Catatan

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Ustaz Zainudin Hashim Fri May 22, 09 11:26:08 am MYT Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya. Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat. Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini. Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga ke...

5 strategi kemenangan !!!

Oleh Ustaz Nasrudin TantawiTimbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Kemenangan yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa . Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan dikurniakan oleh Allah swt . Sebegai sebuah Gerakan Islam , sekurang – kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita . 1. Taqwa. [ taat ] Saidina Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha : ( فإني آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa k...

PAS tetap laksanakan ' Kepimpinan Ulama"

Ditulis oleh Harakahdaily Saturday, 16 May 2009 KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS menyerahkan kebijaksanaan pewakilan dalam muktamar nanti untuk membuat pilihan memilih pucuk pimpinan yang bersesuaian dengan keputusan Muktamar pada Oktober 1982. Muktamar 1982 itu telah memutuskan dengan jelas dan nyata bahawa PAS melaksanakan dasar kepimpinan ulama dalam menerajui PAS. Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada 10 Mei lalu yang dihadiri seluruh ahli syura memperincikan keluhan dan rasa tidak puas hati sama ada melalui akhbar atau 'blog'. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berkata, keputusan muktamar itu telah digunapakai tanpa sebarang masalah dan dihayati dengan teguh dan patuh. Maka ketika itu Presiden PAS ialah seorang ulama, iaitu Almarhum Yusuf Rawa dan timbalannya pula adalah Almarhum Dato' Fadhil Noor. Jelasnya, apabila Fadhil Noor ditabalkan menjadi Presiden pula maka Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi menjadi timbalannya. ...

Dakwah Non Muslim !

DAKWAH NON-MUSLIM - MASALAH DAN STRATEGI 1.0 Pengenalan Dakwah Islamiah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia adalah suatu amal yang penting untuk dilaksanakan oleh pendakwah. Menyampaikan risalah Islam kepada manusia sejagat merupakan tanggungjawab setiap Muslim baik saudara baru mahupun di sebaliknya seperti yang ditunjukkan oleh sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Baginda diutuskan untuk alam sejagat sebagai suatu rahmat dan menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam adalah bertepatan dengan tuntutun menyebarkan rahmat Allah itu. Ia juga berperanan menyumbang kepada keharmonian negara dalam jangka panjang di samping mewujudkan masyarakat bersatupadu yang mampu mempertahankan negara kita. 2.0 Masalah Dakwah Non-Muslim Peristiwa pengislaman bangsa Monggol yang pernah menakluki empayar Islam dalam tahun-tahun 600H boleh dijadikan renungan bagi semua yang berminat dalam dakwah kepada non-Muslim. Bangsa Monggol yang bengis dan kejam telah memusnahkan sebahagian besar tamaddu...

Matinya Demokrasi !!

Wan Nordin Wan Yaacob Sun May 24, 09 7:58:47 am MYT KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir pada 22 Mei lalu adalah satu keputusan yang telah diskripkan. Demikian kata Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa diminta mengulas keputusan kes rayuan Dr Zambry bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Dato' Seri Ir NIzar Jamaluddin selaku MB yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, keputusan yang telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara ini. "Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi,"ujarnya. Meskipun begitu Mohamad Sabu m...

UMNO Usahlah degil pertahan kubu rapuh di Perak !!!

Muhammad Yusri Amin Thu May 21, 09 5:16:43 pm MYT KOTA BHARU, 21 Mei (Hrkh) - Umno tidak seharusnya terus berdegil mempertahan kubu yang rapuh di Perak, memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) belum selamat dengan bilangan Adun yang ada sekarang. Ini kerana BN dan Pakatan Rakyat masing-masing ada 28 kerusi. Dan tiga kerusi lagi mewakili Bebas, selepas keluar daripada Pakatan. Oleh itu banyak pihak tampil mendesak supaya Dun Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan. Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Ahmad Rusli Ibrahim berkata, pandangan pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah amat jelas mengenai krisis di Perak. Katanya, jalan penyelesaian paling sesuai dilakukan ialah membubarkan Dun bagi membolehkan rakyat diberi semula mandat bagi menentukan kerajaan yang lebih stabil. Ditanya kemungkinan wujud kerajaan perpaduan di Perak beliau yang juga anggota Dewan Negara beliau berkata,...

BERDOALAH NIZAR MENANG ESOK !!!

KEPUTUSAN KES NIZAR VS ZAMBRY AKAN DIKETAHUI PETANG ESOK Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu pukul 3.30 petang esok. Mahkamah mula bersidang pukul 9.40 pagi tadi dengan mendengar hujah daripada peguam, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry. Sebelum mahkamah berhenti rehat, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail turut mengemukakan hujahnya sebagai pencelah. Peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang tadi.

NIZAR MENGADAP RAJA NAZRIN PAGI TADI !!!!

