Catatan

MB HARAM BERJAYA TANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH !!!

MB Haram berjaya tangguh keputusan mahkamah Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas. Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya. Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar. Hakim Ma...

TERKINI !!!

Mahkamah Rayuan benarkan Permohonan Zambry untuk tangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang di istihar Dato Sri Nizar sebagai MB - HRH

Mahkamah Rayuan bersidang serta merta sebaik permohonan di failkan

PUTRAJAYA, 12 Mei: Sebaik sahaja difailkan permohonan, Mahkamah Rayuan terus bersidang jam 11.45 pagi untuk mendengar rayuan dari Datuk Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam.Penal tiga hakim yang diketuai Datuk Ramly Mohd Ali telah bersidang di Istana Keadilan dekat sini. Selain membuat rayuan, peguam Zambry juga membuat permohonan agar pelaksanaan keputusan hakim Mahkamah Tinggi semalam ditangguhkan. Zambry diwakili Cecil Abraham dan Sunil Abraham. Turut hadir adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Hamzah. Peguam Umno Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin turut hadir.Peguam Nizar, Haji Sulaiman Abdullah, Ranjit Singh dan Edmund Bon tiba jam 11 pagi tadi. Turut hadir ke mahkamah adalah dua Adun Bebas pro BN iaitu Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang).

Ganesan nafi ada keluar kenyataan !!

12 Mei 2009 Sidang khas DUN untuk singkir Nizar tidak benar. IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak sah pelantikannya , R Ganesan, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan terserah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tindakan bersesuaian dan relevan. Ganesan menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah laman web berita bahawa BN sedang memikirkan bagaimana mahu mengadakan secara sah Sidang DUN tergempar untuk menyingkirkan Mohammad Nizar menerusi undi tidak percaya."Saya hanya komen kami menghormati keputusan mahkamah dan terserah kepada kepimpinan BN untuk melakukan tindakan yang relevan dan sewajarnya. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:33 PM

ADUAN SALAHLAKU SUK PERAK KEPADA KSN - JAMAIY

Harakahdaily Tue May 12, 09 10:03:32 am MYT SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIA Semoga Tan Sri dalam peliharaan Allah dan sihat walafiat bagi memimpin perkhidmatan awam Negara Malaysia. Tan Sri rajin-rajinlah turun padang melawat Negeri Perak kerana Pegawai-Pegawai Kerajaan Perak sekarang berada dalam keadaan serba salah dan menghadapi tekanan kerja yang sengaja diada-adakan. Professionalisme meraka tercabar, kesetiaan mereka dipersoal dan semangat kerja mereka rendah. Puncanya hanya kerana mereka berketuakan seorang Pegawai Kerajaan yang bernama Abdul Rahman bin Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri. Tan Sri timbang-timbangkan aduan-aduan berikut demi memulihkan kembali semangat kerja berpasukan anaknanak buah Tan Sri di Perak. Semua aduan-aduan ini adalah dari sumber-sumber Pegawai Kerajaan sendiri. i) Di awal-awal pemerintahan Pakatan Rakyat beliau dilaporkan memberitahu secara tertutup kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan Kanan supaya hanya memberikan kerjasama ...

KULI sokong DUN Perak di bubar

Imej
May 12, 09 9:28am Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut."Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya. Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan. Beliau juga telah mencadangkan pilihanra...

Nizar ucap syukur !!!

Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membentera...

Kalau Zambry tidak keluar Pejabat MB esok ..camna ??

Jika Speaker yang sah V Sivakumar diseret oleh Polis kerana enggan beredar dari kerusinya pada Sidang DUN 7 Mei 2009, adakah Menteri Besar HARAM, Zambry Abdul Kadir akan diseret keluar dari Pejabat MB jika enggan keluar dari pejabat tersebut. Kita ingin melihat Polis bertindak tegas terhadap Zambry dengan mengheretnya keluar seperti yang dibuat ke atas YB Sivakumar jika Zambry berdegil. Namun begitu saya mengharapkan Zambry tidak degil dan taat kepada undang-undang. Ini kerana Zambry seringkali menuduh PR dan Nizar tidak taat kepada undang-undang. Jadi kali ini rakyat mahu melihat apakah Zambry taat kepada undang-undang atau keras kepala. Kalau keras kepala alamatnya mungkin beliau pun kena seret. Siapa yang akan seret beliau kita saya pun tak pasti.

