Abu Firdaus Mon Jun 01, 09 6:43:09 pm MYT DARI segi bahasa, Pakatan Rakyat bermaksud permuafakatan rakyat, iaitu rakyat berpakat. Sementara Barisan Nasional dimaksudkan barisan kebangsaan. Mana lebih indah, pakatan atau barisan? Ia mungkin hanya nama gabungan parti politik, yang kebetulan dipilih mewakili sekumpulan pertubuhan siasah. Makananya, setelah menubuhkan lima kerajaan negeri selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, maka diberikan saja nama Pakatan Rakyat kepada gabungan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Hakikatnya ia lebih mendalam daripada nama saja. Makna rakyat yang ada pada Pakatan Rakyat membawa maksud inti perjuangan ketiga-tiga parti itu. Seringkali rakyat dilihat sebagai terjemahan kepada perkataan Inggeris �people�. �People� boleh bermaksud orang, orang ramai atau penduduk. Tetapi dalam bahasa Melayu, maksud rakyat adalah lebih mendalam. Sememangnya ia berasal daripada perkataan Arab, rakyat, tetapi apabila telah dimelayukan, ia membawa maksud tersendiri. Untuk me...