Catatan

Pemuda PAS rakamkan simpati mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

Imej
IPOH (16 Mac 2010) - Pemuda PAS Perak yang di ketuai oleh Salman Saleh selaku Naib Ketuanya telah menziarahi mendiang Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu yang mati di tembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, yang kini masih di bedah siasat di Hospital Tengku Bainun, Ipoh sebentar tadi. Beliau di iringi oleh Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha dan juga Ridzuan Rashid selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS yang berhubungan rapat dengan mendiang di dalam mengusahakan sokongan orang bukan melayu terhadap PAS khasnya. Salman dalam masa bertemu dengan Suresh, anak tiri keempat mendiang menyatakan kesedihan di atas kejadian yang menimpa mendiang bagi pihak Pemuda PAS Perak. Salman juga menyampaikan sumbangan bagi pihak Pemuda PAS Perak kepada anak tiri mendiang tersebut. "Bagi pihak Pemuda PAS Perak, kami merasakan kehilangan mendiang yang banyak membantu kami di dalam mendekatkan diri bersama masyarakat berbilan...

Tahniah Datuk Seri Azizan Raza

Posted on Sunday, March 14 @ 19:44:50 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Abdullah Ngah Tahniah pada Datuk Seri Azizan Razak Menteri Besar Kedah, kerana beliau benar benar mengenali pegawai kerajaan yang di terajuinya.Sayang Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan barisan EXCO kerajaan ketika memerintah Terengganu dahulu tidak mengenali pegawai kerajaan. Ustaz Azizan Razak mengenali pegawai kerajaan negerinya sebagai Umno "hangit" yang barangkali boleh jadi akan bertahan lama sebagai kerajaan PAS.Mungkin beliau mengambil pengiktibaran dengan apa yang berlaku di Terengganu agar tidak berlaku di Kedah. Tok Guru Haji Hadi dan barisan EXCOnya tidak pernah menganggap pegawai Kerajaan sebagai Umno hangit. Malah masing masing percaya dan yakin pegawai kerajaan UMNO hangit itu sudah sokong PAS. Dalam satu ucapan beliau pernah berkata bahawa 80 peratus pegawai kerajaan menyokong PAS.Kita tidak tahu dari manakah diambil sumber itu.Bukan setakat itu sahaja malah barisan kepim...

83% Responden Kata Tidak Wajar PAS Terima Kemasukan Zulkifli Noordin

Imej
U ndian SMS Edisi 7 menyatakan 83% responden berpendapat tidak wajar PAS menerima kemasukan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan cuma 17% menyatakan disebaliknya . Zulkifli boleh mengemukakan permohonan untuk kembali kepada PAS, tetapi terpulang kepada parti itu sama ada mahu menerimanya atau tidak, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hasan. Pada asasnya, kata beliau, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan pucuk pimpinan parti. Menurutnya, ini selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh parti Islam itu. Nasrudin menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerima semula Zulkifli. Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat. Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu. Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam P...

Kerajaan campuran: Nik Aziz tempelak Mufti Perak

Imej
Kerajaan campuran: Nik Aziz tempelak Mufti Perak Posted on Sunday, March 07 @ 21:05:30 PST Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu KOTA BHARU 7 Mac - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwanya masuk campur dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak. Mursyidul Am Pas itu mendakwa peranan Harrussani selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) merendahkan martabatnya sebagai mufti malah tidak lagi layak memakai gelaran itu. "Beliau telah menjadi ejen UMNO. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular. "Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa)," kata beliau dalam kenyataan hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai reaksi terhadap pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'b...

Reformis seru pengundi demo bantah AP lompat

| Print | E-mail Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mereka juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan itu adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia. Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mereka sudah lama senyap tetapi kini mula bersuara kembali melalui kenyataan ini. Kumpulan tersebut yang mendakwa diberi mandat untuk mewakili lebih 2,000 aktivis reformasi seluruh negara dengan tegas menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwa...

SIDANG DUN PERAK - ADUN PR PULAU NOTIS SPEAKER HARAM

Posted on Tuesday, March 02 @ 01:37:56 PST Dilulus untuk paparan oleh kerissakti Sumber : wfauzdin.blogspot SHAH ALAM, 2 MAC - Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan pada 30 Mac ini. Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf notis yang dikeluarkan itu kerana Ganesan bukan Speaker yang sah, sebaliknya jawatan itu masih disandang Speaker V Sivakumar. Bagaimanapun, Nizar berkata, ADUN Pakatan Rakyat sedia menghadiri sidang dewan berkenaan jika notis dikeluarkan oleh Speaker S. Sivakumar. “Kalau dia panggil kita tidak hormat sebab dia bukan Speaker...kita tidak iktiraf surat dia. Jadi kita hanya hadir jika Speaker yang sah, Sivakumar panggil (sidang DUN),”katanya ketika dihubungi TVSelangor. Terdahulu, Speaker lantikan Barisan Nasional, Datuk R Ganesan melalui notis yang ditandatangani Seti...