ESOK NIZAR DAN EXCO MASUK PEJABAT !!!

Nizar MB Perak sah KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN....

INSYAALLAH NIZAR AKAN MENANG !!!

Nizar Akan Menang Petang Ini Mahkamah Tinggi petang ini akan memutuskan pertikaian antara Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengenai siapa menteri besar yang sah. Hakim Abdul Aziz Abd Rahim dijangka akan mengumumkan keputusan tersebut. Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac. Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN. Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu. Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dala...

ZAMBRY PERAGUT POLITIK

Dato' Mahfuz Omar Mon May 11, 09 12:33:34 pm MYT KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah bunyinya tajuk utama Utusan Melayu hari Khamis, 7 Mei 2009 yang menyiarkan kisah bagaimana tiga orang mangsa ragut yang terbunuh kerana perbuatan kejam tersebut. Cerita ragut sudah begitu lama kedengaran, cuma ditakdirkan Allah ia berlaku kali ini ketika polis sedang berkubu di Ipoh dan Penanti. Nampaknya hari ini polis lebih banyak digunakan untuk mempertahankan kuasa politik BN daripada menjaga keselamatan awam. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Malaysia akan betul-betul menjadi 'negara polis'. Keadaan politik di Perak sebenarnya tidak serumit di Terengganu kerana kedua-dua menteri besarnya mempunyai kumpulan penyokong yang ramai. Yang menjadi masalah besar di Perak ialah kedegilan Zambry Kadir untuk tidak mengikut undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakannya. Dulu dia bersekongkol dengan Najib Razak untuk menculik dan merasuah tiga Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kera...

NIzar vs Zamry - siapa gali kubur sendiri ???

Nizar vs Zambry - Siapa mengali kubur sendiri ? Seluruh rakyat Malaysia telah melihat semua yang terjadi dalam DUN Perak pada 7 Mei 2009. Sesiapa juga yang menyaksikannya tidak akan mengatakan ADUN Pakatan yang mula buat kacau. Kekacauan berlaku sebaik sahaja Zambry dan semua EXCOnya serta tiga ADUN Bebas tidak mengikut perintah Speaker DUN. Keengganan itu disebabkan oleh keputusan yang dibuat oleh mahkamah bahawa Speaker tidak berhak menggantung Zambry dan barisan EXCOnya. Hal ini memang diakui oleh Sivakumar. Walau bagaimanapun, yang menggantung Zambry dan barisan EXCOnya bukan Sivakumar, tetapi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN yang dipengerusikannya. Mahkamah tidak pernah membuat keputusan tentang ketidaksahihan hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa termaklum.Pada masa yang sama, kes tiga ADUN Bebas masih belum diputuskan oleh mahkamah. Atas dasar itulah Speaker mengarahkan kesemua mereka meninggalkan DUN.Pada saat itu barulah Zambry dan gangnya sedar dari lamunan. Dah terantu...

UMNO pilih jalan yang bertentang dengan Demokrasi !!!!

Sidang Dun Perak, BN pilih jalan bertentangan demokrasi! Wan Nordin Wan Yaacob Mon May 11, 09 10:23:07 am MYT Jelas, kekalutan yang berlaku 7 Mei sebelum dan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak berlansung adalah idea yang sangat bertentangan dengan semangat demokrasi. Malah kedegilan Umno/BN yang berkeras mahu sidang dun diadakan hanya mengundang satu lagi episod malang buat Dun Perak yang semakin rumit. Kekusutan BN melalui Menteri Besarnya, Dato' Zambry Abdul Kadir dalam menyelesaikan kemelut rampasan kuasa hanya membungkam rasa benci rakyat yang meluap. Akhirnya ia hanya memperlihatkan krisis politik yang tercetus awal Februari lalu terus berlarutan. Di pihak BN sendiri seperti kata Ketua Penerangan BN Negeri, Dato' Hamdi Abu Bakar bahawa beliau percaya akan ada pihak yang akan membawa isu berkenaan ke mahkamah berdasarkan perkembangan semasa. "Mahkamah akan menjadi penentu. Saya fikir berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini, isu lantikan telah dibaw...

