Catatan

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan! -

Imej
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/07/sasterawan-negara-dato-samad-said-mahu.html Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara. Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah. Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka. Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ad...

Terkenang 10/06/15: Ustaz Hasan arkitek tak bertauliah

  Subky Latif    ALMARHUM Dato  Fadzil Noor selalu menyifatkan Ustaz Hassan Shukri sebagai akitek tak bertauliah. Dan Almarhum Ustaz Hassan Shukri menerimanya dengan senyum dan senang hati atas jolokan akitek  tak bertauliah itu kerana ia satu penghormatan kepada kebolehnannya membina bangunan yang ada hubungan kegiatannya. Mithalnya Surau Tarbiyah di Taman Melewar, Batu Caves Kuala Lumpur. Surau yang dibina kerajaan itu diberi nama Surau Tarbiyah dipercaya dia yang memberi namanya. Nama Tarbiyah yang bermaksud pendidikan itu sangat dekat di hatinya. Apabila dia membina markaz PAS juga di Taman Melewar, lalu dinamakannya Martaz Tarbiyah PAS Pusat pula. Semasa dia menjadi Setiausaha Agung PAS di bawah pimpinan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor digalakkannya negeri dan kawasan PAS membina Markaz Tarbiyah masing sebagai pusat pentadbiran parti dan sekali gus menjadi musalla. Surau Tarbiyah tadi dibina mengikut...

Tahukah anda? bahwa ada 32 “Rahasia” Israel Yang Tidak Dipublikasikan

Imej
Tahukah anda bahwa selain ras yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel? Tahukah anda bahwa setiap ras yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara otomatis? Sementara warga Palestina yang terlahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestina? Tahukah anda bahwa penduduk Palestina yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara ras yahudi dan non yahudi? Tahukah anda bahwa Yerusalem bagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat internasional khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bagian dari Israel? Tahukah anda bahwa Israel mengalokasikan 85% air bersih hanya untuk ras yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestina yang menetap di kawasan Israel? Secara realitas, Israel mengalokasikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk...

Nabi Muhammad (s.a.w) Dalam Kitab Hindu - Perisik-Rakyat

Wednesday, June 02, 2010 Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar bererti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. Di India adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatu bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalau sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu....

Najib di beri tempoh 48 jam supaya berhenti menyokong Zionis

Posted on Tuesday, June 01 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Berita Oleh: LeeSlimShady " Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi tempoh 48 jam untuk bertindak segera membentang pelan bagi menyelamatkan rakyat Malaysia yang ditawan oleh rejim Zionis. Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, parti itu juga menuntut dalam tempoh 48 jam berkenaan Najib perlu memanggil sidang khas parlimen membincangkan isu serangan Israel ke atas flotila kebebasan yang menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. "(Selain itu), dalam tempoh tidak lebih dari 48 jam kerajaan hendaklah menamatkan kontrak dengan syarikat perunding antarabangsa yang merupakan proksi kepentingan politik Israel dan Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pakatan Rakyat, juga katanya menuntut kerajaan menghentikan dengan segera sebarang urusan perdagangan yang rasmi atau tidak rasmi dengan Israel. Beliau juga kecewa dengan Mat Monggol yang hanya mengeluarkan keny...

Isu Lesen Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010

Posted on Friday, May 28 @ 19:30:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh NASHARUDIN MAT ISA Judi adalah jelas hukumnya disisi Islam. Allah SWT telah mengharamkan judi melalui firman-Nya di dalam Surah Al Maidah, Ayat 90 : Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan." Begitu juga surah Al-Baqarah, ayat 219 : Maksudnya : "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" Sesiapa yang beriman dengan Al-Quran, wajib baginya beriman dengan haramnya judi walau apa pun bentuk dan namanya. Begitu juga, tidak ada mana-mana agama di dalam dunia ini yang menghalal dan menggalakkan amalan ber...

JUDI SUKAN : MEMPERLEKEHKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. APA KATA PERKASA??

