Catatan

Tarbiyah penting untuk hadapi era kemenangan - Mohamad Sabu

Saidah Hairan Tue | Feb 24, 09 | 12:51:52 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam. Iklan Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas. Sedangkan sebelum PAS mencapai kemenangan katanya, sifat mementingkan upah tidak timbul sebaliknya perkara itu telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, katanya. "Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno," katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu. Beliau turut menging...

Risiko Kerajaan "mi segera" - Greenboc

Imej
Walaupun Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa. Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak). Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN. Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik. Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka. Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah . Banyak kes-kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan...

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi

Imej
Irwan Muhammad Zain Tue | Feb 24, 09 | 8:58:17 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Iklan Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi. Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamad...

KES SAMAN NIZAR DITANGGUH RABU INI.

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti. Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah. Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berk...

Polis ambil keterangan Speaker Perak

Feb 23, 09 7:40pm Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang, lapor Bernama.Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan."Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis ber...

SPRM berniat jahat terhadap Khalid Ibrahim -AMK

Salmah Mat Husain Mon Feb 23, 09 8:17:08 pm MYT KOTA BHARU, 24 Feb (Hrkh) - Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini mendakwa ada bukti terhadap tuduhan rasuah ke atas Khalid berhubung salah guna kuasa mengguna wang kerajaan bagi penyelenggaraan keretanya dan pembelian 46 lembu untuk majlis korban pada Hari Raya Aidiladha lalu. Ekoran itu, ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamed membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa hari ini. "Saya juga percaya maklumat yang dimaksudkan SPRM itu terhadap salah guna kuasa Menteri Besar Selangor merupakan pendedahan satu maklumat sulit kerana ia merupakan dokumen kertas siasatan yang sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada umum. "Pendedahan dalam media menge...

BOLA KINI DI KAKI PAKATAN RAKYAT

Dilulus terbit pada Monday, February 23 @ 17:31:43 MYT oleh TokPenghulu Oleh Pemuda PAS Kemahang GELORA politik Perak yang menampakkan keredaan seminggu lalu sebenarnya sebagai satu petanda gelombang yang lebih besar bakal melanda Perak. Speaker DUN Perak, dengan kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh Dewan Undangan Negeri dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Perak ternyata tidak melepaskan peruntukkan tersebut. Peluang yang muncul didepan mata digunakan sebaik mungkin oleh Tuan Speaker, V.Sivakumar. Hasilnya, Menteri Besar (H) Dr Zambry Kader bersama 6 lagi anggota Exco Kerajaan (H) nya telah digantung dan dilarang dari menghadiri Sidang DUN masing-masing 18 dan 12 bulan. Asas kepada penggantungan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak itu ialah penghinaan ke atas Dewan Yang Mulia ekoran Majlis Angkat Sumpah yang dihadiri mereka, sedangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar masih sah dan belum lagi meletakkan jawatan. Selepas penggantungan ini dijalankan ...

Derhaka bermula dari rumah Umno - Harakahdaily

Mohd Fadli Ghani Mon | Feb 23, 09 | 1:26:20 pm MYT TINDAKAN biadap Umno/BN menculik dan membeli wakil rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak telah bertukar menjadi pertembungan antara rakyat dan istana. Puncanya hanya satu � media yang mengapi-apikan kononnya Menteri Besar PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah membuat sembah derhaka kepada Sultan Perak. Iklan Apakah benar Nizar menderhakai sultan saya tidak pasti, tetapi yang pasti media pro BN menggembar-gemburkan hal ini sehingga imej Sultan Perak tercalar teruk di hati rakyat kerana para pemimpin Pakatan Rakyat mempertegaskan mereka tidak berniat derhaka, bahkan amat setia kepada raja. Soal derhaka atau setia bukanlah hak saya untuk menentukannya. Biarlah sultan sendiri membuat perhitungan. Apa yang saya ingin lontarkan adalah derhaka bukanlah budaya dalam masyarakat Melayu di negara ini. Te...

Zambry , Exco dapatkan 'pendapat' Peguam Diraja di London - Harakahdaily

Imej
Harakahdaily Mon | Feb 23, 09 | 10:35:32 am MYT KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Iklan Menurut laporan sebuah laman akhbar online beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini dengan disertai oleh salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit. "Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata sumber. Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil ...