Siapa MB Perak hari ini !!!!

Keputusan perbicaraan kes siapakah MB Perak yang sah akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pukul 2.30 petang ini. Saya mengulangi pendirian, Mahkamah Malaysia dalam keadaan masih boleh dipercayai, namun janganlah kita terlalu mengharap.Apapun keputusan pada hari ini yakinlah usaha untuk mendapatkan Perak yang kita menangngi dalam PR ke 12 tahun 2008 yang lepas akan diteruskan mengikut saluran undang-undang yang masih diperuntukkan. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:19 AM

SOLAT HAJAT PUN TAK BOLEH !!! - Mutaligat

Negara 'One Malaysia' pimpinan Najib Razak menghalang umat Islam menunaikan solat hajat. Apa nak jadi dengan pemimpin BN sekarang. Lebih teruk dari Malaysia Islam Hadhari pimpinan Tun Pak Lah (TPL). Apa yang hendak kita hukumkan kepada pemimpin seperti ini yang mengaku Islam tetapi pada masa yang sama tidak membenarkan umat Islam melakukan solat hajat. Apakah mereka tidak takut kepada Allah.? Adakah dengan menghalang umat Islam menunaikan solat hajat di masjid akan menyebabkan solat hajat tersebut tidak boleh dilakukan di tempat lain? Tidak takutkah mereka kepada doa orang yang dizalimi kerana dihalang dari menunaikan solat hajat? Blogger Misabah melaporkan bahawa JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu buk...

JAIP keluar surat tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Magrib hingga subuh esok !!!

JAIP telahpun mengeluarkan surat arahan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehinggalah ke Subuh esok. Tujuannya tidak lain untuk menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat mulai pukul 5 pagi esok. Menurut sumber lain, arahan itu bukan sahaja kepada Masjid Ittihadiyyah, malahan seluruh masjid di sekitar bandararaya Ipoh juga turut diarah tutup oleh JAIP.Tindakan ini adalah atas arahan kerajaan haram BN. Orang ramai sekadar mahu menunaikan Solat Hajat dan Munajat untuk memohon kepada Allah swt keamanan dan keadilan di bumi Perak sempena sidang DUN, serta menjauhi segala perancangan jahat dari anasir-anasir yang jahat.Dalam sidang DUN pagi esok, ada dua pihak yang akan bertelingkah melalui perbahasan masing-masing, iaitu ADUN PR dan BN. Rakyat Perak berhak menyokong mana-mana pihak yang disukai dan sebagai tanda sokongan mereka boleh guna apa sahaja cara yang tidak bercanggah dengan syarak dan undang-un...

Laluan Ke bangunan SUK Perak ditutup 7 hari..!!!

Harakahdaily Wed May 06, 09 4:21:06 pm MYT IPOH, 6 Mei (Hrkh) - Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menurut laporan agensi berita Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung. Beliau berkata cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok. Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S.P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan...

PAS PERLU KEKALKAN MOMENTUM BUKAN MELAYU !!!

Harakahdaily Wed Apr 29, 09 10:10:39 am MYT Pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri, Najib Tun Razak telah banyak mendapat kritikan pelbagai pihak. Harakah mendapatkan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin untuk mengupas tranformasi pentadbiran Najib. Beliau yakin untuk terus menang, PAS perlu mengekalkan momentum bagaimana orang bukan Islam boleh percaya kepada PAS dan dasar PAS. Ikuti temubual wartawan, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Pengerusi Lajnah Perundangan dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat. HARAKAH: Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN telah memperkenalkan konsep One Malaysia dalam pentadbiran beliau. Ramai yang melihat konsep ini sebagai melupakan perjuangan Ketuanan Melayu yang selama ini didokong oleh Umno. Apa komen saudara dalam soal ini? MOHD HANIPA: Saya rasa sebenarnya BN selama ini memang tak pernah pedulikan tentang orang Melayu. Kalau benar mereka pentingkan orang Melayu, mereka tak akan buat dasar-dasar yang merugikan orang...

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO !!!!

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah,...

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker April 28, 2009 · Print This Article IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar. Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN. Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai mente...