Posted by Uncle Ash under Articles Leave a Comment   AMK Muar merasa amat terkejut dan kesal dengan kenyataan YB Senator Dato’ Dr. Awang Adek Hussin bahawa Kerajaan Malaysia bersedia menimbang membenarkan atau menghalalkan Kegiatan Perjudian Sukan diadakan di bumi Malaysia. Dengan bersandarkan hujah untuk memudahkan pemantauan perjudian sukan di Negara ini maka, kegiatan judi sukan dihalalkan, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Sebagai sebuah Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Rasmi Persekutuan, kegiatan perjudian seperti ini dilihat sebagai mempersendakan agama Islam. Islam secara jelas mengharamkan segala bentuk kegiatan perjudian. Firman Allah “Hai orang – orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib, adalah (perbuatan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhi, mudah – mudahan kamu mendapat kemenangan” – Surah Al Maidah Ayat 90. AMK Muar juga berpendapat da...

Majlis Dailog PAS Perak dengan paderi Kristian Ipoh

Imej
Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Langkawi. Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas. Setelah PAS berpengalaman menerajui negeri Perak bersama DAP dan PKR serta pengalaman memerintah di negeri...

Tumbangnya Keangkuhan BN Di Sibu. Sarawak Bukan Lagi Simpanan Tetap BN.

Keputusan RASMI: BN: 18,447 DAP: 18,845 Bebas: 232 Majoriti: 398. Baru padan dengan muka UMNO BN! Kita telah peringatkan jangan dilawan hukum Tuhan yang mengharamkan judi, tapi UMNO BN lawan jugak, akhirnya terkangkang di Sibu sekalipun Pakatan Rakyat sendiri melalui jalan sukar untuk mencapai kemenangan di situ. Namun, kuasa Tuhan, sekalipun BN merasa begitu angkuh akan mencapai kemenangan di Sibu dengan lansung tidak menghiraukan panggilan kepada kebenaran dan keadilan, akhirnya dihukum di kerusi Parlimen Sibu. Difahamkan majoriti pengundi Melayu yng menjadi penentu keputusan PRK Sibu telah menolak BN. Rasuah politik Datuk Seri Najib Razak yang membuat janji saat-saat akhir sebelum kempen pilihan raya kecil Sibu dengan mengatakan kesediaan kerajaan pusat memberi bantuan kewangan kepada penduduk di sini. Perdana Menteri muncul di kubu kuat DAP sambil mengumumkan dana RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park. Masyarakat Sibu khususnya dan rakyat Malaysia amn...

PERKESO dalam Syarikat Arak

Imej
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/05/perkeso-dalam-syarikat-arak.html Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut . PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja . Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih . Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini ....

Jangan Jadikan Matlamat halalkan cara

Imej
Oleh Ingeniur Dalam Islam kita telah diajar bahawa sebarang pertaruhan atau pun dengan bahasa mudahnya JUDI adalah sesungguhnya HARAM! Tiada istilah menghalalkan sebarang bentuk perjudian atau pun pertaruhan ini waima diatas nama kebajikan sebagaimana suatu ketika dahulu diawal-awal kearah kemerdekaan negara kita (awal tahun 50an), UMNO telah cuba memperkenalkan Loteri Kebajikan atas dasar untuk membantu sumber kewangan parti dan juga menolong rakyat yang miskin pada ketika itu! Atas sifat ketegasan UMNO untuk melaksanakan ‘kebajikan' tersebutlah maka tercetuslah idea untuk para ulama yang berada didalam UMNO ketika itu untuk keluar daripada parti kerana membantah keputusan untuk mengadakan loteri kebajikan tersebut. Di negara kita, keunikannya ialah apabila wujudnya istilah judi halal dan judi haram walaupun terus terang semua orang tahu judi itu haram disisi Islam! Mengikut takrifan yang kita fahami, istilah ‘Judi Halal' itu ialah sebarang bentuk pertaruhan atau perjudi...

Hanya RM4 juta, murahnya nak jatuhkan PM kita

Imej
Posted on Friday, April 30 @ 11:15:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Dato Husam Musa Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM 4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar. Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah. Apa sebab mahal dan apa pula sebab murah? PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya. Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah ...

