Hati-hati Usaha terdesak pihak tertentu memerangkap MP dan Adun PR


Ingatan kepada seluruh ahli parlimen dan DUN Pakatan Rakyat berhati-hatilah dengan orang yang tidak dikenali. Musuh sedang beredar di mana-mana sahaja.Pakatan Rakyat telah memerintah 5 buah negeri , maka banyaklah pembangunan yang akan dibuat. Peruntukan diluluskan untuk membangunkan negeri bagi keselesaan rakyat. Namun hati-hati dengan orang yang datang menawarkan diri sebagai orang yang bersedia membangunkan Projek-projek tersebut.
Pastikan orang yang dating kepada kita atau orang yang diperkenalkan oleh sahabat kita disahkan dahulu latarbelakang mereka. Pastikan setiap pertemuan yang dibuat dihadiri beberapa orang saksi. Jangan lekas percaya dengan janji manis yang diucapkan.

Saya bersetuju dengan apa yang telah dibuat oleh MB Perak iaitu setiap yang ingin berjumpa dengan MB atau Exco kerajaan Negeri Perak pastikan meninggalkan beg serta sampul besar juga Handphone di luar bilik ini untuk mengelakkan berlakunya perangkap rasuah yang dipasang pihak tertentu.

Diingatkan juga jangan layan sms yang tidak dikenali .Layanan sms anda mungkin akan diambil sebagai bahan bukti mahkamah. Mungkin anda sekadar melayan dengan tujuan untuk melihat sejauh mana tawaran yang dibuat atau untuk cubaan memerangkap mereka . Tapi ingat mereka lebih mahir dalam memerangkap anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI