Catatan

Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000

SHAH ALAM, 7 OKT : Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir besar di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah sebagai pendahuluan," katanya dipetik daripada Harakahdaily Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk ...

Wajib lulus Sejarah untuk Kepentingan politik Umno ?

Imej
Posted on Friday, October 29 @ 16:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh Nazli Ibrahim PETALING JAYA: Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri. Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan. Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka. Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-a...

PEMUDA UMNO PERLEKEH TADIKA KEMAS

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

Imej
Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia ...

Galas: PAS lancar gerak kerja 19 Oktober

Imej
Mohd Nor Yahya    KUALA LUMPUR, 14 Okt:  PAS Kelantan akan melancarkan gerak kerja bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas pada 19 Oktober ini bertempat di bandar Gua Musang. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, senarai nama calon sudah ada di pengetahuan PAS Pusat dan Kelantan akur dengan keputusan itu. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri berkata demikian ketika ditemui di Rumah Sri Kelantan, di sini ketika menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, malam tadi. “Bagi kita di dalam PAS, senarai nama yang dihantar tersebut adalah semuanya berkelayakan, namun ia terpaksa dibuat pilihan oleh Majlis Syura dan kita harap semua pihak akan menerima sesiapa sahaja yang akan menjadi calon PAS di Galas nanti,” katanya. Menyentuh jentera parti, Muhammad Fadzli berkata, PAS sudah mempunyai banyak pengalaman dan selepas PRU ke-12 hingga kini sudah memasuki 12 PRK dan kesemuanya PAS m...

Ibrahim Ali kena tarik gelaran ' Datuk Paduka'

Imej
Sultan Muhammad Ke-5 telah menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali menurut laporan The Star hari ini. Selain Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Bebas bagi Pasir Mas, Sultan Kelantan juga menitahkan gelaran Datuk juga ditarik daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud. Tidak ada butiran lanjut diperolehi setakat ini berhubung alasan gelaran tersebut ditarik balik. Bagaimanapun Ibrahim dilihat amat lantang 'memperjuangkan' hak serta 'ketuanan' Melayu sehingga menimbulkan kontroversi dengan pemimpin Umno seperti Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan juga rasa tidak senang dikalangan masyarakat Cina dan India. Posted by pemudabesut at 1:59 PM 0 comments Links to this post

Galas :siap sedia hadapi sebarang kemungkinan

Imej
Nazri Abdullah    KUALA LUMPUR, 8 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan. Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan. "Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas. "Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen. Ianya antara lain termasuk ugutan, rasuah kepada pengundi dan provokasi keterlaluan sehingga mencetuskan suasana tegang. Bagaimanapun menurutnya, jika PAS mengatur strateg...

Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat

Imej
Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya. Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan. Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah. Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran beri...

Adun Galas kembali ke rahmatullah

Imej
TERKINI Dr M ulangi apa yang Tunku buat 51 setinggan bawah talian TNB dapat tawaran rumah Adun Galas kembali ke rahmatullah Ahli akademik jangan jadi alat Umno Ijtimak Tarbawi: “Revisited Tarbiah dalam Jamaah"  Wartawan Kita    KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini. Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu. Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang. ( Gambar kiri: Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru . Gambar kanan : Chek Hashim ) Allahyarham dikesan menghidap penyakit b...

Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar berdebat

Imej
Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. "Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya. Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ( gambar ), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno ...

First Ladies: Rosmah `Tidak Sopan’ Pada Permaisuri Agong

Dari Harakah Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai ‘tidak sopan’ dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. “Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana,” kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PA...