Ulama anggotai kumpulan dikir barat

Muhd Yusri Amin    KOTA BHARU, 29 April: Kelantan mencetus satu lagi kejutan baru apabila menubuhkan pasukan dikir barat di kalangan ulama yang terdiri daripada guru-guru agama dan imam masjid. Biar pun berpakaian jubah dan serban di kepala, mereka boleh berdikir seperti kumpulan dikir barat lain. Jangan terkejut kerana inilah idea dicetus Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan baru-baru ini beliau melancarkan kumpulan dikir barat tersebut yang dikenali sebagai Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat. Ketika berucap pada perlancaran kumpulan terbabit, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana cita-citanya untuk memperbanyakkan medium dakwah berjaya direliasasikan melalui persembahan dikir barat. “Kenapa kita tidak pergunakan persembahan dilkir barat untuk saluran dakwah Islam. Hari ini kita melancarkan Kumpulan Dikir Barat Sri Halaqat,” katanya di Balai Islam, Lundang. Bagi melahirkan rasa gembiranya, beli...

TMB : PAS Ucap Tahniah dengan wujudnya Gerabak Khas Wanita

Imej
K Posted on Wednesday, April 28 @ 18:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana memperkenalkan gerabak khas untuk penumpang wanita KTM Komuter. Ini adalah satu penghormatan kepada kaum wanita dan keunikan buat sistem pengangkutan awam dinegara ini. PAS amat menyokong langkah ini kerana ia mampu memberikan keselesaan kepada penumpang wanita yang selama ini terpaksa berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki khususnya ketika waktu puncak. Malah langkah ini dapat mengurangkan masalah ganguan seksual kepada penumpang wanita. Langkah ini menepati syariat Islam yang meletakan wanita ditempat paling istimewa yang perlu dilindungi dan dilayani dengan sebaiknya. Kemudahan KTM ini walaupun baru namun diyakini akan mendapat sambutan meluas berikutan jumlah penumpang komuter setiap hari yang ramai. Perkara ini sudah lama diadakan diluar nega...

Kalau BN pulih ini keputusannya !!!

Imej
Najib kata sokongan terhadap BN telah pulih... benar ke sokongan telah pulih kalau Zaid dapat 23,272 berbanding BN dapat 24,997??? Kalau benar-benar pulih inilah keputusannya... KEPUTUSAN PRU 2004 P094 - HULU SELANGOR 1. ISMAIL BIN KAMUS (PAS).......................13,324 2. PALANIVEL A/L GOVINDASAMY (BN)....... 27,807  MAJORITI  .............  14,483 N09405 - HULU BERNAM  1. MOHAMED IDRIS BIN ABU BAKAR (BN)....9,264  2. ABDUL SUKOR BIN ALI (PAS)......................2,713 MAJORITI  6,551 N09406 - KUALA KUBU BAHARU 1. DATO' CH'NG TOH ENG (BN)..........10,005  2. KUAN WAI SOON (DAP).......................2,549 MAJORITI  7,456 N09407 - BATANG KALI 1. HALILI BIN RAHMAT (KEADILAN).............. 4,070 KLH 2. ZAINAL ABIDIN BIN SAKOM (BN)........ 12,898  MAJORITI  8,828 Kindle Wireless Reading Device (6" Display, Global Wireless, Latest Generation)

Tahniah!! walaupun klah tapi undi meningkat

Oleh: hermansamsudeen "Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat. Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013… sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi. Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat...

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Imej
Posted on Sunday, April 25 @ 17:23:20 PDT Dilulus untuk paparan oleh  kerissakti Oleh:  ruhan " Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor telah pun diketahui. BN-MIC telah memenanginya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi PRK Parlimen pasca-PRU ke-12 kedudukannya seri. Dahulu Pakatan Rakyat merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO. Kini, BN-MIC merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Namun demikian, bacaan terhadap kecenderungan yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu amat merisaukan. Sebahagian besar mereka turut menyokong persahabatan kerajaan dengan Yahudi yang memperjuangkan ideologi zionis. Percambahan sokongan ini menunjukkan bahawa perkiraan keagamaan tidak menjadi keutamaan kepada insan yang mengaku mereka Islam. Kesannya kepada masa depan negara amat menggerunkan. Kedua, di kawasan majoriti Melayu yang letaknya terceruk, gula-gula politik masih laku. Hal ini akan memudahkan lagi tugas UMNO menghadapi setiap pilihan ray...

Surat Terbuka Buat Mufti Perak

Imej
Posted on Friday, April 23 @ 19:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih Oleh  MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web :  Links PENDAHULUAN Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau  Protokol Yahudi . Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi. Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis te...