ada enam calon PAS mempunyai enam calon berpotensi bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada April 7 depan dan kini dalam proses menentukan calon yang paling sesuai. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pandangan daripada akar umbi juga penting dalam pemilihan calon. “Pendapat daripada parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan turut dipertimbangkan sebelum calon dinamakan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Dalam menganalisa calon PAS yang mungkin akan bertanding di Parlimen berkenaan, saya sebelum ini telah mengemukakan 3 nama awal iaitu DS . Muhammad Nizar Jamaluddin, Ust . Idris Ahmad dan Ust . Nor Azli Musa. Dalam beberapa hari terakhir ini saya menerima beberapa csdangan lain dari komen pembaca. Nama lain yang disebut ialah Ust . misbahul Munir masduki , Dr. Khairuddin Dato ' Malek, Hj . Asmuni Awi dan, Hj . Mohd Sabu . Apun nama yang disenaraikan, InsyaAllah saya yakin TG . Hj . Abdul Had...

"Saya masih Speaker sah"

Imej
Johari Jaafar Sat Feb 14, 09 8:25:47 am MYT IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Adun Tronoh, V. Sivakumar menegaskan beliau masih Yang Dipertua Dewan Undangan Nwgeri Perak yang sah, sekaligus menafikan tohmahan pihak tertentu yang beliau telah dilucutkan jawatannya. Beliau mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak. "Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut, ianya adalah tidak benar sama sekali,"tegasnya. "Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,"tegasnya lagi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya semalam. Menurutnya beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dun dan berhak ke atas kemudahan yang diperuntukkan kepadanya. - mks. _

KEPUTUSAN LAMPAU P.59 DAN N.25

Imej
Posted by Pemuda Pelapis on 3:10:00 AM Berikut ini adalah sisipan keputusan pilihanraya tahun 2004 dan 2008 sebagai rujukan bersama di dalam membuat sedikit pertimbangan dan ramalan tentang apa yang bakal berlaku dengan keputusan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kawasan itu nanti. KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM KE-12 - TAHUN 2008 Parlimen P.59 - Bukit Gantang, Perak Roslan Shaharum (PAS) memperolehi 20,015 undi Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) memperolehi 18,449 undi Morgan (Bebas) memperolehi 872 undi PAS menang dengan majoriti sejumlah 1,566 undi Pemilih berdaftar seramai: 55,471 Jumlah yang keluar mengundi: 40,301 Kertas undi rosak sejumlah: 851 Kertas undi tidak dikembalikan: 114 Peratusan mengundi: 72.65% Dewan Undangan Negeri N.25 - Bukit Selambau, Kedah V.Arumugam (Bebas) memperolehi 13,225 undi Krishnan A/L Subramaniam (BN) memperolehi 10,863 undi Bebas menang dengan majoriti sejumlah 2,362 undi Pemilih berdaftar seramai: 34,977 Jumlah yang keluar mengundi: 25,798 Ke...

SPR keterlaluan ikut telunjuk Najib - Anwar Ibrahim

Sebaik nama Tan Sri Aziz diumumkan sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya kaitkan prestasi dan rekod baiknya dalam perkhidmatan awam. Kebimbangan saya hanya keupayaan beliau mengendali SPR yang tercemar sebagai alat ampuh pimpinan UMNO-BN yang tidak mampu memikul amanah dengan jujur dan adil. Agak mengejutkan kerana harapan tipis kecundang dalam tempuh singkat. Keputusan SPR mengenepikan keputusan Speaker Perak mengenai perletakan jawatan ADUN menjurus kapada kesediaan mudah menjadikan diri sebagai kuda tunggangan. Tan Sri Aziz gagal membedakan tugas KSU dengan pengerusi SPR. Dan kini dengan menganjak tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau selewat mungkin satelah selesai pemilihan UMNO, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Dato’ Seri Najib. Kapada Allah SWT kita berserah disamping kerja kuat dalam saf untuk memastikan kezaliman, penipuan dan rasuah ditumpaskan. ANWAR IBRAHIM

Berhimpun diluar mahkamah , sokong saman Zambry

Imej
Feb 13, 09 11:36am Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar Perak yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Beliau memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di situ. Kira-kira 300 orang, termasuk penyokong dan pemimpin pembangkang, berhimpun di luar kompleks mahkamah Jalan Duta, menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Juga kelihatan ramai petugas media dan anggota polis di situ. Jumlah mereka semakin bertambah menunggu ketibaan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang akan memfailkan saman untuk mencabar pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir. Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tiba bersama dengan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. Ketibaan mereka disam...