Sokongan rakyat Kelantan pada PAS makin kukuh

Imej
Mohd Nor Yahya    KOTA BHARU, 18 Sept: Kejayaan PAS mentadbir Kelantan diraikan oleh setiap lapisan masyarakat yang kini menyambut tahun ke-20 dengan sokongan rakyat yang semakin kukuh. Ini dibuktikan kehadiran rakyat ke majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kelantan yang mencecah 15,000 orang pada tahun ini, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Ketika ditemui di majlis tersebut, beliau berkata, sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Kelantan terhadap pimpinan ulama di bawah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh dijadikan kayu pengukur. (Gambar: Tun Guru Nik bdul Aziz dan Salahuddin bersama ketua kaum Sikh.) Justeru, katanya dakwaan Umno bahawa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan amat tidak berasas. “Pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan dan parti di Kelantan kini, kita boleh lihat sambutannya yang begitu memberangsangkan dan dakwaan Umno yang mengatakan rakyat Kelantan sudah bosan dengan PAS tersasar sama sekali,” katanya yang ...

TELEVISYEN PENUH DENGAN HANTU !!

Imej
MENYAMPAH..! Itulah agaknya perkataan paling sesuai untuk dilemparkan kepada stesen televisyen Malaysia. Bermula Malam raya hingga hari ini (17/9/2010) boleh dikatakan kesemua chanel ada cerita hantu. Macam-macam tajuk... Nak sebut pun meluat. Seolah-olah perayaan aidilfitri ni pesta sambutan hantu pulak. Masalahnya bila budak-budak tengok mak bapak pulak nak kena temankan mereka tido malam-malam..Takut hantu...Tadi tengok kat tv... Saya minta stesen tv kalau nak tayang cerita tapis-tapis la sikit atau haramkan terus cerita-cerita sampah macam tu. Televisyen sepatutnya menyampaikan mesej yang baik & mendidik supaya masyarakat takutkan Allah. Tapi sebaliknya, didik manusia supaya takutkan hantu... Mungkin hantu dah menguasai stesen televisyen di Malaysia terutamanya TV3 suku dan rakan seangkatan dengannya. Sebab tulah banyak keluar berita-berita palsu. Yelah hantu mana reti cakap betul...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Dipukul guna kayu kriket

Imej
PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin (tengah), menunjukkan kertas kenyataan media polis pada sidang akhbar mengenai kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah (kiri) ; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman dan Datuk Hadi Ho Abdullah. Polis sahkan suspek utama tidak pernah dikurnia Datuk KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=793...

Syariat Islam tonggak tertinggi perundangan

Imej
Ismail Hashim    BANTING, 17 Sept: Umat Islam khususnya wajar melihat semula kejayaan pelaksanaan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi perundangan kehidupan Muslim ekoran kebejatan berbagai masalah mutakhir. Demikian penegasan oleh Pengasas Pondok Bustanul Arifin, Ustaz Ahmad Ansori mengulas perkembangan negatif terkini yang berlaku dalam negara ketika ditemui di pusat tarbiyahnya, di sini petang kelmarin. Menurutnya, umat sewajibnya mengakui segala perintah yang Allah SWT. tentukan itu adalah yang terbaik diturunkan sebagai pedoman paling berguna menyuluh kegelapan perjalanan mereka. "Tanpa itu semua, umat Islam seperti berada di dalam gelap gelita seperti malam tanpa bintang meskipun mereka merasakan seperti berada di bawah cahaya terang mentari di siang hari," ujarnya. Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 7 tahun mendidik lebih 100 pelajar termasuk 12 mereka yang terlibat di dalam berbagai masalah peribadi kronik termasu...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek ada harta lebih RM100j

Imej
SOSILAWATI dikatakan dilihat kali terakhir di restoran makanan laut berdekatan tempat pembunuhannya bersama tiga individu lain di Banting, Selangor. Aset dipercayai diperoleh secara tipu, pemilikan guna nama proksi KUALA LUMPUR: Peguam dan ahli perniagaan yang juga suspek utama kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lagi rakannya dipercayai memiliki kekayaan luar biasa, termasuk aset bernilai lebih RM100 juta, kebanyakannya menerusi penipuan sehingga membawa kepada pembunuhan. <a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=7934" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1734717&Page=&PluID=0&Pos=7934" border=0 width=400 height=200></a> Ia merangkumi hartanah seperti bangunan komersial, ruang pejabat, stesen minyak, kilang, rumah mewah, ladang, kedai makan, pusat penternakan dan lot tanah di Sela...

