Catatan

PPSMI kembalai ke zaman penjajah

Imej
26 February 2009 SAYA tertarik hendak mengulas isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kerap dibangkitkan sejak akhir-akhir ini oleh ahli politik, pejuang bahasa, ahli akademik dan masyarakat pendidik sendiri. Bagi saya selaku seorang pendidik dan kini selaku penyelidik, apabila kita mahu berhujah mengenai sesuatu perkara, berhujahlah berlandaskan fakta, kajian terperinci dan bersifat akademik. Isu PPSMI tidak harus dilihat berdasarkan perspektif emosi semata-mata. Isu PPSMI berkait-rapat dengan soal paksi Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Negara, isu undang-undang tubuh negara (Perlembagaan Persekutuan), isu kebolehcapaian pelajar dalam pelaksanaan PPSMI, isu penggubalan dasar PPSMI itu sendiri dan pelaksanaannya, isu keciciran dan kesannya ke atas survival pelajar pada masa depan dan impak dari segi sosiologi, psikologi dan sosioekonomi. Itu antara beberapa perspektif yang boleh dilihat dan masih banyak lagi sudut lain. Mudah bena...

Jangan ambil gaji - DAP

Imej
26 Februari 2009 Menteri Besar Kudeta Perak, Dr. Zambry Abdul Kadir didesak supaya tidak mengambil sebarang imbuhan termasuk gaji sehingga mahkamah memutuskan kerajaan negeri mana yang sah. Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa langkah itu wajar bagi berlaku adil kepada rakyat supaya wang mereka tidak digunakan untuk membayar gaji dua kerajaan negeri. ''Dalam tempoh ini, saya mencabar Zambry supaya tidak menerima sebarang bayaran sehingga mahkamah membuat keputusan. ''Mereka boleh bekerja, kita juga boleh bekerja tetapi tanpa bayaran kerana rakyat tidak boleh bayar dua kali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:31:00

DUN perlu segera bersidang, tamatkan kekaburan - Sanggahtoksago

Imej
Khamis, 2009 Februari 26 TERDAPAT isu menarik berkenaan Dun Perak dan kuasa Speaker. Saya berbincang dengan Profesor Dr Abdul Aziz Bari tentang perkara ini. Masih terlalu luas kuasa speaker, apabila ada pihak yang menghina Dewan tidak digunakan. Hatta, kenyataan PM, Abdulah Ahmad Badawi yang memerintahkan Dr. Zamry Abdul Kadir agar tidak menghiraukan keputusan penggantungan oleh Speaker dewan, sebenarnya boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman. Namun saya bertanya, apakah yang perlu lakukan sekrang di Perak. Begini jawapan Dr Aziz Bari dan saya melaporkannya: DUN Perak perlu bersidang dengan segera bagi menyelesaikan kekaburan yang ada sekarang. Demikian pandangan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas mengenai permohonan Speaker S. Sivakumar kepada Sultan Perak untuk mengadakan Sidang Khas Dewan 23 Februari lalu. Aziz berkata di bawah Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, Sultan diberi tanggung jawab untuk memanggil sidang dewan, termasuk mempastikan...

SPRM disifatkan hina DUN Perak

Abdul Aziz Mustafa Thu Feb 26, 09 2:17:59 am MYT KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghina institusi DUN apabila menyiasat tindakan yang dibuatnya secara sah. "Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam. Beliau juga menyifatkan tindakan SPRM itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara ini dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula ...

Orang Perak mandi duit !!!! - malaysiakini

Imej
Posted by Skuad Dun Batu Caves sumber: keadilan untuk semua " Sesungguhnya, tiada upaya menyedarkan Umno setakat ini. Selagi mereka berkuasa di pusat, maka mereka tidak akan sekali-kali tunduk kepada amaran rakyat . Katalah apa sahaja, mereka BEBAL, telinga TULI untuk mendengar, mata BUTA untuk melihat dan hati MATI untuk merasa. Umno hakikatnya hanya boleh disedarkan dengan 'pancungan pedang keramat rakyat' ya ! bila nyawa mereka sudah putus dari badan ! " Itu la UMNO yang tak pernah berubah dari dulu, kini dan selama-lamanya. Gendang perang makin kuat dipalu. Cuma menunggu masa sang jeneral memberi arahan. Wah..! nampaknya musuh kian sibuk membaiki jalan agar tempur menjadi lebih 'mudah' dan pengundi menjadi goyah. Undi kami, 'kami pembela ketuanan melayu', 'pantang melayu untuk derhaka !' Pada hal kami kami yang lebih menderhaka. Kami la yang merompak harta pusaka nenek moyong orang melayu. Musuh sudah mula membina benteng untuk...