AGS 10 : Percuma - malaysiakini

Imej
Merujuk kepada isu nombor pendaftaran bernombor "AGS 10" yang didaftarkan keatas kereta Toyota Camry yang menjadi kegunaan rasmi Menteri besar Perak yang telah dijadikan modal atau isu pihak-pihak yang berkenaan "kununnya" berlaku pembaziran wang rakyat didalam urusan pembelian nombor pendaftaran kereta tersebut. Pihak kami telah cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak Pejabat Menteri Besar Perak berkenaan nilai tender nombor pendaftaran kereta tersebut. Mengikut penjelasan pihak yang berkenaan. nombor pendaftaran tersebut (AGS 10) telah diperolehi secara percuma daripada pihak JPJ Negeri dan tidak ada sebarang bayaran pun dikenakan oleh JPJ Negeri kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Perak keatas nombor pendaftaran AGS 10 yang diguna pakai pada Toyota Camry kegunaan rasmi Menteri Besar Perak tersebut. Pembantu Khas 2 Menteri Besar Perak saudara Amran ketika dihubungi menegaskan tidak timbul isu pembaziran wang rakyat keatas isu nombor pendaftaran AGS 10 yang didaftark...

MAHATHIR BIDAS PAK LAH EKORAN KRISIS PERAK - GREENBOC

Imej
T un Dr Mahathir Mohamad telah menyelar Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Badawi kerana meminta Datuk Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar yang melarangnya menghadiri persidangan DUN selama 18 bulan. Menulis di dalam blognya yang popular chedet.co.cc, beliau berkata yang adalah mungkin saja untuk Speaker berkenaan melakkan jenayah, namun “menggantung mana-mana ADUN tidak merupakan satu jenayah yang mengizinkan polis boleh mengambil sebarang tindakan.” Mahathir yang terkenal dengan kritikan pedasnya selama ini, mantan perdana menteri itu telah menjadi duri kepada kepimpinan Abdullah beberapa tahun kebelakangan ini. Di dalam kenyataan baru-baru ini, beliau juga telah membidas tindakan Barisan menerima 2 bekas ADUN PKR – Osman Jailu dan Jamaludin Mohd Radzi. Kedua-dua orang yang melompat dari PKR untuk menjadi ahli bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak n...

UMNO penakut - Nizar

Feb 22, 09 3:28pm Gabungan Pakatan Rakyat di Perak hanya menggunakan kuasa speaker Dewan Undangan Negeri untuk menggantung Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan anggota exconya.Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menegaskan demikian dalam ucapan malam tadi di Felcra Serigala di Slim River yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, dan berhujah bahawa Pakatan kini telah melumpuhkan BN kerana gabungan itu menguasai 28 kerusi, berbanding 21 kerusi BN selepas penggantungan tersebut."Ekoran itu, Pakatan adalah kerajaan untuk mentadbir Perak,katanya dalam laporan Harakahdaily hari ini."Hari ini, kalau kami nak gulingkan kerajaan baru pun sudah boleh...tetapi kita ini ikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam mereka merampas dengan cara penuh jijik."Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya," kata Nizar.Felcra Serigala terletak dalam dewan undangan negeri Be...

Majlis meraikan petugas Media oleh MB Perak hari ini .

Imej
(*) Bloggers@HOT - Banyak 'kejutan' di Majlis Meraikan Petugas Media oleh MB Nizar hari ini ! Unit Amal, bloggers dan media diraikan pagi tadi ! Tugas dan pengorbanan anda selama ini amat saya hargai, kata MB Nizar kepada semua ahli unit amal, bloggers dan pihak media di dalam satu majlis meraikan mereka yang diadakan di kediaman rasmi menteri besar pagi tadi. Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Kamalullail dimulakan dengan bacaan doa oleh AJK Jabatan Amal Perak, Ustaz Kassuri. Ahli-ahli unit amal yang bertugas di kediaman rasmi semenjak krisis bermula dianggarkan melebihi 200 orang tidak termasuk yang datang daripada segenap pelusuk negara. Blogger al-Banjari pula diberi penghargaan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak bloggersnetwork@perak dan bloggers-bloggers yang telah hadir. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada MB Nizar kerana memberi penghargaan yang sewajarnya kepada pengorbanan para bloggers dalam menyampaikan berita-berita yang terki...

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini. Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini. Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. "Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam. Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir. Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry sert...