Pembunuhan Susilawati: Ulasan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Imej
Wednesday, September 15, 2010 1. Saya mengucapkan takizah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sosialawati Lawiya, jutawan kosmetik yang telah dibunuh dengan kejam bersama pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Dari jauh, saya harapkan supaya keluarga mereka semua dapat bersabar dengan ujian Allah SWT ini ditambah pula ia berlaku pada saat umat Islam sedang bersedia menyambut Hari Raya Idulfitiri. 2. Sesungguhnya, tidak ada sesiapa yang boleh menerima perbuatan seorang manusia boleh membunuh orang lain kerana nyawa seorang manusia itu tidak dimiliki oleh sesiapa pun hatta dirinya sendiri. Justeru, Islam melarang membunuh diri kerana nyawa bukan milik manusia. Perbuatan sekejam ini berpunca daripada tidak wujudnya rasa malu dan aib di hati pembunuh. Sedangkan perasaan malu dan aib inilah yang merupakan jentera keselamatan yang boleh mengawal diri manusia daripada melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudharat samada kepada diri atau orang lain. Rasulullah SAW pernah bersabda yang...

'KPN, perasaan aman mula terhakis'

Imej
Dr Mohd Asri Zainul Abidin Sep 15, 10 11:32am Kongsi   21 Assalamualaikum, Tahniah saya buat Tan Sri Ismail Omar. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar atas perlantikan beliau selaku Ketua Polis Negara (KPN) yang baru. Saya sebagai rakyat bawahan yang lemah meletakkan harapan yang tinggi terhadap kewibawaan Tan Sri. Pemilihan Tan Sri sebagai satu kejayaan dalam kerjaya Tan Sri, di samping satu ujian besar daripada Allah yang akan menghitungkannya pada hari kiamat kelak. Ya! Harapan rakyat amat besar terhadap Tan Sri KPN. Pada hari ini, lebaran Tan Sri selaku KPN masih lagi putih. Tindakan dan keputusan yang bakal diambil Tan Sri KPN selepas inilah yang akan mencorakkan warna kain tersebut. Rakyat akan berbicara mengenai baik atau buruk pada penilaian mereka. Namun apa yang lebih penting segalanya akan tercatat di sisi...

Pembunuhan kejam Sosilawati: Suspek broker tanah RM100j

Imej
SUSPEK dibawa ke pejabatnya di Banting untuk siasatan pembunuhan jutawan kosmetik dan tiga individu lain. Sosilawati ke Banting urusan beri komisen Datuk berjaya cari pembeli KUALA LUMPUR: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta. &amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;lt;a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerRedirect.asp?FlightID=1734717&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;Page=&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;PluID=0&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;Pos=7934" target="_blank"&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;gt;&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;lt;img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/BannerSource.asp?FlightID=1734717&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;Page=&amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;amp;PluID=0&amp;amp;amp;a...

PRU-13,PR sudah satu kaki ke Putra Jaya

Posted on Monday, September 13 @ 23:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori Oleh: cucupakkasim "PRU-13,tidak keterlaluan jika dikatakan yang kaki kanan PR (Pakatan Rakyat) sudah pun memijak Putra Jaya, dan hanya menunggu masa sahaja untuk melangkah dengan kaki kiri untuk duduk di Putra Jaya bila saja diumumkan PRU yang ke-13 nanti. (Mustapa Mohamad @ Tok Pa kita pun dah turun padang dan kata dah dekat dah nak PRU dan ahli-ahli umno tolong jangan gaduh sesama sendiri...) Berdasarkan angka pendaftaran pengundi-pengundi baru yang telah dikeluarkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) menunjukan 301,653 pengundi-pengundi baru telah pun berdaftar dan layak untuk mengundi pada PRU-13. Dalam angka-angka yang ditunjukan itu, bak kata orang-orang tua 'sudah terang lagi bersuloh' dimana 169,850 atau 56% daripada 301,653 pengundi baru tadi telah didaftarkan melalui parti-parti politik. Kalau ditakdirkan yang 169,850 pengundi-pengundi baru ini merupakan penentu kejayaa...