CINA ISLAM KEMALANGAN DI BUKIT BERAPIT

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping. Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis. Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Ku...

Khalil : Zambry dalam ketakutan

Imej
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya. IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini. Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat. "Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya. Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali ....

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang teta...

al banjari - Jom !! Datang ke Konvensyen Blogger PAS Perak

Imej
Lokasi penunjuk arah ke tapak Konvesnyen Bloggers PAS Perak Di bawah dimaklumkan ATURCARA RASMI sepanjang hari Konvensyen Bloggers PAS Perak 2010 yang akan berlangsung di BIO Career Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan blogger al-Banjari di talian 012-4026129. Kepada mereka yang mahu menyertai Konvensyen ini sila maklumkan awal kepada beliau. Tempat adalah TERHAD . Walaupun program ini adalah program Tertutup parti, namun penyertaan juga tetap dibuka kepada UMUM* . Sila hadir ke meja pendaftaran untuk pengesahan tempat atau smskan ke nombor di atas. Selamat Datang dan Selamat berkonvesnyen. TARIKH 20 FEB 2010 (SABTU) TEMPAT Dewan Konvensyen Banjaria - BIO CAREER, Parit Buntar, Perak. MASA 8.30 AM – 5.00 PM PESERTA KHUSUS : 1. BLOGGER PAS Perak 2. Ketua Penerangan PAS Kawasan 3. SU Lajnah Penerangan PAS Kawasan 4. Jemputan Khas PROGRAM [PAGI] 8.30am - 9.30am Pendaftaran Blogger PAS | Jemputan dan wakil Penerangan PAS Kawasan seluru...

PELBAGAI KAUM HADIR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PAKATAN RAKYAT DI TAIPING !

Imej
16 Feb. Taiping. Pelbagai kaum menghadiri sambutan tahun baru anjuran Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Dewan Kwantung, Taiping. Kehadiran di anggarkan sekitar 5,000 orang. Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan tarian singa menyambut kehadiran para tetamu dan tamat jam 1.30 tengahari. Para tetamu islam di hidangkan dengan makanan halal pelbagai jenis. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas, Lim Kit Siang, YB Menteri Besar Perak yang Sah Dato' Seri ir.Nizar bin Jamaluddin, Ustaz Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak, Dato' Nge Ko Ham , Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak,Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, Ketua Pemuda DAP Perak, YB Sivakumar , speaker DUN Perak serta di hadiri oleh para Adun-adun Perak dan Pimpinan Pakatan Rakyat. kehadiran yang ramai membuktikan rakyat negeri Perak menolak Politik Racis yang di amalkan oleh Umno dan Barisan Nasional kata Nizar.

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN PAKATAN RAKYAT

Imej
TARIKH 16HB.FEBRUARI.2010 (SELASA) TEMPAT DEWAN KWANTUNG, TAIPING (BERSEBELAHAN MAHKAMAH) JAM 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

SU politik Nor Yakcob letak jawatan

Imej
Feb 15, 10 5:15pm Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini. Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu. Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah. Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi

Imej
| Print | E-mail Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau. Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah. "(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno. "Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays...

LAPORAN POLIS DARI BADAN-BADAN NGO PERAK TERHADAP BLOGGER FITNAH TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Imej
12 Februari 2010 28 Safar 1431H Email : mohd hafez sabri Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat. Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. K...

85% daripada 11073 undian tolak Zambry sebagai MB Perak

Imej
Admin | Thursday, February 11, 2010 | 0 comments Dalam satu undian terkini di bahagian Poll akhbar Sinar Harian edisi internetnya menunjukkan ramai 85 % rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Undian itu telah memberi tamparan hebat kepada Zambry dan penyokongnya kerana kononnya sebelum ini rakyat menerima dan memberi sokongan padu kepada Zambry sebagai MB Perak. Betul kata Presiden PAS, TG Haji Hadi bahawa Dato` Seri Muhamad Nizar masih lagi diberi kepercayaan dan diterima oleh rakyat untuk menerajui Perak. Sekarang terbukti dengan nyata sekali yang rakyat memang memberi sokongan padu kepada Nizar yang dilihat lebih menitik berat akan kebajikan dan keharmonian rakyat. Dalam Poll itu, Sinar Harian telah mengajukan persoalan, “Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semu...

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS

Posted on Februari 3, 2010 by HermanSamsudeen “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan ManNaib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum. Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kera...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz hadir di Mahkamah memberi sokongan pada Anwar

Imej

Kedutaan Amerika Ke PAS Perak