Serahkan kepada rakyat

Imej
Wednesday, February 25, 2009 (*) Bloggers@HOT - Serahkan kepada rakyat ! Hanya satu sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing di Perak sekar ang, bubarkan DUN Perak supaya pilihan raya negeri dapat diadakan. Hanya rakyat yang dapat menyelesaikan krisis politik yang makin meruncing sekarang. Demikian dinyatakan oleh pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas penggantungan Dato Dr Zambry Kadir yang dilantik oleh Sultan Perak mengetuai kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional 6 Februari lalu. Bagaimanapun beliau bersama 7 orang anggota EXCO yang dilantik kemudian digantung oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar 18 Februari lalu kerana…… Tindakan speaker itu telah dikutuk oleh para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beberapa laporan polis turut dibuat. Mengulas perkembangan itu Aziz berkata meskipun tindakan Speaker DUN Perak itu kelihatan melampau ia adalah di dalam bidang kuasa bel...

11.30 pagi : ADUN Malim Nawar buat laporan ke SPRM untuk buat laporan

Imej
25 Februari 2009 IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN. Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim. Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas. Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:42:00

TERKINI : ADUN Kuala Kurau memberi keterangan kepada SPRM

Imej
25 Februari 2009 TERKINI JAM 11.15 pagi IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan. Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol). Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak. Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:37:00

Nizar lawan Zambry : Hakim tarik diri - Malaysiakini

Feb 25, 09 11:12am Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak. Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara. Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut. Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah. Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan. Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut. Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

TERKINI ! Hakim Mohd Arif tarik diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir. Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan. Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

Kes Nizar di dengar di Mahkamah hari ini

Imej
P esuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan hari ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, demikian lapor Bernama. Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara. Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas. Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak....

SPRM DAN SPR ' CAWANGAN PARTI KOMPONEN BN PALING AKTIF - Ref malaysiakini

Di dalam BN ada 2 'parti' komponen yang sangat aktif menjalankan kerja masing-masing untuk menghancurkan Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya mempunyai dana dan duit yang cukup banyak bagi mengganyang Pakatan Rakyat (PR). Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) kerjanya menyiasat dan mendakwa mana-mana pemimpin PR yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah. SPRM bertindak sepantas kilat jika ada laporan dan aduan rasuah terhadap pemimpin PR. Namun ber'gudang-gudang' aduan yang dibuat kepada pemimpin BN dipandang sepi. Bayangkan berapa banyak aduan dibuat terhadap Khir Toyo, Najib dan lain-lain namun semuanya tidak diketahui status aduan tersebut. Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bertanggungjawab menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) jika mana-mana Speaker mengisytiharkan DUN masing-masing kosong. Namun SPR terbukti berpihak apabila menolak notis kekosongan 3 kerusi DUN di Perak atas alasan surat perletakan jawatan ADUN ...

GMP serah risalah kepada wakil Kerajaan Perak Sah

TAIPING,24 Feb.:- "Saya memohon sokongan semua pihak bukan untuk diri saya tetapi untuk orang Melayu, 7 Mac 2009 Himpunan di Istana negara, buka soal permit, yang penting sokonglah kami ", Demikian antara ucapan Prof. Dr. Abdullah Hassan yang mewakili Gerakan mansuhkan pendidikan dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggereis (GMP) dalam majlis penyampaian risalah berkaitan kepada Wakil Kerajaan negeri perak Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh Pengerusi kelab penyokong Kerajaan,Drs. khalil idham Lim di sini. Hadir sama ialah ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa dan bapa kepada pelajar yang membuat saman kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu berkaitan , Mejar(B) Mohd Arif.Semasa menyampaikan ucapan, Drs. Khalil menegaskan ini dasar yang diteruskan oleh pemimpin UMNO demi untuk memepertahankan kroni yang dikayakan berkaitan dengan program ini. "Kalau dulu bila Rasulullah mengajak kepada Islam ,Abu jahal mempertahankan sembahan berhala kerana ia mendata...