Imej
Menurut sumber dari pihak Istana Iskandariah bahawa YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei yang lepas itu telah diperkenan mengadap selepas Majlis Penanugerahan Pingat Sempena Keputraan DYMM Sultan Perak pada pagi tadi. Beliau telah mengadap Raja Muda sekitar 15 minit dan saya masih belum dapat mengesahkan apakah perkara yang dititahkan oleh Raja Nazrin kepada DS. Nizar dan apa pula yang dipersembahkan oleh DS. Nizar kepada Raja Nazrin. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 8:32 PM

Media bantu Rakyat nilai kebenaran krisis Perak !!

Media bantu rakyat nilai kebenaran krisis Perak Mat Zain Mat Isa Tue May 19, 09 4:34:46 pm MYT Para pemimpin Barisan Nasional (BN) terbukti semakin terdesak dan menggelabah dengan perkembangan kemelut politik Perak. Tidak cukup dengan seluruh saluran media cetak dan elektronik dikuasainya dikerah menyiarkan propaganda parti itu, Umno kini terpaksa memanipulasi media siber bagi 'menegakkan benang basah' di pihaknya. Persepsi umum cuba dibentuk menerusi ulasan dan huraian saban hari terhadap keputusan dua mahkamah awal minggu lalu berhubung siapa sebenarnya layak diiktiraf sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Walaupun keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memihak kepada Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sepatutnya dijadikan status quo, elaborasi lebih meluas diberikan secara positif kepada keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memihak BN keesokannya. Beberapa ungkapan yang tidak lekang disebut hampir setiap pemimpin BN, yang kemudiannya dipanjangk...

BN cenderung bubar DUN Perak ?

BN cenderung bubar DUN Perak? Abdul Aziz Mustafa Tue May 19, 09 12:09:19 pm MYT KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan Khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan, laporkan Malaysian Insider semalam. Jika laporan itu benar, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menyifatkan keputusan itu lebih baik dari tindakan melepaskan beban kepada Sultan Perak. Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memutuskan sama ada DUN Perak harus dibubarkan atau tidak. "Jangan bebankan Sultan untuk menanggung kesan politik gangster yang menakut-nakut serta memperalatkan orang yang menghadapi tuduhan rasuah, menyekat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di tengah jalan kononnya kerana Raja Muda hendak berjumpa dan mengumpan rasuah. "...

Sultan tidak boleh pecat MB - Mahkamah Tinggi !!!

Mahkamah Tinggi: Sultan tidak boleh pecat MB post info By Anwar Ibrahim Categories: Analisis , Asia Tenggara , Demokrasi , Hebahan , Isu Semasa , Malaysia , Pakatan Rakyat and Sidenotes Dari Malaysiakini Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda. Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada 11 Mei lalu, bila beliau mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain. Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, lapor Bernama. “Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai...

Takut Kalah la Tuuu !!!

18 Mei 2009 BN mengaku kalah ?, tidak tanding kerusi Penanti Barisan Nasional tidak akan meletakkan calon menentang PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut. Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara.Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut. namun kitadapat menilai sendiri bagaimana susahnya BN ingin mengemukakan alasan di atas dan sekurang-kurangnnya sebanyak tiga kali mesyuarat penting dilakukan untuk memutuskan keputusannya pada hari ini.Bermula dengan Mesyuarat MT UMNO, selepas itu Biro Politiknya dan hari ini Majlis Tertinggi BN baru ada keputusan.Beliau mengumumkan demikian sel...

PKR lancar kempen "KEMBALIKAN HAK RAKYAT PERAK"

May 18, 09 12:14pm PKR akan melancarkan kempen penerangan "Krisis Perak: Kembali Pada Rakyat" pada jam 9 malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan (Dataran Pasar Malam), PJS 2D/7 (Markaz PAS PJS). Berikutan itu satu ceramah perdana akan diadakan di situ malam ini yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ADUN Perak, Chang Lih Kang (Teja) dan Kesavan (Hutan Melintang), serta ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad. Menurut kenyataan biro penerangan PKR hari ini, kempen tersebut akan diteruskan ke seluruh negara dalam masa terdekat ini.Kempen itu bertujuan memberikan penerangan berkenaan krisis politik di Perak; serta menyampaikan mesej kepada rakyat agar bersatu menuntut hak rakyat dikembalikan.Perak dilanda kemelut politik apabila BN dan Pakatan Rakyat berebut pentadbiran kerajaan negeri. Perak diperintah Pakatan selepas pilihanraya umum 2008 tetapi Februari lalu ia diambil alih oleh BN selepas tiga ...