" Kuasa Speaker tidak boleh di cabar" - Nizar

Azamin Amin Sun Feb 22, 09 4:03:51 am MYT FELCRA SERIGALA, SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Tanpa diduga, bidang kuasa Speaker yang luas pernah 'dicipta' dan diguna-pakai oleh Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun khususnya membabitkan negeri Perak,akhirnya telah 'memakan diri' apabila kuasa yang sama dilaksanakan untuk mengenakan tindakan gantung 18 dan 12 bulan ke atas Menteri Besar baru dan enam exco kerana didapati menghina Dewan. Demikian dinyatakan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dalam ceramahnya kepada lebih 1,000 penduduk dan pengundi Dun Behrang di Felcra Kg Serigala dekat sini semalam. Dengan pengantunggan itu katanya kerajaan BN yang hanya mempunyai 21 ahli dewan boleh dianggap 'lumpuh' apabila majoriti kerusi kini diperolehi oleh Pakatan Rakyat yang mempunyai kelebihan kesemuanya berjumlah 28, yang secara tidak langsung menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat adalah yang sah memerintah negeri ini. Apatah lagi, sekiranya sidang Dun tid...

MB Nizar kosongkan kediaman rasmi hari ini

Johari Jaafar Sun Feb 22, 09 11:31:30 am MYT IPOH, 22 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini dan beliau akan berpindah ke satu tempat yang berdekatan. Beliau berkata demikian kepada pemberita pemberita selepas majlis tahlil dan doa selamat sempena perpisahan 'sementara' di kediaman rasminya semalam. Majlis perpisahan 'sementara' itu turut dihadiri oleh pimpinan PAS Negeri Perak dan KeADILan Negeri serta penyokong Pakatan Rakyat. Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu sekitar 10.00 ke 11.00 pagi ini. "Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini," Kata Nizar. Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan dengan cara yang tidak bermoral oleh BN pada 6 Febuari lalu, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyar telah membuat keputusan untuk tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi bagi menghormati permintaan Set...

MB lancar Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat P.059 Bukit Gantang

Imej
Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berucap menerangkan senario Negeri Perak. Dato' Seri Nizar sedang meneliti ucapan Setpol beliau. Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan. Dato Seri Nizar mempunyai dua program di Pulau Pangkor ,bersolat Jumaat,di Masjid Pulau Pangkor dan tiga program di Kawasan Bukit Gantang.Dialog dengan masyarakat Cina Dun Trong dan Majlis Tahlil Untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum di Masjid Sg Tinggi. Kemuncaknya ceramah pelancaran Jenterta pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang. Ribuan rakyat mendengar amanat MB Dato' Seri Nizar berkenaan krisis kerajaan Perak Bukit Cempedak- Dato' Seri Nizar,berharap jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi jentera BN.Beliau juga berharap pengundi Bukit Gantang mengajar BN dan menolak BN di Parlimen Bukit Gantang. Dianggarkan lima ribu rakyat turut hadir mendengar perkembangan negeri Perak.

SIDANG MEDIA SPEAKER DUN PERAK 11 PM 19 FEBRUARI

Imej
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB V Sivakumar telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar Perak pada jam 11.00 malam tadi. Berikut adalah sebahagian daripada kenyataan tersebut: Salam sejahtera. Pada malam ini saya ingin menerangkan kedudukan saya selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan kenapa saya terpaksa mengambil keputusan sepertimana yang telah saya buat semalam. Perkara asasnya adalah berkaitan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu berkaitan dengan Fasal 16(6). Pentafsiran Fasal ini telah menjadi satu pertikaian pada perkataan atau ayat “ sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan … ”. Jika kita perhatikan dengan teliti, perkataan “Menteri Besar” dalam Fasal ini sebenarnya merujuk kepada Menteri Besar “pada masa itu”. Ketika Dato’ Seri Nizar mengadap DYMM Tuanku Sultan, dia adalah seorang Menteri Besar yang telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri selepas pilihan...

"Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri , biar rakyat tentukan " - Haron Din

Imej
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri. Iklan Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia. "Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran u...

BN TIDAK CADANG ADAKAN PILIHANRAYA - mALAYSIA KINI

Imej
Feb 19, 09 4:12pm Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan. "Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri. Katanya, kedudukan kerajaan negeri juga boleh stabil, dan yang penting, apa yang diharapkan oleh rakyat akan dapat dilaksanakan, lapor Bernama. Sehubungan itu, beliau menganggap tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar melarang Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri persidangan dewan itu selama 18 bulan sebagai membantah dan menentang keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah. Turut digantung daripada menghadi...