Catatan

Prof Dr Aziz Bari akui " Sidang Tergempar Dun Perak" sah di Sisi Undang-undang

Imej
khamis, mac 05, 2009 Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan KUALA LUMPUR, 5 Mac :- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan. Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan. "Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi. Dua usul yang diluluskan oleh dewan diper...

Siapa Menteri Paasola dalam Versi Perak - Ilham Najmi

Imej
Wednesday, March 4, 2009 SIAPA MENTERI PASOLA DALAM VERSI PERAK "Macam negeri Pasir Dua Butir daa..." Begitulah bunyi sinis akbar portal internet pro UMNO. Semalam Dato Isa Samad dalam rancangan hujah juga membawa kisah yang sama mempersendakan sidang bawah pokok. "Macam cerita Laksamana Do Re Mi, buat kerajaan bawah pokok." Semua hadirin yang hadir ketawa terbahak-bahak. Saya yang menonton Hujah TV 9 semalam terasa betapa  bodoh pemimpin dan anggota UMNO. Mereka sebenarnya sedang mentertawakan  kebodohan  mereka sendiri.  Apa cerita sebenar Kerajaan Pasir Dua Butir.  Do Re Mi diperintahkan oleh raja mereka untuk membantu Kerajaan Pasir Dua Butir. Bersama tikar terbang mereka ke negeri tersebut. Rupanya akibat kejahatan menteri Pasola meyebabkan kerajaan itu terpaksa menjadikan sidang bawah pokok untuk meneruskan pemerintahannya.  Saya kata pemimpin UMNO itu dan pengikutnya bodoh kerana: 1. Kenapa kerajaan Pasir Dua Butir terpaksa beroperasi di bawah pokok? Jawapan:...

93% menyatakan sidang tergempar tidak langsung memalukan negara

Imej
Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar TIDAK lansung memalukan negara. Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian. Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata persidangan tergempar 27 wakil rakyat pembangkang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan itu membayangkan kepada orang luar seolaholah rakyat negara ini tidak memahami undang-undang. Ternyata dari keputusan SMS 7 Edition yang malu sebenarny...

Sidang tergempar Dun Perak di bawah teduhan Pokok Angsana

SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK DI BAWAH TEDUHAN POKOK ANGSANA IPOH, 3 Mac: Sedih dan menyakitkan hati adalah dua patah perkataan yang boleh mengambarkan persidangan tergempar DUN Perak yang terpaksa diadakan di bawah teduhan sepohon angsana berdekatan dengan Dewan Dun di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini. Meskipun demikian, kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak patah semangat tetapi sebaliknya meneruskan juga usaha mengadakan persidangan itu di situ setelah dihalangi ketat oleh polis yang mengawal mereka daripada memasuki Dewan Dun. Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir menyaksikan ‘acara penuh sejarah’ itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu. Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato’ Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan o...

Sidang Dun : Sah atau tidak sah BN tersepit

04 March 2009 BN berada dalam keadaan tersepit jika Sidang DUN tergempar semalam sah maupun tidak sah. Jika Sidang itu sah maka sudah tentu kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah kerana Nizar mendapat kepercayaan majoriti ADUN di DUN Perak. Selain itu DUN mesti dibubarkan berdasar usul pembubaran DUN yang dibentangkan semalam telahpun diluluskan. Jika Sidang DUN semalam tidak sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah BN berhadapan dengan satu kali perkara yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu DUN Perak akan terbubar secara automatik pada bulan Mei ini kerana Sidang DUN mesti diadakan dalam masa 6 bulan selepas Sidang DUN sebelumnya. Sidang terakhir DUN Perak telah diadakan pada November 2008 yang lalu. Maka dalam keadaan sekarang BN benar-benar berada dalam keadaan tersepit akibat kedurjanaan dan kebiadapan mereka sendiri merompak mandat yang diperolehi oleh PR pada Pilihanraya Umum lalu. Posted by  SOFI WAHAB   at  09:40

SEGALANYA HARU BIRU BILA DUN PERAK TIDAK DIBUBARKAN

TUESDAY, MARCH 03, 2009 SEGALANYA HARU BIRU BILA DUN PERAK TIDAK DIBUBAR OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN Melihat kepada apa yang berlaku di Perak pada masa ini kita boleh menyimpulkan begini : segalanya lintang pukang dan haru biru apabila Y.M Sultan Perak, di atas budibicaranya, enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak meskipun diminta oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Nizar untuk berbuat demikian di bawah Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Dari situ berlakulah siri lintang pukang yang sekaligus memalukan bukan sahaja rakyat Perak tetapi juga nama Malaysia di pandangan dunia. Apabila Speaker dan para ADUN Pakatan terpaksa mengadakan sidang DUN tergempar di bawah pokok kita teringat apa yang berlaku kepada Kerajaan Pasola di dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan P.Ramlee. Yang lebih lucu lagi Penasihat Undang-Undang Negeri Perak mahu mewakili Zambry dalam kes yang difailkan oleh Nizar tetapi di dalam kes yang difailkan oleh UMNO ke atas Speaker, V. Sivakumar ( kerana S...

Jika atas pokok pun ia sah " - Agus

JIKA ATAS POKOKPUN IA SAH: AGUS March 3, 2009 ·  Print This Article Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata : Itu pandangannya ketika ditanya mengenai kesahihan “persidangan tergempar” itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi ini. Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mohammad Agus, seorang pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah. Written by anuarhas · Filed Under  Dari Blog Adun ,  Terkini   Tagged:

Majlis peguam persoal keputusan mahkamah

selasa, mac 03, 2009 Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN. Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian. Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mo...

MAJLIS PEGUAM : PILIHANRAYA BARU JALAN TERBAIK TANGANI KRISIS DI PERAK

selasa, mac 03, 2009 Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan. "Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa). "Situasa ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konkslusif - pilihan raya baru. "Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.mstar.

Warna Warni sidang Dun pagi tadi...!!!!

Imej
                                                            11  no    

TERKINI ! ! !

Imej
TUESDAY, MARCH 3, 2009 (19) Zamry vs Nizar @ Crisis : Di sini terpacaknya Pokok Demokrasi (update 4.15pm) Jika dahulu di zaman Parameswara, negeri melaka telah diasaskan juga di sebatang pokok..yang akhirnya menjadi salah sebuah kerajaan yang kuat ketika itu. Penganut agama buddha juga percaya yang agama buddha di asaskan di bawah sebatang pokok. Sidang dun paling terbuka dan bebas,di saksikan ratusan rakyat. Tahniah buat penguasa yang terus menguburkan demokrasi semata mata untuk menjadi keldai yang sanggup di cerca rakyat. Hari ini sejarah dunia dicipta…wujud satu benih pokok baru yang bernama ”  pokok demokrasi rakyat  “ di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kerana di situlah, dibawah pokok itulah satu majlis DUN telah diadakan dengan disaksikan oleh ribuan hamba rakyat, dan ratusan Polis serta FRU sebagai benteng Sidang terebut dapat dijalankan dengan aman. Terima Kasih FRU dan Polis. Jika 150 tahun dahulu, Ipoh mendapat nama dari sebatang pokok, kini pokok Ipoh tidak lagi menun...