Segalanya dua di Perak 1 halal dan 1 haram - Sivakumar

Lanjusoh Rizal Tahir Sun May 17, 09 5:17:06 pm MYT KOTA BHARU, 17 Mei (Hrkh) - Aneh lagi luar biasa. Mungkin juga boleh menjadi tarikan pelancong. Ini kerana segalanya ada dua di Perak sekarang. Bermula dua kerajaan, dua Menteri Besar dan dua Speaker. Selain itu ada dua setiausaha kerajaan negeri dan dua setiausaha Dewan Undangan Negeri (Dun). Namun harus diingatkan satu daripadanya haram dan satu lagi halal. Speaker Dun Perak, V Sivakumar berkata, semua perkara yang tidak berlaku di negara-negara lain ada di Perak sekarang. "Ketika saya masih lagi speaker yang sah, Adun Barisan Nasional melantik pula speaker baru. Speaker tersebut diibaratkan duri dalam daging. "Apa yang lebih menggelirukan lagi apabila setiausaha kerajaan negeri pula cuba bertindak bagi pihak speaker dengan melarang media yang tidak pro Umno membuat liputan pada persidangan Dun 7 Mei lalu. "Sedangkan kuasa bagi menentukan seseorang boleh atau tidak masuk dewan negeri adalah di bawah bidang kuasa Spe...

BERSEDIA UNTUK KE PERAK !!!!

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia Hashim Abdullah Sun May 17, 09 8:30:41 am MYT TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini. Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. "Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak. "Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta ...

Senarai penuh calon yang layak bertanding di Muktamar PAS !!!

Harakahdaily Sat May 16, 09 12:33:25 pm MYT KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Berikut adalah senarai nama-nama calon yang layak bertanding dalam Muktamar PAS akan datang. PENGERUSI TETAP 1. Abu Kassim Abdullah 2. Hussain Ismail TIMBALAN PENGERUSI TETAP 1. Hussain Ismail 2. Ishak Surin 3. Misbahul Munir Masduki 4. Nasuruddin Daud 5. Tengku Puji Tengku Abd Hamid 6. Wan Abdul Rahim Abdullah PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang TIMBALAN PRESIDEN 1. Azizan Abdul Razak 2. Haron Din 3. Husam Musa 4. Mohamad Sabu 5. Nasharuddin Mat Isa NAIB PRESIDEN 1. Ahmad Awang 2. Azizan Abd Razak 3. Mohamad Sabu 4. Harun Taib 5. Hassan Mohd Ali 6. Husam Musa 7. Idris Ahmad 8. Kamaruddin Jaffar 9. Mahfuz Omar 10. Mohd Amar Abdullah 11. Mujahid Yusuf Rawa 12. Nasharuddin Mat Isa 13. Nizar Jamaluddin 14. Salahuddin Ayob 15. Taib Azamuddin Md Taib 16. Tuan Ibrahim Tuan Man AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. Abdul Aziz Yaakob 2. Abdul Ghani Abdul Rahman 3. Abdul Ghani Shamsuddin 4. Abdul Halim Abdul Rahman 5. Abdul Wahab Ismail 6....

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding !!!!!

Pemilihan PAS, Tidak Ada Pertandingan Presiden Bila Tuan Guru Hj.Hadi Awang Menang Tanpa Bertanding Bagi Mengekalkan Jawatan Itu KUALA LUMPUR [5.00 pm] - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS. Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu. Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan. Satu lagi kawasan iaitu Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penya...

MAHKAMAH PINDA TARIKH !!!!!

MENGAPA MAHKAMAH PINDA TARIKH ? Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. ?. Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry.Dengan pindaan ini, rakyat semakin pra sangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Hj Nizar. Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Dato' Seri Hj Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Hj Nizar dipinda ke 21hb.Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa den...

Sidang 7 Mei tidak sah !!!! - Prof Aziz Bari

Prof Aziz Bahri, Sidang 7 Mei Tidak Sah - malaysiakini Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat sidang DUN Perak 7 Mei lalu tidak sah. Sidang itu baginya, adalah rentetan dan siri perbuatan haram yang beranak-pinak dan terus menimbulkan kekecohan dan kekeliruan dalam negara. Beliau berhujah, dari awal lagi sidang berkenaan mengenepikan kedudukan dan kuasa Speaker V.Sivakumar. Selain itu, pelbagai arahan serta perintah dibuat Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak mempunyai autoriti. Sidang itu sendiri dilakukan melalui rampasan, khususnya Hee Yit Foong yang bertindak memulakan sidang meskipun Sivakumar ada dan masih belum disingkirkan.Aziz berpendapat V.Sivakumar masih lagi Speaker DUN Perak yang sah. Dalam persidangan haram itu, Ganesan kelihatan tidak begitu petah bercakap dan tidak begitu mahir dengan peraturan dewan sehingga terpaksa dibantu oleh Dato' Hamidah Osman. Aziz menyifatkan kekecohan di DUN Perak itu adalah yang kedua selepas rampasan kuasa oleh BN ...

Sivakumar bertindak !!

Sivakumar failkan saman terhadap Ganesan IPOH: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar daripada Pakatan Rakyat hari ini memfailkan saman terhadap Speaker R Ganesan kerana tindakan yang dikatakan menghina beliau dan ekoran dikurung semasa semasa sidang DUN Perak minggu lalu.Beliau memfailkan saman itu pada pukul 11.45 pagi tadi di Mahkamah Tinggi di sini. Posted by pemudabesut at 2