Ibrahim Ali sedia timbang sertai semula UMNO

Abdul Aziz Mustafa Wed Feb 25, 09 3:38:13 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya. Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya. Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini. Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umn...

Tarbiyah penting untuk hadapi era kemenangan - Mohamad Sabu

Saidah Hairan Tue | Feb 24, 09 | 12:51:52 pm MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam. Iklan Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas. Sedangkan sebelum PAS mencapai kemenangan katanya, sifat mementingkan upah tidak timbul sebaliknya perkara itu telah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, katanya. "Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno," katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu. Beliau turut menging...

Risiko Kerajaan "mi segera" - Greenboc

Imej
Walaupun Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa. Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak). Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN. Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik. Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka. Malangnya mereka tidak boleh menipu sejarah . Banyak kes-kes penderhakaan Umno terhadap Raja. Bukan sekadar derhaka enggan...

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI - Hj Hadi

Imej
Irwan Muhammad Zain Tue | Feb 24, 09 | 8:58:17 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Iklan Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. "Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi. Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamad...

KES SAMAN NIZAR DITANGGUH RABU INI.

Hakim yang mendengar kes saman Nizar yang mencabar perlantikan Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak menangguhkan sebutan kes pada hari Rabu ini.Peguam yang mewakili Zambry hari ini mempertikaikan kedudukan hakim Mohamad Ariff Yusof yang sebelum ini pernah menjadi penasihat undang-undang PAS dan pakatan pembangkang. Peguam Datuk Seri Mohd Nizar pula menyangkal dakwaan hakim berpihak kepada mereka.Keputusan samada hakim akan menarik diri dari mendengar kes berkenaan pada hari Rabu nanti. Dalam satu perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat akan meminta satu sidang dewan undangan negeri khas diadakan bagi menghalang kerajaan dari menggunakan dana awam untuk pemerintahan negeri itu.Setiausaha DAP Perak, Ngah Koh Meng menyatakan bahawa kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang tidak sah. Di Puchong pula, sebuah sekolah, SRJK(C) Sin Ming, Puchong bertindak berani mengingkari arahan Kementerian Pelajaran dengan menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis kelolaan institusi berk...

Polis ambil keterangan Speaker Perak

Feb 23, 09 7:40pm Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya kepada sepasukan tiga pegawai dan seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak.Pasukan yang diketuai Ketua JSJK, Supt Amarjit Singh mengambil keterangan beliau di pejabat guamannya di Jalan Tun Sambanthan di Ipoh mulai jam 2.45 petang hingga 5.15 petang, lapor Bernama.Dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas memberi keterangan itu, Sivakumar berkata beliau telah dihubungi oleh seorang pegawai dari JSJK yang memperkenalkan dirinya sebagai S.C Ng, semalam yang memaklumkan bahawa beliau perlu hadir di Balai Polis Sungai Senam bagi membolehkan polis mengambil keterangannya.Bagaimanapun, katanya tujuan dan keperluan untuk kenyataannya itu direkodkan oleh polis tidak dinyatakan."Memandangkan saya mempunyai perkara lain yang perlu ditangani, saya memaklumkan kepada pegawai polis ber...

SPRM berniat jahat terhadap Khalid Ibrahim -AMK

Salmah Mat Husain Mon Feb 23, 09 8:17:08 pm MYT KOTA BHARU, 24 Feb (Hrkh) - Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ada bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap Angkatan Pemuda KeADILan (AMK) Kelantan sebagai berniat jahat. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan baru-baru ini mendakwa ada bukti terhadap tuduhan rasuah ke atas Khalid berhubung salah guna kuasa mengguna wang kerajaan bagi penyelenggaraan keretanya dan pembelian 46 lembu untuk majlis korban pada Hari Raya Aidiladha lalu. Ekoran itu, ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Mohamed membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di Pengkalan Chepa hari ini. "Saya juga percaya maklumat yang dimaksudkan SPRM itu terhadap salah guna kuasa Menteri Besar Selangor merupakan pendedahan satu maklumat sulit kerana ia merupakan dokumen kertas siasatan yang sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada umum. "Pendedahan dalam media menge...